Kenapa Ijtihad bukan benda mudah?
Satu persoalan menarik.
Ijtihad bukan perkara mudah. Ia bukan semudah baca Al-Quran dan Hadis, kemudian terus buat kesimpulan dan hukum-hakam darinya.
P.s: Soalan di Curiouscat ini discreenshot pada jam 3:00 petang tadi. Baru buat bebenang.

Jika kita teliti kalimah 'Ijtihad', ia merupakan masdar (kata nama terbitan) berpola
افتعال
yang bererti untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Maka, ijtihad ialah sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan usaha yang keras.
Ia bukan perkara mudah.

Mujtahid pula ialah isim fail atau kata nama pelaku, bagi seseorang yang melakukan ijtihad ini.
Dari segi bahasa pun, kita dapat lihat bahawa ijtihad bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha keras.
Baik, apa pula erti ijtihad dan mujtahid dari segi istilah?

Menurut Imam as-Syaukani, ijtihad ialah satu proses di mana seseorang yang berkelayakan berusaha sepenuhnya untuk menentukan hukum syarak sesuatu perkara melalui kaedah istinbat hukum.
Mereka yang melakukan ijtihad digelar mujtahid.
Persoalannya, adakah semua layak berijtihad?

Jawapannya jelas, TAK.
Antara dalil bahawa bukan semua orang layak berijtihad ialah:
i. Suruhan bertanya kepada ahli ilmu
Allah SWT berfirman:
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka tanyalah ahli ilmu jika kalian tak mengetahui
(An-Nahl:43)
Kita disuruh rujuk ahli ilmu.

ii. Hadis mutasyabihat
Nabi SAW bersabda bahawa ada perkara mutasyabihat yang tak jelas statusnya, tak diketahui majoriti manusia.
وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس
(HR Muslim)
Perhatikan bahawa Nabi SAW bersabda:
Kebanyakan manusia tak tahu.
Ada yang tahu. Ulama.

iii. Allah SWT berfirman:
ولا تقف ما ليس لك به علم
Dan jangan kamu ikut apa yang kamu tiada ilmu tentangnya.
(Al-Isra:36)
Allah SWT melarang kita ikut sesuatu yang kita tak tahu, sebaliknya kita disuruh bertanya ahli ilmu seperti dinyatakan sebelum ini.

Maka, siapakah yang layak berijtihad?
Pastinya mereka yang memiliki ilmu untuk mengistinbat hukum syarak. Bukan sebarangan orang layak berijtihad.
Apa syarat yang diperlukan oleh seorang mujtahid untuk berijtihad?
Banyak sekali. Bukan mudah.
Antaranya?

i. Islam dan adil.
Ya, perlu adil.
Seorang mujtahid mesti objektif dan tak bias.
Dia tak boleh kata: anjing itu najis,
cuma kerana dia bukan 'dog person'.
Sebaliknya, seorang mujtahid mesti menentukan hukum berdasarkan nas dan dalil syarak menurut metodologi tertentu.

ii. Menguasai bahasa Arab dan linguistiknya.
Seorang mujtahid wajib menguasai bahasa Arab dan selok-beloknya.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, seperti firmanNya:
وكذلك أنزلناه قرآنا عربيا
(Toha:20)
P.s: Kalau tak faham tanpa terjemahan, anda tak layak berijtihad.

Antara disiplin ilmu bahasa Arab yang perlu dikuasai ialah:
- Nahu - Sintaks bahasa Arab
- Sorof - Morfologi bahasa Arab
- Balaghah - Retorik bahasa Arab
- Isytiqaq - Asal-usul terbitan perkataan Arab
Mujtahid juga perlu menguasai kesusasteraan Arab dan ilmu berkaitan.

Bukan sedikit ilmu bahasa Arab yang perlu dikuasai.
Bukan sekadar tahu beberapa perkataan seperti: Ana anta, ana uhibbuka ana uhibbuki umi abi walid.
Namun ia perlu kepada penguasaan bahasa Arab yang mendalam supaya dapat memahami makna nas syarak seperti Al-Quran dan Hadis.

iii. Menguasai ilmu Al-Quran
Al-Quran ialah sumber hukum-hakam terutama.
Allah SWT berfirman:
ياأيها الذين آمنوا أطيعوا الله
Wahai orang beriman, taatilah Allah
(An-Nisa:59)
Ketaatan kepada Allah ialah menuruti Al-Quran dengan betul. Untuk itu, kita perlukan ilmu.

