Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang kita sama-sama boleh belejar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.

Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?

Saya kongsikan beberapa noktah.
1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.

Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.

Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purat 50,000 kes!
Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yg sangat famous tapi amat ramai yg pandang remeh.

"Jangan kamu DEKATI ZINA. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."
(Surah Al Isra' ayat 32).

Sabar. Baca sampai habis tau๐Ÿ™
Cantiknya ayat ini, Allah guna perkataan "ูˆู„ุง ุชู‚ุฑุจูˆุง" yang bermaksud "Jangan kamu mendekati". Allah tak kata jangn berzina. Tapi, mendekati zina pun tak boleh!

Apa2 perbuatan yang boleh mendorong dan triggerd kita ke arah zina, ianya dilarang oleh agama. Apa contohnya?
Mata. Melihat perkara yg boleh mendorong kpd zina seperti aurat ajnabi samada ringan or berat. Movie drama yg penuh unsur aurat & pergaulan bebas misalnya, hinggalah ke porno. Elakkan. Susah? Ya, tapi perlu usaha.

Kerana tu, Allah dah firman dlm surah Annur ayat 31 tentang ini.
Pergaulan(Ikhtilat) antara lelaki dan wanita bukan mahram(ajnabi). Islam mengharamkannya KECUALI jika ada hajat atau dharurat. Itu pun wajib jaga adab dan batas. Namun, berapa ramai yang tak jaga benda ni?

Berkawan, couple, chat, video call berlainan jantina?
Telinga. Dengan mendengar lagu-lagu yang mendorong kita ke arah pergaulan bebas, cinta sebelum nikah, apatah lagi lucah, soft porn pada video clip, itu semua pun perlu kita jauhi kerana ia ada perkara yang mendekatkan kita kearah zina dan menjadi rantai-rantai zina!
Mulut. Berapa ramai masyarakat hari ini buat lawak2 lucah, gurau lucah, punchline lucah double meaning, apatah lagi sampai phone sex dan sebagainya, ia juga satu dosa yang wajib kita hindari.

Tak lawak pun gurau benda tu.
Hati. Andai kita membayang2kan perkara2 lucah, ia juga sebahagian dari zina hati yg wajib kita usaha untuk hindari.

Ini semua rantai2 yang boleh mendekatkan kita pada zina yg Allah perintahkan untuk kita jauhi.

Kenapa?

Jom masuk noktah kedua.
2) Noktah kedua, SEMUA ORANG ADA NAFSU.

Sahabat sekalian, knp Allah suruh jauhi zina, sebab kita semua ada nafsu! Tak kisahlah doktor ke, ulama' ke, engineer ke, ahli politik ke, student ke, tua muda, laki perempuan, hatta ustaz yg pakai serban 18 tingkat, pun ada nafsu!
Dan, nafsu manusia ni, unexpected. Bila "dia" nak mengamuk tu, seram jugak. Sebab tu, jangan triggerd nafsu kita dengan mendekatkan diri kita pada rantai-rantai zina yg saya dah ulas tadi!

Nampak macam kecil, tapi kesannya besar. Jadilah apa yang terjadi sekarang.
Kerana itu nasihat saya, jaga ikhtilat.

Kalau korang nampak "ustaz" atau "pendakwah" yang tak jaga ikhtilat, jenis suka kacau perempuan, chatting dan video call sembang benda2 lagha dan merapu, buat pickupline dekat perempuan, nasihat saya, berhati-hatilah untuk ikut mereka.
Baik, 2 noktah awal ni basically adalah asas penting yg saya nak kita semua faham. So, saya nak masuk point besar pula. Sorry kalau panjang.

Tapi saya tulis ni utk diri saya sendiri dpt amalkan. Tegur saya kalau nampak saya silap. Ok jom sama2 baca dan fahami. Tarik nafas..
3) Noktah KETIGA, KELEMAHAN LELAKI.

Wahai lelaki, tak kisahlah muda atau tua, ustaz atau orang awam, instafamous influencer atau netizen, artis penyanyi pelakon atau sesiapa sahaja, ketahuilah, kelemahan kita adalah wanita.

