bangsa paling teraniaya, 
salam deepavali
gambar ini baru sahaja diambil pagi tadi sebelum saya keluar rumah untuk beberapa urusan.
ini ialah untaian yang panjang. apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya.



ini ialah untaian yang panjang. apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya.
semalam saya terlihat satu ciapan berkenaan bangsa yang paling teraniaya di malaysia, mereka paling tertindas dan sebagainya 
maka saya terpaling untuk menulis pengalaman saya.


1/ saya dibesarkan dalam suasana kaum yang pelbagai. daripada tadika, saya telah bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa, melayu, cina, india.
ini ialah gambar saya sekitar tahun 2007 bersama rakan sekelas saya. https://twitter.com/faizyeet/status/1241316868662521856
ini ialah gambar saya sekitar tahun 2007 bersama rakan sekelas saya. https://twitter.com/faizyeet/status/1241316868662521856
2/ bukan itu sahaja, malahan saya telah mengikuti kelas mandarin sebagai subjek tambahan di tadika sementara rakan-rakan saya berbangsa melayu mengikuti kelas agama.
satu sesi dalam pembelajaran tadika saya, seisi kelas berbahasa mandarin. saya sekadar diam dan mendengar.
satu sesi dalam pembelajaran tadika saya, seisi kelas berbahasa mandarin. saya sekadar diam dan mendengar.
3/ tangan saya pernah berdarah kerana dicucuk dengan pensel yang tajam oleh rakan saya yang berbangsa cina. dan apabila hampir tiba waktu pulang, dia berada di paling hadapan muka pintu kelas kerana ingin keluar paling awal. beberapa kali pergaduhan tercetus kerana perkara ini.
4/ memasuki sekolah rendah, makin ramai bangsa yang saya berkawan, melayu, india, sikh, iban. sekolah rendah saya memang kaya dengan pelbagai bangsa. malahan, timbalan ketua murid 2 ketika saya tahun enam ialah murid perempuan yang berbangsa india.
5/ di sekolah rendah, saya sendiri pernah bergaduh beberapa kali dengan rakan-rakan saya, samaada dia melayu, india mahupun sikh.
di dalam kelas saya juga, kami yang berbangsa melayu, india duduk semeja, bergelak ketawa, bermain kad dan dam ketika pasca upsr.
di dalam kelas saya juga, kami yang berbangsa melayu, india duduk semeja, bergelak ketawa, bermain kad dan dam ketika pasca upsr.
6/ kehidupan saya? saya tinggal di kawasan perumahan dengan bangsa yang pelbagai. kiri saya india, kanan saya aceh, selang tiga buah rumah cina, ke hadapan sikit sikh.
waktu pagi, saya akan menegur pakcik cina yang berjalan di hadapan rumah saya, âpagi uncle!â sambil tersenyum
waktu pagi, saya akan menegur pakcik cina yang berjalan di hadapan rumah saya, âpagi uncle!â sambil tersenyum
7/ setiap kali menjelang waktu maghrib, sebelum azan dilaungkan, bunyi-bunyi loceng akan kedengaran dari rumah-rumah india.
8/ saya bermain bola keranjang di gelanggang bola keranjang bersama rakan saya yang berbangsa cina. kadangkala, rakan india saya turut bermain sama kerana dia agak tinggi. saya ke masjid dengan rakan saya berbangsa melayu.
9/ MAKA, saya dibesarkan dari kecil hinggalah sekarang, saya berumur 19 tahun, dengan melihat kerencaman sikap daripada pelbagai bangsa.
saya pernah bergaduh, bergelak ketawa, dengan rakan-rakan saya yang pelbagai kaum. melayu, cina, india, sikh
saya pernah bergaduh, bergelak ketawa, dengan rakan-rakan saya yang pelbagai kaum. melayu, cina, india, sikh
10/ saya tidak nafikan isu rasisme masih wujud di malaysia. tapi adakah kerana dengan beberapa pengalaman pahit anda sebagai bangsa minoriti membolehkan anda memukul rata bahawa kaum anda dilayan sebegitu rupa di malaysia?
11/ maka kalau begitu, saya boleh juga mengeluarkan kenyataan, âbagaimana kehidupan di kawasan kejiranan yang mempunyai bangsa indiaâ bla bla
saya boleh sebut bahawa berapa ramai bangsa india di kawasan saya, tidak memberi lampu isyarat sebelum memasuki sesuatu simpang.
saya boleh sebut bahawa berapa ramai bangsa india di kawasan saya, tidak memberi lampu isyarat sebelum memasuki sesuatu simpang.
12/ saya juga boleh sebut berapa ramai bangsa india, yang menghalang jalan/ lalu lintas. dipasangnya khemah di hadapan rumah mereka selama beberapa hari untuk menyambut perayaan mereka. banyak kereta dan motor terpaksa memilih jalan yang lebih sempit kerana jalan utama ditutup.
13/ saya juga boleh sebut berapa banyak serpihan-serpihan kaca daripada botol arak di hadapan rumah saya pada waktu pagi apabila mereka yang berbangsa india minum di tengah malam. bersepah di tengah-tengah jalan membahayakan pengguna yang lain.
14/ saya juga boleh sebut, betapa bising bunyi anjing-anjing peliharaan jiran saya yang berbangsa india pada waktu malam. mengganggu ketenteraman jiran-jiran yang lain.
15/ banyak lagi perkara-perkara yang saya alami di kawasan saya. tapi saya tidaklah pula mengeluarkan kenyataan terbuka yang mereka kaum paling teruk di malaysia.
kerana apa? kerana kawan-kawan ibu saya masih ramai berbangsa india. masih ziarah ke rumah, tersenyum dan berbual
kerana apa? kerana kawan-kawan ibu saya masih ramai berbangsa india. masih ziarah ke rumah, tersenyum dan berbual
16/ kecewa apabila semalam, suasana ceria deepavali yang patutnya diraikan, dicemari dengan ciapan yang ingin menimbulkan kebencian.
kepada anda yang membaca untaian ini, usahlah melihat sesuatu isu melalui kaca mata media semata-mata.
kepada anda yang membaca untaian ini, usahlah melihat sesuatu isu melalui kaca mata media semata-mata.
17/ tutuplah telefon anda, lihat dunia yang sebenar. betapa di luar sana masih ada bangsa india yang sanggup menunggu rakannya yang beragama islam di luar masjid.
18/ betapa masih ramai di luar sana yang berbangsa cina dan berbangsa melayu setiap pagi berbual-bual dan bertukar pandangan mengenai tanaman yang mereka usahakan di hadapan rumah mereka.
19/ benar, saya akan ulang. isu rasisme masih wujud di malaysia. tapi kenyataan beberapa pihak yang cuba menimbulkan kebencian usahlah disokong.
dan jangan terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan dan penilaian. fahami dan selidik.
dan jangan terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan dan penilaian. fahami dan selidik.
20/ last but not least, if u agree with this tweet, feel free to block me https://twitter.com/deevs_nair/status/1327112450437640192
22/ dan saya tidak akan hormat dengan keputusan seseorang individu, sekiranya individu itu sendiri tidak hormat dengan sistem dan keamanan yang sedia ada.