DIPLOMASI VAKSIN. CHINA MUNGKIN TUNTUT BALIK LAUT MALAYA SEBAGAI TIMBAL BALIK- PENSYARAH

China berkemungkinan akan menuntut Laut China Selatan sebagai timbal balik dalam proses diplomasi vaksin yang sedang berlangsung dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Itu kebimbangan yang diutarakan Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli yang melihat ia sebagai percaturan baharu China dalam membuat tuntutan luar biasa di Laut China Selatan.
“Dalam apa-apa diplomasi, memang terdapat timbal balik.
“Dalam undang-undang, terdapat istilah ‘quid pro quo’ yang bermaksud jika kita memberikan sesuatu, dlm timbal balik, kita akan mendapatkan sesuatu.Memang dari sudut diplomasi vaksin, China mungkin akan meminta sesuatu sebagai timbal balik,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Walau Bagaimanapun, Dr Mohd Hazmi berkata sebarang perundingan melibatkan perairan perlu diselesaikan oleh negara-negara anggota dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Kita harus ingat perkara ini melibatkan banyak negara lain dalam UNCLOS 1982 dan China juga merupakan salah satu anggotanya.
“Jadi kita perlu bergerak secara satu kumpulan serta menghormati dan merealisasikan semangat konvensyen tersebut.
alau dikatakan ia akan memberikan kelebihan, saya rasa kita perlu imbangkan tanggungjawab negara-negara anggota bagi memastikan negara-negara tidak menuntut wilayah laut melebihi apa yang sepatutnya boleh dituntut mereka,” katanya.
Sebelum ini, China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu
berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.

Kredit: @501Awani
https://twitter.com/501Awani/status/1326110735886213120?s=20
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.