Tak percaya? Jgn tipu diri sendiri.
Allah berfirman:

ุฒููŠูู‘ู†ูŽ ู„ูู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุญูุจูู‘ ุงู„ุดูŽู‘ู‡ูŽูˆูŽุงุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุกู
(Ali-Imran:14)

Maksudnya: โ€œDihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.โ€
Nabi saw juga pernah bersabda:

"..berhati-hatilah terhadap dunia dan wanita, karena fitnah yang pertama kali terjadi pada Bani Israil adalah karena wanita.โ€
(HR Muslim)
Juga, Nabi SAW bersabda:
ย 
ู…ูŽุง ุชูŽุฑูŽูƒู’ุชู ุจูŽุนู’ุฏููŠ ููุชู’ู†ูŽุฉู‹ ุฃูŽุถูŽุฑูŽู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฑูู‘ุฌูŽุงู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุกู

Maksudnya: โ€œTidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.โ€ [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]
Ada byk lagi dalil-dalil yg menyatakan tentang kelemahan lelaki ini. Jadi sebagai lelaki yg beriman, wajib untuk kita menjaga batas pergaulan, batas ikhtilat, menundukkan pandangan, dan menjauhi segala perkara yg boleh mendatangkan dosa atau membuka ruang fitnah.

Tapi...
Tapi... Mengapa kita tak jaga benda ni? Bahkan kita melayan nafsu kita, samada kita tergoda dgn wanita atau kita yg menggoda wanita, lalu merosakkan hati kita dan hati mereka?

Adakah kita tak rasa bersalah? Apatah lagi orang yg dapat nikmat belajar agama dan ilmu agama...
..sepatutnya, sesiapa yg dpt nikmat belajar agama dan ada ilmu agamalah yg lebih cakna dan menjaga perkara ini! Agar menjadi contoh telada bg orang awam.

Tapi, malangnya, wujud segelintir orang yg menggunakan agamanya untuk melakukan dosa dan pertahankannya. Nauzubillah.
Ada yang konon2 menjawab soalan agama si wanita, lalu mula mengambil kesempatan nak jumpa, atau mula chat benda yg private lalu ke arah phone sex, bertukar gambar tak berpakaian lalu blackmail, serta disebarkan gambar tersebut.
Ini satu fitnah pada agama apabila yg buat benda2 ni ialah pelajar2 agama. Inilah akibatnya bila kita tidak berpegang pada nasihat Nabi SAW supaya berhati2 dgn godaan dan fitnah wanita.
4) Noktah keempat, PESANAN BUAT WANITA.

Ya, wanita ni mulia kerana islam. Kalian adalah permata dan hiasan dunia yg terindah. Namun, andai kalian tak menjaga diri kalian, kalian akan menjadi fitnah terbesar bg kaum lelaki. Kalian kena sedar hakikat itu...
Kerana itu, sbg wanita muslim, saya menasihatkan beberapa perkara.

a) Tanamkan sifat malu yg tinggi dlm diri. Lagi tinggi sifat malu bila berhadapan dgn ajnabi, lebih mulia disisi Allah. Namun, malu biar bertempat. Ketika ada urusan, lakukanlah dgn penuh professional & beradab.
Sifat malu ini akan mendorong seorang wanita untuk MENUTUP AURAT DGN SEMPURNA kerana dia malu auratnya dipandang oleh lelaki ajnabi. Sifat malu juga akan mendorong seorang wanita utk menjaga ikhtilat dan tidak berbicara dgn lelaki atau berduaan dgn lelaki bukan mahramnya.
Namun... Bila hilangnya sifat malu, aurat mula didedahkan dgn penuh bangga dan tak rasa bersalah.

Mudah utk termakan dgn pujukan dan kata2 manis lelaki lalu sanggup mengikutnya, berkhalwat, dan ikut balik rumah, naik kereta berdua, keluar malam dan sewaktu dgnnya.
Ya.. Wanita, kalian tidak boleh kawal nafsu lelaki. Tapi, kalian boleh kawal diri kalian agar tidak menjadi asbab triggerdnya nafsu2 lelaki yg imannya bermasalah.

Maka, jaga diri dgn tingkatkan sifat malu.
b) Nak tanya bab2 agama, tanyalah pada ustazah, atau ustaz yg kita betul2 yakin dgn ilmunya.

Sbb kdg, ada yg hanya minat dakwah oleh "pendakwah2 muda" yg hensem2 je. Benda ni satu tipu daya iblis yg sgt halus.. Kita sangka, kita sedang menuntut ilmu, rupanya, sdg mgikut nafsu.
Lagi2, jika "pendakwah" tersebut belum kahwin, lagilah kena berhati2. Sebab byk kes saya dgr, bermula dgn tanya soalan agama, berakhir dgn phone sex, sebar gambar tak berpakaian, hatta berzina. Dtg ke rumah "pendakwah" dgn harapan nk tanya bab agama, last2 menjadi mangsa.
Kadang2, soalan yg kalian nak tanya pada "pendakwah muda kesayangan" korang tu, sebenarnya korang boleh search jawapan tu di google atau youtube. Dah ramai ulama' yg lebih alim telah menjawab. Lalu mengapa nak jugak tanya yg muda2? Sbb hensem?