Antara ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu dikuasai ialah:
- Asbabun Nuzul: Sebab penurunan ayat
- Qiraat: Riwayat-riwayat pembacaan Al-Quran (bacaan berbeza boleh pengaruhi hukum fiqh)
-Nasikh dan mansukh: Mengetahui akan ayat yang telah diganti hukumnya dengan hukum lain

Nabi SAW bersabda akan golongan yang berkata tentang Al-Quran tanpa ilmu:
ومن قال في القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار
Dan siapa berkata tentang Al-Quran dengan pandangannya (tanpa ilmu), maka bersiap sedialah tempatnya di neraka
(HR Tirmizi)

iv. Menguasai ilmu hadis
Hadis ialah sumber hukum selain Al-Quran, kerana Allah SWT berfirman:
وأطيعوا الرسول
Dan taatilah Rasul
(An-Nisa:59)
Bahkan, antara tugas Nabi SAW ialah menerangkan hukum Al-Quran dan mengajarkan hikmah seperti dalam Surah Al-Jumaah:2.

Penerangan dan ajaran Nabi SAW tentang hukum dan hikmah ini terkandung dalam Hadis Nabi SAW, baik dalam bentuk kata-kata, perbuatan dan pengakuan yang ada nilai hukum di sisi mujtahid.
Mujtahid mesti tahu keabsahan hadis.
Mujtahid mesti tahu keabsahan hadis.
Tentu sahaja para Mujtahid juga perlu martabat hadis, sama ada ia sahih atau tidak.
Hal ini memerlukan penguasaan dalam disiplin ilmu Riwayah dan Dirayah hadis dengan baik.
Ha, baru 3 item sahaja yang dinyatakan:
- Bahasa Arab
- Al-Quran
- Hadis
Pun dah banyak cabang ilmu.

v. Menguasai Usul Fiqh.
Ada cabangnya seperti:
- Mengetahui sumber hukum seperti: Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma', Qiyas, dan sumber lain.
Memahami kehujahan kaedah bahasa dalam mengekstrak hukum dari nas seperti:
- Am dan Khas
- Mutlak dan Muqoyyad
- Mafhum wal Mantuq

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام
Dan jangan kalian katakan dengan apa yang disifatkan lidah kalian secara dusta: 'Ini halal dan ini haram',
(An-Nahl:116)
Antara kedustaan ialah berhukum tanpa ilmu.

Namun, bagi mereka yang telah menguasai semua ilmu ini seperti para Mujtahid Mutlak (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafie, Imam Ahmad, Imam Sufyan at-Thauri, Imam Auzai'e dll), mereka berhak berhukum mengikut ilmu mereka.
Mereka ialah golongan mujtahid yang layak.

Sabda Nabi SAW:
إذا حكم الحاكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران وإذا حكم فاجتهد ثم أخطأ فله أجر
Apabila hakim berhukum lalu dia berijtihad dan kemudiannya benar, maka baginya 2 ganjaran pahala.
Dan jika dia berhukum dan berijtihad, lalu tersilap maka baginya 1 pahala
(HR Bukhari)

Bagi mereka, jika tersilap juga diberi ganjaran.
Jika benar, diberi 2 ganjaran pahala.
Hal ini kerana mereka berijtihad dan berusaha tentukan hukum mengikut ilmu mereka, dan bukan berhukum sesuka hati.
Adapun kita, kita rujuk mereka seperti suruhan Allah SWT dalam An-Nahl:43.

Ruj:
1. Al-Mustosfa, al-Ghazali
2. Al-Wajiz fi Usul Fiqh, Dr Abdul Karim Zaidan
3. Ilm Usul Fiqh, Abd Wahhab Khallaf
4. Usul Fiqh al-Islami, Dr Wahbah Zuhaili
5. Irshad al-Fuhul, as-Syaukani
6. Tarikh Tasyri' al-Islami, Manna Al-Qatthan
7. Tafsir al-Qurthubi