COVID-19 memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat, menjadikan ramai orang terpaksa mencari sumber kewangan alternatif. Contohnya, persimpangan jalanraya yang sibuk di Jalan Pandan Utama, Ampang kini menjadi satu tempat untuk dijadikan lokasi menjual produk makanan.
Voi, 48 tahun, merupakan seorang keyboardist untuk sebuah hotel di ibukota, kini menjual mangga asam jeruk setelah diberhentikan kerja. Dia dibantu oleh Farid, anak pemilik perniagaan Mangga Lemak yang berusia 16 tahun.
Trafik sesak amat membantu dalam penjualan mangga asam, lebih lama lampu merah bermakna, lebih jualan dapat dibuat. Walaupun pendapatan Voi merosot, dia tetap bersyukur kerana masih ada pekerjaan yang dapat dilakukan di dalam masa yang serba mencabar ini.
Bagi mempercepatkan jualan, Farid sekali sekala membantu Voi di celahan kesesakan trafik. Penjualan melalui tingkap kereta ini memerlukan fokus yang tinggi kerana jualan perlu dilakukan dengan segera.
Apabila trafik mula bergerak, Voi dan Farid akan kembali ke depan dan bersedia untuk jualan seterusnya. Kitaran ini berulang sehingga produk perniagaan habis terjual. Voi berharap pandemik ini segera berakhir dan Farid juga tidak sabar untuk kembali ke sekolah seperti sediakala.
Foto oleh : Hadi Nor.
You can follow @hadi_nor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.