"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.

Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.

Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'

Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
4)Dengan ertikata yang mudah,jika seseorang menyanyangi anaknya maka urus,bentuk dan didiklah dengan tangannya sendiri,dan bukanlah semata-mata suruhan memukul anak.Memukul tanpa mencederakan adalah hasil akhir setelah anak-anak telah cuba ditangani karenahnya dengan cara lain.
5)Kita pergi ke bahagian kedua ungkapan ini pula.Dah kenapa pula sayang isteri nak kena tinggalkan pula?
Jawabnya pada frasa tinggal-tinggalkan itu sendiri yang membawa maksud,tinggalkan seketika.Bukan tinggalkan terus,ya!
6)Dengan maksud mudahnya,kalau sayangkan isteri kenalah tinggalkan sekejap semasa urusan mencari rezeki,tinggalkan sekejap untuk tujuan menambah ilmu untuk membimbing isteri dan sebagainya,itulah pengertian sayang kepada isteri.
7)Ringkasnya,kalau sayang isteri tinggal sekejap supaya dapat dicarikan untuknya apa yang diperlukannya untuk membahagiakannya.Bukan langsung tidak bergerak dan berkepit siang malam kerana hendak membuktikan cinta dan sayang.
8)Salahfaham terhadap ungkapan ini menatijahkan berberapa kepincangan dalam kehidupan berumah tangga iaitu;

i.Ibubapa yang bersikap mendera anak-anak dengan alasan mengajar

ii.Suami yang mengabaikan isteri kerana kononnya hendak tunjuk sayang kepada isteri apabila ditinggalkan
iii.Suami yang jadi terlampau takut dan risau untuk berjauhan dengan isteri apatah lagi meninggalkan dengan alasan sayangkan isteri,padahal pemalas.Penyudahnya si Isteri yang jadi mangsa,menanggung suami ibarat mendukung biawak hidup.
Demikianlah maksud ungkapan ini yang sebenarnya mengandungi maksud yang sangat positif asalkan difahami dengan baik.Terima kasih kerana sudi membaca.
You can follow @H_Bakkaniy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.