Benda apa paling senang jual waktu ramai yang terdesak? Menjual harapan.
Sekarang ni ada pulak skim di mana kalau kita like, share pastu dapat duit. Mana ada semudah ni boleh dapat duit.
Hati hati semua.
Sekarang ni ada pulak skim di mana kalau kita like, share pastu dapat duit. Mana ada semudah ni boleh dapat duit.
Hati hati semua.
Mula-mula dia pancing dulu buka akaun percuma ke apa, bagi kita try 'earn' money sikit dengan like ,share, subscribe ke. Pastu dah sangkut dia suruh kita ambil pakej pulak untuk dapatkan 'income' lebih besar.
Tolong tengokkan keluarga kita, kalau ada yang nak join terangkan baik-baik kenapa benda ni adalah money game je.
Ni pemerhatian ringkas jela, aku pun malas nak kaji dalam sangat. Dalam skim ni dia kata kalau tolong share dan like dapat RM1.
Digital marketer or content creator mana yang nak bayar sampai RM1 semata-mata nak suruh orang like dan share, baik buat ads lahi murah.
Digital marketer or content creator mana yang nak bayar sampai RM1 semata-mata nak suruh orang like dan share, baik buat ads lahi murah.
Dah la RM1 tu ada bahagian pecah kepada upline lagi, nak pecah kepada syarikat lagi. Takde marketer yang waras akan gunakan platform ni untuk dapatkan like dan share semata.
"Tapi bro, dia boleh bayar ni, takkan dia tipu"
Tahu tak dia bayar guna duit downline je, selagi ada orang baru masuk selagi tu dia boleh bayar.
Tahu tak dia bayar guna duit downline je, selagi ada orang baru masuk selagi tu dia boleh bayar.
Boleh try tengok Siri Bad Boy Billionaire dekat Netflix episod tentang Subrata Roy. Dia buat skim pelaburan dan janjikan pulangan 3-4 Kali ganda dalam tempoh setahun. Dia buka syarikat tu 1978, sampai 2014 bertahan. Sebab apa bertahan lama? Sebab India ni sangat ramai penduduk.
Tengok berapa ramai yang dah join group Facebook dia, benda ni merisaukan. Skim skim macam ni akan buatkan peserta ketagih.
Mula masuk free, dapat duit upgrade pakej basic, pastu upgrade advance dan seterusnya, makin upgrade makin banyak duit keluar. Sampai masa sistem collapse
Mula masuk free, dapat duit upgrade pakej basic, pastu upgrade advance dan seterusnya, makin upgrade makin banyak duit keluar. Sampai masa sistem collapse
Mula-mula test masuk RM100, eh dapat return RM200 pulak, mesti trusted ni.
Upgrade pula pakej RM500, eh dapat RM1,000 pulak. Dalam kepala dah fikir, kalau masuk RM10,000 mesti dapat RM20,000.
Akhirnya dikeluarkan duit simpanan, duit KWSP untuk labur dalam skim ni. All in.
Upgrade pula pakej RM500, eh dapat RM1,000 pulak. Dalam kepala dah fikir, kalau masuk RM10,000 mesti dapat RM20,000.
Akhirnya dikeluarkan duit simpanan, duit KWSP untuk labur dalam skim ni. All in.
Nasib tak baik, skim lingkup, simpanan pun lebur. Jadi sekali lagi aku pesan, kalau ada nampak rakan or keluarga join benda, nasihat elok-elok.
Boleh jadi duit tu duit persaraan, duit sambung belajar, simpanan kecemasan, duit susu anak dll.
Boleh jadi duit tu duit persaraan, duit sambung belajar, simpanan kecemasan, duit susu anak dll.
Skim cepat kaya ni berevolusi dari semasa ke semasa untuk mengaburi mata mangsa. Dari skim Pak Man Telo, skim Tok belagak (cover guna pelaburan emas), skim Mecca Fund (cover guna pelaburan hotel di Mekah), sekarang guna digital marketing pula sebagai disguise.