Ini adalah thread POCA vs Kumpulan Jenayah Terancang (KJT)
Beberapa tahun lepas PDRM telah mengeluarkan senarai rasmi Kumpulan Jenayah Terancang (KJT) dan dibanteras melalui OPS CANTAS KHAS. Melibatkan tangkapan skala besar ahli dan ketua organisasi.
KJT adalah kumpulan yang melakukan jenayah guna konsep pensyarikatan seperti Sdn Bhd yang sebenar. Mempunyai akaun, aset, tenaga kerja, dan juga pelanggan. Organisasi lebih tersusun kerana ada pangkat setiap lapisan.
KJT biasanya terlibat dalam perjudian haram, perlacuran, penyeludupan (manusia, organ, senjatapi, senjata kimia, dadah), makmal dadah, peras ugut peniaga, HitMan, dan scammer.
KJT adalah ibu kepada segala kegiatan jenayah dalam negara kerana mereka ada akses underground yang kuat dan telah wujud lama
Setiap kumpulan akan berusaha untuk merebut kawasan, dan akan saling membunuh. Benda ni aku tak perlu sebut. Kau boleh tengok cerita Korea "The Outlaw" untuk lebih faham.
Apa kesan KJT kepada kehidupan kita?
Apabila KJT menjadi besar dengan kegiatan ekonomi bawah tanah bernilai lebih RM10 juta setiap minggu, maka mereka akan mula untuk terlibat cuci duit itu dan masuk industri negara.
Mereka akan terlibat dengan industri pembinaan, industri pertanian/penternakan, perikanan dan pelbagai industri lain. Mereka mengawal pasar borong, mengawal perlabuhan, mengawal sempadan.
Mereka sudah pasti akan bermain dengan harga pasaran mengikut kehendak mereka, menyorok barang untuk naik harga. Mengawal harga barang pembinaan, dan juga mungkin kawal harga rumah.
Kita selalu pelik, kenapa harga barang ni naik melampau sangat. Selain dari inflasi, wujud juga hidden hand yang cuba untuk bermain dengan harga barang keperluan.
KJT ini merangkumi pelbagai bangsa. Melayu India Cina semua ada kumpulan masing masing. Dan sudah pasti berselindung di sebalik kegiatan bersifat amal/donation.
Aku rasa tidak adil untuk sabitkan kaum India dengan KJT ini kerana melayu dan cina pun ada, cuma tidak di exposed. Ramai kaum india yang menjadi mangsa kegiatan KJT dan hidup dalam ketakutan.
Apa peranan POCA?

POCA ada terma yang kompleks, tapi aku cuba expalain guna term paling simple. Mana mana lawyer atau ahli undang-undang mohon bantu aku jika tersalah.
POCA tidak mendapat tempat di hati SUHAKAM dan Badan Peguam kerana melanggar hak asasi manusia, yakni mereka boleh ditangkap tanpa bicara untuk tempoh 5 tahun.
Sebagai contoh, untuk kes 25 ahli geng BlackJack 21 yang terlibat kes tembak di Banting, mahkamah minta mereka untuk dibebaskan sebab kurang bukti.
Tapi, masa ini la pihak PDRM guna POCA untuk tahan mereka tanpa court order, dan dibawa mengadap Lembaga POCA. Kerana PDRM mempunyai bukti yang tidak kuat di mahkamah, tapi cukup untuk mensabitkan mereka bawah POCA, seperti keterangan report, dan juga saksi/mangsa yang terlibat
Cari je la bukti, apa susah?

KJT susah untuk sabit di mahkamah kerana mereka mahir untuk hapuskan bukti, neautralkan saksi (bunuh/ugut), celik undang-undang (ada lawyer khas) dan mahir untuk lari ke luar negara melalui jalan tikus.
Bayangkan jika mereka asyik bebas tanpa bukti, dan teruskan kegiatan mereka sebab mereka tahu mereka tidak akan masuk penjara.
Jadi setakat ini, biarpun dilihat kejam dan bersifat tidak Liberal, namun POCA adalah jalan terbaik untuk mengekang KJT.
Thread tamat

Radio Silent.
You can follow @projekhitam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.