Ini adalah bebenang.

Sempena hari lahir salah seorang ratu muzik dari tanah Melayu ini, mari saya senaraikan lagu² beliau yang mengangkat identiti Melayu/Malaysia atau disuntik dengan elemen nusantara dalam karya internasional beliau.

Credit gambar📷: Aimanness Harun
Kita mulakan dengan lagu pertama.

Dan Sebenarnya- Walaupun bukan dirilis dalam album US. Lagu ini merupakan lagu yang dibawa Yuna ketika awal² menjejakan kaki di Amerika Syarikat. Dibawa identiti seorang gadis Melayu bersamanya.👑 https://open.spotify.com/track/0lSeCvNTE1bypj5FaOFiVQ?si=A7ktkP9dT2mMwhUECJiIUg
2. Lagu penuh berbahasa Melayu yang dipasarkan untuk album internasional yang ke 4 #Rouge dirilis pada tahun 2019. Puitis habis lagu ni dengan suara Yuna yg kedengaran sangat asli sedapnya! Kena pulak dengaq waktu hujan melayan perasaan. Syahdu beb!😭 https://open.spotify.com/track/15Hc18rqD3gSMqDJpJBk6V?si=vopFoafHRtCI20cWp6Ux_g
3. Forevermore. Pembukaan lagu dengan nada syair Melayu sangat memukau tuan puan. Keseluruhan klip video juga dibuat di Malaysia & Yuna memasukkan elemen negara kita berbilang budaya sebaik mungkin walau tak masuk semua benda. Promosi Malaysia.🇲🇾
4. Blank Marquee ft @G_Eazy . Kali ini Yuna menunjukkan sisi moden negara Malaysia dengan paparan suasana waktu malam yang memukau dengan lampu² neon serta latar belakang menara berkembar Petronas sebagai mercu tanda Kuala Lumpur. Sempoi bakhang!🔥
5. Places To Go feat Dj Premier. Lagu bernada tempo rnb/hip hop kedengaran cukup santai menceritakan kerinduan Yuna pada rumahnya iaitu Malaysia. Diselitkan juga lirik 'what's the weather like in Kuala Lumpur'. Pi la dengaq sapa yg tak tau lagu ni!🔥
6. Falling. Dipetik dari album Nocturnal. Klip video ini sangat estetik menampilkan satu pasangan menari, lelaki mengenakan tanjak Melayu & juga menarikan bunga tari silat. Yuna juga mempromosikan Malaysia Airlines kerana dapat dilihat logo MAS di situ.
7. Rescue. Klip video ini paling bernuansa nusantara. Garapan muzik tradisional Melayu dipadukan muzik moden. Dpt dilihat juga Yuna mengenakan pakaian motif batik yang menjadi identiti nusantara. Terdapat imej Menara Petronas juga & aksesori ala Borneo.
Here Comes The Sun(Yuna's cover) Lagu yang dirakam kembali untuk dijadikan salah satu lagu runut filem Savages. Dalam filem pecah panggung ini juga, lagu Here Comes The Sun nyanyian asal The Beatles ini digarap dengan nuansa alat muzik nusantara/asia. https://open.spotify.com/track/46SgWerN7B1AS6K0B2OVFH?si=y8NssU0STUKQKKOgEUfIUg
Tak dilupa kulit album beliau yang mengenakan dress berwarna merah garang serta Cucuk Sanggul lintang identiti orang Melayu/nusantara. Saya tidak tahu banyak kerja keras beliau di bidang muzik. Tapi saya tahu untuk berada di tempat beliau sekarang bukanlah satu benda mudah!
Banyak lagu² beliau yang memberi inspirasi dan sesuai dengan segenap lapisan masyarakat. Hampir kesemua lagu dalam album beliau ditulis sendiri. Boleh dikatakan genius muzik serta pandai bermain alat muzik. Moga terus maju jaya kak Yuna dan terus hasilkan karya² bermutu.
Tamat bebenang.

Selamat hari lahir kak Yuna dan saya(harini 15nov)😇

Moga Allah jaga kita semua dan terus bertambah baik saban waktu, hari berganti bulan dan mentari. Jom ramai² subscribe channel youtube kak Yuna dan beli karya beliau!
Ini adalah pendapat peribadi saya sebagai pendengar muzik @yunamusic . Follow dan subscribe semua platform muzik Yuna kawan². Yuna is our national tresure! Yuna kebanggaan.🇲🇾

Lagi sekali, Selamat Hari Lahir Yuna. Tak sabaq tunggu album baru rilis.
#yuna
#yunaverse
#yunational
You can follow @theMaalizi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.