Benda ni kena muhasabah bersama.
c) Jangan sesekali terima pelawaan lelaki untuk datang ke rumah tanpa mahram.

Tak kisah yg ajak tu kawan baik korang ke, atau artis kesayangan ke, cikgu ke, ustaz ke, jangan terima pelawaan.

Ingat, manusia ada nafsu. Jgn buat benda yg boleh membuka ruang fitnah.
d) Nak curahat? Carilah sesama jantina atau keluarga. Itu lebih selamat.

Tapi tula, ada segelintir wanita yg lebih memilih utk luah masalah dekat lelaki.. Lebih selesa katanya. Jangan. Bahaya... Jangan sampai dah "terjatuh" baru nak tinggalkan benda ni. Elakkan.
Ada byk lagi saya nak pesan, tapi, saya nak masuk noktah kelima pulak.
5) Noktah kelima, PESANAN KEPADA LELAKI.

Kpd lelaki, artis ke pelakon ke ustaz ke sesiapala termasuk diri saya, jgn layan nafsu. Kawal.

Nafsu ni mcm bayi. Kalau semua yg bayi nk kita bagi, boleh memudaratkan bayi tu. Kalau semua yg nafsu nak, kita suap & layan, mati iman kita!
Bila timbul je kes rogol ke zina ke, tak habis2 salahkan perempuan.

Macam saya pesan tadi, sepertimana perempuan x boleh kawal nafsu laki, laki pun x boleh kawal nafsu perempuan.

Sbb tu, kita kawallah nafsu kita sendiri. Pernah tak korang terfikir?
Bila kes zina atau rogol, yg susah siapa? Siapa yg kena hilang dara? Siapa yg ada risiko pregnant? Siapa yg ada risiko trauma? Siapa yg ada risiko malu dan maruah tercalar?

Perempuan!

Yg kita ni laki, seronok layan nafsu tak fikir apa yg akan terjadi dan betapa zalimnya kita.
Sebab tu, dalam nak kurangkan isu2 seperti ini, lelaki dan wanita kena sama2 main peranan. Bukan sibuk salahkah itu ini itu ini, tapi diri sendiri tak nak berubah, lalu akhirnya menjadi punca ruang fitnah terbuka dan menjadi punca rantai2 zina berlaku.

Kan?
6) Noktah keenam, JANGAN PUKUL RATA.

Satu lagi pesanan yg saya nak kita semua faham, bila jadi satu kes melibatkan satu2 orang, jgn pukul rata! Bila ustaz buat kes, semua ustaz buruk nama. Siap ada kata:

"Pendakwah semua tak boleh pakai. Sama je semua!"

Jangan macam tu.
Bila ada pelakon buat kes, kita pukul rata semua pelakon tak boleh pakai. Bila penyanyi buat kes, kita pukul rata, semua penyanyi tak boleh pakai.

Neraca apa yg kita pakai? Hati2. Benda macam ni menanam sifat SANGKA BURUK yg tinggi pada org yg dipukul rata.
7) Noktah ketujuh, BENCI PERBUATAN, BUKAN PELAKU.

Ini susah. Byk diantara kita, bila sorang buat hal, kita benci orang tu, tapi tak benci perbuatan. Last2, kalau org tu dah bertaubat pun, still dibenci jugak. Elakkan jadi org yg macam ni.

Tapi....
Bila orang benci kita atas perbuatan yg kita sendiri buat, kita tak boleh salahkan org lain melainkan salahkan diri sendiri.

Sbb kita x boleh kawal pandangan org terhadap kita. Yg kita boleh kawal ialah diri sendiri. Sbb tu jaga diri dan jgn buat benda yg mengundang fitnah..
8) Noktah kelapan dan terakhir, NASIHAT KEPADA PENDAKWAH ATAU USTAZ...

