Dikurung, Dirantai Selama 10 Tahun! Ini Kisah Menyayat Hati Disebalik Rumah Yang Dikaburkan Dalam Google Maps.

Tak dapat dibayangkan bagaimana 3 gadis malang terpaksa mengharungi mimpi ngeri sepanjang 10 tahun dikurung dan diseksa oleh lelaki berhati ‘binatang’ ini di AS

Thread
Ariel Castro seorang lelaki yang luaran di lihat normal namun siapa sangka dia sanggup culik tiga gadis untuk diseksa dan dijadikan hamba ‘seks’.

Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai kes yang sangat menakutkan dan tidak mampu difikirkan secara logik akal.

+
bagaimana seorang manusia boleh bertindak kejam sebegini.

Pada 6 Mei 2013, pihak polis telah mendapat panggilan kecemasan dari seorang gadis yang dikenali sebagai Amanda Berry yang telah hilang sejak 10 tahun lalu.

+
Kurung tiga gadis selama 10 tahun

Amanda Berry telah diculik dan dikurang selama 10 tahun di dalam rumah lelaki tersebut di Cleveland ketika berumur 17 tahun.

Pada 6 Mei 2013, pihak polis telah mendapat panggilan kecemasan dari seorang gadis yang dikenali sebagai

+
Amanda Berry telah diculik dan dikurang selama 10 tahun di dalam rumah lelaki tersebut di Cleveland ketika berumur 17 tahun.
Namun begitu, Amanda bukanlah mangsa tunggal Ariel.

+
Lelaki tersebut pernah menculik dan mengurung 2 orang lagi gadis yang dikenali sebagai Gina DeJesus dan Michelle Knigh yang turut dilaporkan hilang antara tahun 2002 dan 2004. Selama 10 tahun mereka dikurung, diperkosa dan diseksa oleh Ariel Castro.

+
sampai akhirnya mereka dapat melarikan diri pada tahun 2013. Rumah dihancurkan dan dijadikan kebun cili. Lokasi berlakunya jenayah kejam ini adalah rumah yang terletak di 2207 Seymour Avenue dimana dia mengurung ketiga wanita itu selama 10 tahun lamanya.

+
Jika anda membuka aplikasi Google Street View dan memasukkan alamat 2207 Seymour Avenue di bandar Cleveland, Ohio, maka gambar yang di sudah dikaburkan kerana ianya memiliki aura kesedihan dan penderitaan oleh penduduk setempat.

+
Pada Ogos 2013, penduduk setempat telah meminta agar rumah itu dihancurkan dan diratakan atas alasan ingin menanam cili. Namun sebenarnya itu bukan alasannya, tetapi kerana rumah itu membawa memori yang amat mengerikan bagi penduduk di kawasan itu.

+
Tingkap rumah tersebut kelihatan suram seperti sedang menyembunyikan yang terjadi di dalamnya. Salah seorang tetangganya mengatakan bahwa rumah itu, ‘did not look right.’

+
Siapa Ariel Castro?

Ariel Castro dilahirkan di Puerto Rico pada tahun 1960. Lelaki itu berubah menjadi seorang kejam apabila dia berkahwin dengan isterinya, Grimilda Figueroa.

+
Ariel memukul isterinya dengan sangat teruk hingga hidung wanita itu pernah patah dan bahunya pernah patah sebanyak dua kali. Malah, Grimilda turut mengalami pendarahan beku di otak akibat dibelasah.

+
Pada Tahun 1996, Ariel dan isterinya bercerai. Isterinya kemudian melarikan diri bersama keempat anak mereka. Namun, akibat kecederaan parah di kepala, wanita itu akhirnya meninggal dunia pada tahun 2012

+
Semasa Ariel bekerja sebagai pemandu bus sekolah, dia telah menggunakan bus tersebut tanpa izin untuk kepentingan peribadi hinggakan dia pernah hampir-hampir menculik budak-budak didalam bus dan melarikan bus itu di luar laluan yang telah ditetapkan.

