Setelah OKT ditangkap atas sebab jenayah, biasanya mereka direman polis. Sewaktu direman, siasatan polis akan dilakukan untuk mendapatkan bukti jenayah atau interrogate si OKT, kemudian baru naik mahkamah utk sebutan kes, waktu ni lah bila hakim mendapati si OKT
Tidak memberikan jawapan yg kukuh utk membela diri disebabkan kemungkinan masalah mental atau si OKT berkelakuan aneh di hadapan hakim, hakim berhak dan layak utk menangguhkan perbicaraan dan menghantar OKT ke wad forensik utk penilaian. Korg boleh semak Kanun Tatacara Jenayah
Seksyen 342 (download free je di google). Dalam wad forensik, penilaian akan dilakukan seperti:
1) Sesi penilaian antara OKT dan pakar/doktor. Waktu ni pakar/doktor akan menyoal OKT berkenaan dgn latar belakang kejadian
1) Sesi penilaian antara OKT dan pakar/doktor. Waktu ni pakar/doktor akan menyoal OKT berkenaan dgn latar belakang kejadian
2) Pemantauan 24 jam oleh staf2 wad forensik. Cctv di mana2 dalam wad tu untuk pantau secara langsung si OKT. Segala kelakuan aneh akan dirakam oleh cctv.
3) Penilaian secara objektif oleh pegawai psikologi klinikal. Biasanya mereka akan nilai IQ, Personality Assessment, Malingering (meng-ada2kan gejala sakit mental) Test, dan Cognitive Assessment. Kes2 berat seperti kes bunuh biasanya akan dirujuk pegawai psikologi klinikal
4) Electroencephalograph (EEG), CT scan bahagian otak jika kes2 yang rumit dan kompleks.
5) Doktor juga akan mencari maklumat tambahan dari ahli keluarga OKT, hospital yg pernah OKT dirawat (jika ada), penjara2 yg OKT pernah masuk, sejarah jenayah lampau dan sebagainya.
Jadi bukan senang nak menipu orang tu sakit mental. Nak menipu pun menggunakan tenaga yang banyak. Lama2 letih nak menipu dan kantoi lah penipuan tu.