Saya cuba bantah satu² dalam bebenang ini. Insya-Allah.

1. Kalau video ini betul, sepatutnya gambarnya sebegini. Matahari kelihatan warna putih apabila dilihat dari angkasa, bukan warna kuning. Putih adalah warna sebenar Matahari.

Boleh tonton video ini;
https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1323035862695731200
2. Untuk ambil kira lengkung Bumi, kena ambil kira jarak tiang yang tampung jambatan. Kalau tiang dekat², lengkungan Bumi tak diambil kira seperti Danyang–Kunshan Grand. Kalau tiang jauh-jauh, perlu diambil kira seperti Verrazano-Narrows Bridge. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1323063819220918274?s=20
Ini penglihatan cawangan kuasa Pontchartrain yang dibina tanpa mengambil kira lengkungan Bumi. Tetapi nampak lengkungannya.
Ini Verrazano-Narrows Bridge yang mengambil kira lengkungan Bumi untuk dibina sebab jarak tiang yang jauh.
3. Bumi terlalu besar. Untuk manusia macam kita yang tinggi sekitar 1.7 m hingga 2 m, hanya mampu melihat sejauh 5 km. Selepas itu tak dapat nampak dah akibat lengkungan Bumi. Kalau pergi makin tinggi, kejauhan itu makin meningkat. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1328358454805741568?s=20
Pada ketinggian tertentu, kita akan dapat melihat lengkungan Bumi. Tetapi kenapa dalam gambar ini, kita tidak dapat melihat lengkungan Bumi? Sebab belum cukup tinggi. Lengkungan itu ada, tetapi terlalu kecil untuk dilihat. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1328358720888213506?s=20
Ini gambaran paling mudah. Kita pandang rendah dengan kebesaran Bumi. Untuk nampak lebih jelas, paling tidak kita perlu pergi ke ISS (sekitar 400 km dari permukaan Bumi). Kalau tidak, memang mudah nampak rata dan susah nak nampak lengkungan.
4. Kalau di Bumi, kita nampak bulan melalui fasa² tertentu seperti bulan penuh, bulan sabit, bulan separuh kerana Matahari tidak memancar sepenuhnya ke permukaan Bulan. Sama juga macam Bumi. Ada fasanya juga yang dapat kita lihat kalau duduk di Bulan. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1328358998236565504?s=20
5. Ya, bumi tidak sfera sepenuhnya. Ada membujur sikit yang dipanggil sebagai ellipsoid. Tetapi tak adalah ketara sangat. Cumanya dalam kiraan, saintis selalu ambil sfera sebab lebih mudah untuk lakukan kiraan. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1328374265356316687?s=20
6. Kalau nak kongsi pautan apa-apa untuk sokong kepercayaan sendiri janganlah sampai memakan diri. Dalam artikel ini memang tunjuk gambar simulasi yang dibuat oleh NASA. Tetapi artikel ini tunjuk juga rupa bentuk Bumi sebenar dari angkasa. https://twitter.com/Syafiqah__Lee/status/1328592567651405826?s=20
Ini gambarnya. Diambil dari artikel yang sama.
Saya dari dulu nak tahu macam mana rupa Bumi Rata kepercayaan mereka ini semua. Asyik tunjuk gambar ufuk Bumi yang rata saja. Cuba tunjuk sikit rupa bentuk Bumi yang sebenarnya macam mana. Macam piring ke, empat segi ke, macam dinosour ke, nak tahu juga.

Saya harap macam ini.
Semalam, SpaceX baru saja bawa krew pergi ISS. Ini video siaran langsung; https://twitter.com/SpaceX/status/1328422934377943042?s=19
Satu perkara penting perlu saya tambah, di Bumi ada atmosfera yang memberikan kesan terhadap pembiasan cahaya. Kadangkala antara sebab kita susah nak nampak lengkungan Bumi apabila dilihat dari Bumi ialah cahaya dibias yang membuatkan kita mudah nampak rata di ufuk.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.