1. Bebenang: Kini ada persoalan sama ada Kerajaan PN mampu luluskan Belanjawan 2021 dgn majoriti tipis & pemberontakan dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen mereka

Kerajaan pula mengatakan kegagalan belanjawan tersebut untuk diluluskan akan memberi kesan negatif kepada ekonomi
2. Dakwa mereka, gaji penjawat awam & barisan depan Covid-19 tidak akan dibayar; manakala Kerajaan tk akan dapat berikan bantuan kpd rakyat.

Sebarang Belanjawan yg dibentangkan kepada Parlimen adalah RUU Perbekalan, di bawah Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan
3. Secara tradisinya, di bawah Sistem Westminster, kegagalan RUU Perbekalan untuk diluluskan Parlimen adalah sama dgn undi tidak percaya
4. Oleh itu, sementara Speaker Azhar Azizan Harun boleh bersembunyi di sebalik Peraturan Dewan Rakyat untuk tidak membentangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen, pihak Kerajaan tidak boleh mengelak undian belanjawan
5. Amat luar biasa bagi Kerajaan yg tk ada mandat rakyat utk tangguhkan Parlimen bukan sekali, tetapi e kali kerana berusaha untuk memastikan majoriti mereka & melakukannya dgn perluaskan Kabinet & pecat profesional yg pegang jawatan di GLC uti gantikan mrk dengan ahli politik
6. Kini lepas cuba isytihar Darurat ditolak Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Majlis Raja-Raja, Perikatan Nasional berusaha untuk terus pegang kuasa dengan bersembunyi di sebalik penjawat awam & rakyat
7. Kerajaan lambat dekati pihak Pembangkang utk bincang Belanjawan tanpa diikuti penglibatan lanjut. Malah apa yang dibentang adalah mengecewakan. Bukan saja pihak Pembangkang atau NGO yg kritik malah Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan sendiri scr terbuka tk puas hati dgn Belanjawan
8. Banyak telah diperkatakan mengenai hampir RM90 juta yg diperuntukkan kpd 2 platform politik — JASA & Penggerak Komuniti Tempatan ketika Sektor Kesihatan, Pendidikan & Kebajikan memerlukan lebih banyak peruntukan
9. Jika dibuat pada tahun lain pun, perkara ini tetap tak perlu, tetapi apabila dibuat di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi maka ini jelas tindakan tidak bermoral
10. Malaysia patutnya boleh mengambil contoh dari Korea Selatan berikutan Covid-19 atau banyak negara lain yg berjaya strukturkan ekonomi mrk utk atasi jurang kaya & miskin serta pastikan ekonomi mampu berkembang di masa akan datang. Tp Belanjawan 2021 tk lakukan anjakan ini
11. Sekiranya pihak Kerajaan gagal untuk luluskan Belanjawan 2021 di Parlimen, apa yang akan terjadi ialah sebuah kerajaan yang boleh mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen akan dilantik atau pilihan raya akan diadakan
12. Dengan bilangan kes Covid yang masih sangat tinggi yang menjadikan pilihan raya dalam waktu terdekat sesuatu yang mustahil — tiada apa-apa yang menghalang sebuah kerajaan baru untuk dibentuk dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen
13. Tetapi adakah penjawat awam & barisan hadapan akan mendapat gaji mereka & adakah rakyat akan menerima wang bantuan mereka?

Pada tahun 1999, tidak lama selepas Menteri Kewangan bentangkan Belanjawan 2000, PM ketika itu, Dr Mahathir bubarkan Parlimen sebelum Belanjawan lulus
14. Belanjawan itu hanya dibentangkan semula dan diluluskan pada bulan Disember (lewat dari Oktober/November yang biasa) dan kewangan kerajaan beroperasi seperti biasa pada tahun berikutnya
15. Oleh itu, jika sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk berikutan penolakan Belanjawan 2021 Perikatan Nasional, mereka boleh mengusulkan belanjawan baharu untuk diluluskan oleh Parlimen
16. Untuk mengelak penolakan Belanjawan 2021, tanggungjawab berada pada Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengambilkira kritikan, teguran dan cadangan rakyat. Kita berada pada norma baharu ekonomi, sosial dan juga politik. Kegagalan memahaminya ada di atas bahu kerajaan hari ini
You can follow @niknazmi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.