Siapa itu Bajau Laut atau Sea Gypsies ?

[Ini adalah bebenang]
Berdasarkan sejarah, mereka merupakan sebuah kumpulan etnik Sabah yang berasal dari Filipina dan Indonesia dimana untuk sepanjang hayat mereka tinggal di lautan, membina perahu yang juga digunakan sebagai tempat ‘penginapan’.
Asal-usul mereka adalah tidak jelas bagi kebanyakan sejarah memandangkan kehidupan mereka yang nomad, hidup di laut, terasing dari komuniti lain dan kehidupan seharian bergantung kepada hasil memancing dan berdagang.
Komuniti yang hidup dengan perahu ini dilihat sebagai satu komuniti yang tidak agresif, hidup dalam aman damai, berhampiran pantai dengan mendirikan rumah di lautan serta menjadikan lepa-lepa, bot yang dibina sendiri, sebagai pengangkutan utama.
Pada asasnya, kehidupan mereka meliputi sekitar lautan. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai nelayan memandangkan makanan utama mereka ialah ikan, membina bot mereka sendiri dan dikenali sebagai penyelam yang luar biasa, dimana mereka juga dikenali sebagai ‘Raja Laut’.
Berdasarkan kajian tersebut, penduduk Bajau Laut sentiasa mengalami peningkatan terutama pada 1961 di mana daripada 17,000 penduduk Semporna, kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau.
Peningkatan ini dilaporkan berpunca daripada konflik antara pejuang Moro dan kerajaan Filipina yang membawa orang Islam Filipina berhijrah ke pantai timur Sabah.
Walau bagaimanapun, sesetengah daripada komuniti Bajau Laut ini juga berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina dan Kepulauan Sulawesi, Indonesia.
Sebelum itu, penghijrahan orang Philippine ke Sabah mempunyai tiga gelombang penghijrahan.
Berbalik kepada Bajau Laut, mereka ini digelar “stateless” atau tidak mempunyai kerakyatan. Agak rumit kumpulan Bajau Laut yang tinggal di rumah perahu untuk mendapat kewarganegaraan.
Antara sebabnya adalah ialah mereka yang tinggal di rumah perahu secara tidak sengaja telah ketinggalan daripada mendapat inisiatif politik dan birokrasi untuk memproses identifikasi.
Kedua, terdapat keluarga Bajau Laut yang berulang-alik antara Sabah dan Filipina sejak, atau bahkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Sebagai contoh, ada satu keluarga dengan 12 orang anak. Enam yang pertama dilahirkan di Filipina, yang ketujuh dan kelapan di Sabah, dan selebihnya di salah satu daripada kedua-dua negara.
Malaysia mempunyai prasyarat yang ketat untuk mendapat kewarganegaraan, seperti sijil perkahwinan dan sijil kelahiran anak. Sekiranya ibu itu bukan warganegara, maka anak itu tidak diiktiraf sebagai warganegara walaupun ayahnya seorang warganegara.
Bajau laut ini tidak lagi dilihat sebagai “humanitarian calamity” tetapi “potential threat” ancaman kepada negara.
“Potential threat” yang bagaimana?

1. Penempatan yang tidak teratur seperti di tepi tepi kedai dan di laut membolehkan imej negara kita terjejas serta mendatangkan banyak kesan negatif terutama masyarakat setempat.
Mereka ini tidak menjaga kebersihan dan kesihatan. Kemungkinan boleh membawa penyakit berjangkit kepada penduduk setempat.
Keduanya mereka ini terdedah kepada masalah pelacuran dan hisap gam. Mereka juga mudah dipergunakan oleh penduduk tempatan untuk meminta sedekah “sindiket”.
Ketiganya mereka ini membawa “security threat” kepada negara. Mereka boleh menyeberangi sempadan tanpa ada sebarang permit.
Mereka ini juga boleh dijadikan sebagai “informer” atau mata-mata kepada pihak musuh. Bahkan, ada segelintir daripada mereka terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan orang.
Kebanyakkan mereka yang datang ke Malaysia baru dua tiga hari ke sini dan melahirkan di Hospital di Sabah. Selepas itu, mereka lari tanpa membayar bil hospital. Akibatnya, pihak kerajaan harus menanggung kos mereka.
Apa yang menjadi kelopongan terhadap mereka ini adalah Malaysia tidak mempunyai undang undang khusus untuk bangsa Bajau Laut ini.

Sebagai contoh, sekiranya mereka ditangkap, dihantar pulang ke laut, dua tiga hari kemudian, mereka boleh masuk kembali ke negara kita.
Isu ini sudah lama berakar umbi di negara kita namun masih belum dapat diselesaikan. Sekiranya ia dibiarkan lebih lama, maka isu ini akan menjadi lebih rumit.
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.