Ingat, tanggungjawab kita besar. Orang awam buat byk silap, org tak kisah. Org awam buat 1 kebaikan, semua puji. Tpi, agamawan ni, buat byk kebaikan, org x kisah, tapi bila buat 1 keburukan, semua akn benci.
Sebab tu, jagalah diri sungguh2. Allah jadikan benda macam tu sebab Allah nak jaga diri pendakwah tu sendiri supaya berhati2 melakukan walau 1 keburukan. Sbb, apa yg anda buat, akan menjadi contoh pada yg lain Buat benda baik, org ikut. Buat benda salah, org ikut. Hati2.
Kerana itulah, sbg pengakhiran ni, ada bbrp nasihat yg saya nak sampaikan terutama pada diri saya.

a) Kepada penasyid, elakkanlah buat lagu2 cinta islamik, atau yg mendorang kepada mengagungkan wanita ajnabi. Elakkan. Ia akan mengundang fitnah yg cukup besar.
b) Kepada pendakwah muda terutamanya, jagalah ikhtilat. Biarlah org anggap kita poyo atau sombong, tapi hanya Allah yg tahu usaha kita untuk menjaga diri dan hati dari fitnah wanita. Sekiranya tiada hajat atau dharurat, maka elakkanlah. Dan, kalau perlu, lakukan dgn professional.
c) Kepada influencer dakwah lelaki, tak perlulah buat pickupline2 dan terlalu buat ayat yg boleh mendorong perempuan2 taksub dan jatuh cinta pada kalian. Bertaqwalah pada Allah.

Kita buat dakwah, nak Allah suka ke nak perempuan suka? Nak islam naik atau nak followers naik?
d) Jgn berhenti menuntut ilmu dan berguru. Jgn rasa diri dah cukup. Dan, belajar ilmu agama ni bukan utk jadi lebih hebat berkata2 atau berdakwah. Tapi biarlah agar kita lebih dekat dgn Allah dan lebih taat padaNya.

Ingat, tundukkan nafsu kita dgn ilmu dan iman!
e) Kepada pendakwah wanita, nak dakwah, dakwahlah dgn penuh sopan santun & professional. Bukan gedik selfie upload gambar possing make up sini sana menayang kecantikan.

Kita nak org tertarik dgn cantiknya agama, bukan cantiknya diri kita...
...Takut2, budaya ni akan membuka ruang fitan yg besar. Kerana itu, bertaqwalah pada Allah dgn mengambil jalan berhati2. Jgn risau, kalau ikhlas dalam dakwah, tak cantik pun, insyaAllah org akan terkesan juga dgn dakwah kalian.
9) KESIMPULAN....

Kita semua manusia. Ada nafsu. Ada aib. Sentiasa terdedah dgn godaan iblis dan syaitan. Tiada siapa antara kita yg sempurna.

Maka, usahalah jaga diri, dan jaga org lain. Baiki diri dan baiki orang lain.

Jaga aib kita dan aib org lain.
Jangan sibuk menjaja aib orang hingga lupa aib sendiri. Kita semua dipuji manusia hanya kerana Allah tutup aib. Kerana tu, jgn sombong.

Namun... Sekiranya ada diantara kalian yg pernah menjadi mangsa rogol atau zina atau gangguan sexual atas talian atau real life, maka....
..Maka, bertindaklah sesuatu utk pertahankan maruah kalian. Lapor polis ke, atau dedahkanlah pelaku maksiat itu atas niat agar org lain berhati2 dgnnya. Yang penting, pertahankanlah maruah kalian. Dan mohonlah pertolongan pada Allah.

Jgn biarlah org zalim terus menzalimi kita.
Apapun, jadikanlah isu-isu ini sebagai muhasabah untuk diri kita semua. Saya ulang balik mukaddimah awal saya, siapa betul siapa salah dalam kes ini, kita serahkan pada Allah dan pihak berkuasa.

Yg penting, kita ambil pengajaran agar kes ini tak terjadi pada diri kita.

Amin!
Wallahua'lam. Yg baik dari Allah, yg buruk dari diri saya sendiri. Saya minta maaf andai ada salah silap atau tersalah kata dan bahasa. Tegurlah saya juga kerana saya pun penuh dengan kelemahan.

Teguran kalian amat bermakna dalam hidup saya.

Jazakumullahu khairan kathiran๐Ÿคฒ
Hayati betul2 lirik lagu yg saya nak sampaikan.. Moga dapat menjentik hati kita utk kembali pada Allah..๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ข https://twitter.com/adninroslan/status/1332106798900252672
Dan, kepada yg dah pernah terjatuh dalam dosa tak kisah kecil atau besar, belum terlambat untuk bertaubat. Jgn tangguh taubat. Bersegeralah ke arah pengampunan Allah yg Maha Pengampun.

Allah ada.

Ubah diri keranaNya.

Wallahua'lam.
Kepada mangsa-mangsa, nasihat akhir saya, buatlah report polis. Pertahankan maruah itu satu pahala yg sgt besar. Bantu pihak polis utk buat siasatan, bagi segala bukti yang ada.

Moga Allah tunjukkan kebenaran dan membalas pelaku kezaliman dgn balasan yg setimpal.
You can follow @adninroslan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword โ€œunrollโ€ to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.