Mobile Number Portability atau dikenali sebagai MNP mula diperkenalkan di Malaysia pada 1 Oktober 2008.

Sebelum ini nombor telefon bimbit dengan awalan 010,012,013,017 dan lain-lain akan mewakili sesebuah syarikat telekomunikasi. https://twitter.com/amintrueaccount/status/1327857227533717504
Sebagai contoh 012 mewakili Maxis, 019 Celcom, 017 TimeCel dan 013 TM Touch

Sekiranya pengguna Maxis (012) ingin menukar talian ke Celcom, mereka terpaksa menukar nombor baharu (019).
Ini kerana Celcom tidak boleh mendaftar nombor telefon yang mempunyai awalan 012.

Akibatnya pengguna tersebut terpaksa mendaftar nombor yang baharu sekaligus akan memberi kesulitan memandangkan nombor sedia ada terpaksa dibatalkan.
Akibat dari isu tersebut, ramai pengguna tidak dapat memilih telco yang lain disebabkan peraturan yang mewajibkan penggunaan nombor baharu.

Oleh sebab itulah MNP diperkenalkan pada tahun 2008 bagi menyelesaikan isu tersebut.
Kini pengguna Maxis boleh menukar ke Celcom dengan menggunakan nombor yang sama.

Sejak pengenalan MNP, awalan nombor 011,012,013 dan seterusnya tidak lagi unik untuk sesebuah telko.
Konklusinya, MNP dapat memberi hak kepada pengguna untuk memilih mana-mana telko dengan mengekalkan nombor telefon yang sama.

Maka tiada istilah setia kepada sesebuah telko dan hanya setia pada nombor yang sedia ada sahaja.
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.