+
Penculikan Pertama Mangsa

Michelle Knight

Kejahatan keji Ariel dalam kes penculikan bermula dengan seorang ibu muda berusia 21 tahun bernama Michelle Knight pada tahun 2002. Pada 23 Ogos 2002, Michelle yg ketika itu berusia 21 tahun sedang dlm perjalanan ke jabatan kebajikan

+
bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya. Ariel telah menghampiri gadis itu dan menawarkan diri untuk membawanya ke jabatan tersebut. Michelle yang mengenali Ariel sebagai bapa kepada kenalannya bersetuju dan masuk ke dalam kenderaan milik Ariel tanpa mengesyaki apa-apa

+
Penculikan Kedua Mangsa

Amanda Berry

Mangsa kedua Ariel merupakan seorang gadis berumur 17 tahun bernama Amanda Berry. Amanda yang mesra disapa dengan panggilan ‘Mandy’, dihampiri Ariel semasa pulang dari bekerja.

+
Amanda yang turut mengenali Ariel bersetuju untuk menumpang lelaki itu untuk pulang. Amanda diumpan oleh Ariel untuk ke rumahnya dengan alasan anak gadis Ariel mahu berjumpa dengannya.

+
Namun, Amanda turut mengalami nasib yang sama seperti Michelle sebaik sahaja dia tiba di rumah Ariel. Menurut Amanda, dia telah diikat dengan rantai besi pada sebatang paip dalam bilik yang gelap gelita.

+
Penculikan Ketiga Mangsa

Gina DeJesus

Namun, kes kehilangan Michelle dan Amanda tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa berkesimpulan yang Michelle dan Amanda hilang atas keinginan mereka sendiri.

+
Mangsa ketiga adalah Georgina Lynn DeJesus berusia 14 tahun. Gina adalah rakan Arlene iaitu anak kandung Ariel sendiri. Oleh kerana Ariel adalah ayah rakannya, Gina sangat mempercayainya Ariel ketika Ariel menawarkan untuk menumpangkannya pulang ke rumah.

+
Ada saksi yang melihat saat-saat Gina diculik sehingga dibuatlah lakaran rupa si pelaku. Lakaran itu amatlah mirip dengan wajah Ariel. Tetapi oleh kerana sifat Ariel yang cukup mesra dan rapat dengan keluarga Gina membuatkan tiada siapa yang mencurigainya.

+
Ariel hinggakan beberapa kali berkunjung ke rumah keluarga Gina untuk menghadiri upacara vigil (sejenis ibadat dalam agama Kristian) untuk mengenang Gina.
Berakhirnya kisah penculikan Ariel

Tanggal 6 Mei 2013, bandar Cleveland, Ohio menyaksikan satu keajaiban apabila Amanda Berry menelefon talian kecemasan menggunakan telefon jirannya. Sekitar sepuluh tahun semenjak mangsa pertama diculik,

+
Amanda telah terlihat satu peluang untuknya melarikan diri. Pada masa itu pula Ariel tiada di rumah dan Amanda melihat pintu bilik mereka tidak dikunci. Namun Amanda tidak terburu-buru untuk keluar kerana beberapa kali di masa lalu, Ariel memang gemar menguji mereka.

+
Ariel sering berpura-pura lupa mengunci pintu untuk melihat adakah gadis-gadis itu akan cuba melarikan diri. Jika mereka lari, maka dia akan menyeksa mereka habis-habisan.
Namun kali ini Amanda sangat beruntung kerana Ariel benar-benar terlupa

+
Amanda berjaya menjulurkan tangannya keluar melalui sebuah pintu angin dan berjaya menarik perhatian seorang jiran. Satu panggilan kecemasan telah dibuat dan polis menyerbu rumah tersebut. Polis kemudian segera menyerbu kediaman di 2207 Seymour Avenue itu.

