Perkongsian untuk anak muda.

Waktu aku mula start career, aku pun fikir sebagaimana most of you fikir.

Macam mana nak buat duit dengan cepat & banyak and

Dapat hidup kaya raya!

Thread pendek. đŸ‘‡đŸŒ
Itu impian kebanyakan orang kot. Nak hidup mewah & nak beli apa saja yang dinginkan.

Waktu tu aku tak ada knowledge banyak, network pun tak besar & duit pun apa yang tinggal saja.

Nak tak nak, kena focus cari benda senang nak buat tanpa guna modal besar.
Tak ada option lain waktu tu melainkan tambah ilmu dulu untuk kaji cara buat duit, sambil carry tanggungjawab sebagai full-time worker.

So dapat gaji, aku beli buku pasal stock trading, buku cara buat business, run dropship, MLM, gold, property, dan apa saja yang spell ‘money’.
Bila dah rasa boleh start, aku nekad nak buat apa yang aku belajar tu selepas habis kerja.

Basically, aku buat 2-3 kerja dalam satu masa. Semua ni ada hasil dia, tapi tak lama lepas tu, datang rasa tak berbaloi.

Usaha banyak, hasil x seberapa.
First sekali, aku sedar nak jadikan semua tu berbaloi, capital kena besar.

And fikir punya fikir aku made a decision yang aku live until today:

“Permulaan kerjaya, patut aku focus bina technical skills ditempat kerja, grow capital and spend wisely.”
Sejak tu aku lebihkan focus kerja, rajin pergi trainings, present papers, belajar pasal industry and make friends as much as I can.

Belajar financial management dengan lebih serious. Selain tu buat duit dengan tujuan nak grow capital sahaja.

Aku adjust balik priority.
Aku masukkan balik non-monetary elements. Pergi gym, jog, main golf, pergi masjid, kuliah.

Aku spent. Aku pergi travel. Aku bagi orang rasa duit aku. Belanja kawan-kawan, belanja ahli kelurga.

Basically tak lagi mengejar & terima hakikat it should be a marathon.
Fast forward 10 tahun kemudian, aku happy dengan decision aku. Dia kena dengan purpose.

Technical skills pun dah ada. New ones aku dapat dari belajar master’s pun ada.

Keinginan membara nak jadi kaya sudah tak ada,

tapi keinginan nak jadi bahagia itulah yang berterusan.
Jadi kau kena tanya diri kau. Apa purpose kau. Apa yang kau rasa akan membahagiakan kau?

Tengok mak ayah happy? Tengok partner happy? Apa kau hargai?

Masa? Duit? Kesihatan? Akhirat?

Ini semua kau kena fikir and buat keputusan tepat.
Aku rasa ada tanggungjawab nak tunjuk jalan bagi anak muda. Tak kisah jalan untuk short term, atau long term.

Aku harap kau dapat ambik tauladan dari sharing aku sedikit sebanyak.

Ramai lagi lagi berjaya dari aku. Tapi apa aku tulis mungkin boleh trigger some of you something.
You can follow @mfaizfablillah.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.