+
Yang pertama ditemukan adalah Michelle yang terus memeluk salah seorang polis sambil menangis. Tidak lama kemudian Gina juga berhasil dibawa keluar dari rumah ‘neraka’ itu.

+
Bunuh diri di sel penjara

Pada tahun 2013, Castro mengaku bersalah atas 937 tuduhan, termasuk pembunuhan, penculikan, rogol dan serangan teruk ke atas mangsa dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ditambah 1,000 tahun tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat.

+
Sebulan setelah dijatuhkan hukuman, tubuhnya ditemukan tergantung di selnya dengan sehelai kain cadar melilit di lehernya. Pihak forensik melaporkan bahawa dia sudah bunuh diri. 

+
Pihak forensik melaporkan bahawa dia sudah bunuh diri. Menurut pegawai penjara, dia meninggal dunia di hospital selepas kakitangan perubatan penjara gagal menyelamatkannya. Kini ketiga-tiga gadis tersebut menjalani kehidupan normal dengan membantu orang lain agar

+
tidak mempunyai pengalaman ngeri seperti mereka. Michelle Knight telah menukarkan nama kpd Lily Rose dan berkahwin pada tahun 2016. Dia kini mengeluarkan buku terbitan sendiri bertajuk ‘Finding Me’ dan ‘Life After Darkness’ yang diharap dapat membantu ramai gadis diluar sana

+
Untuk pengatahuan korang Ariel Castro pernah MENGHAMILKAN salah seorang dari mangsanya. Sepanjang satu dekad, ketiga-tiga wanita terbabit telah didera secara fizikal dan mental. Mereka juga telah dirogol oleh Castro. Namun semuanya berubah apabila Amanda, mangsa kedua yang

+
diculik oleh Castro MENGANDUNG ! Ketika pertama kali Amanda tahu bahawa dia hamil, dia jadi takut kerana dia tahu Castro sangat tidak suka dengan bayi. Sebelum ini, ketika Michelle hamil, Castro telah memaksa Michelle untuk menggugurkan anak terbabit.

+
Namun anehnya, Castro telah mengizinkan Amanda untuk menyimpan bayi tersebut dan dia berjanji akan menjaga bayi tersebut sehingga dia berusia enam tahun.
Selepas Amanda melahirkan anak, Castro telah menjaga anak itu dengan baik dan membiarkannya berkeliaran di dalam rumah

+
dengan bebas. Pada suatu hari, anak tersebut telah melaporkan kepada ibunya, Amanda, bahawa Castro telah meninggalkan rumah.

Pada mulanya Amanda tidak mempercayai anaknya kerana Castro tidak pernah meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu.

+
Ketika anak perempuannya berulang kali memberitahu perkara yang sama kepada Amanda, dia menyedari bahawa ini adalah peluangnya untuk melarikan diri. Dgn keberanian yg ada, Amanda telah bergegas ke tingkat bawah dan mula menjerit meminta tolong. Lalu mereka bebas dari “NERAKA”

+
Untuk pengatahuan korang semua, Kawan baik Ariel Castro ni selalu datang rumah Castro ni like seminggu sekali. Tiap kali dia duduk dalam rumah Castro mesti dia akan terdengar bunyi macam ada orang “ketuk”. Bila dia tanya Castro, Castro cakap itu tikus or something else

+
Ricky Sanchez ni adalah kawan baik Castro. Dia selalu main alat muzik guitar dengan Castro di rumah Castro. Dia tak sangkat Castro boleh buat perbuatan keji ni sedangkan dia kata Castro ni seorang yang baik, peramah dan baik dengan jiran-jiran. Dia sangat tak sangka

+
Korang boleh imagine tak yang korang dikurung selama 10tahun dalam bilik. 10tahun weh bukan 10hari. I can’t imagine it how 3 of them boleh hadapi. Hidup dalam kegelapan. Kes ni sangat tragis and kita tak tahu ? entah-entah sekarang ni masih ada yang terkurung diluar sana ? 😰
You can follow @Amrlamnnn.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.