14 November
Tau tak hari ni hari apa?
World Diabetes Dayyyy
Hari Diabetes Sedunia kalau nak cakap Hari Kencing Manis Sedunia macam tak seronok dengar kan.

Jom tambah ilmu!
Kalau nak tau diabetes ni ada 2 jenis:
Jenis 1: T1DM (Type 1 Diabetes Mellitus)
Jenis 2: Type 2 lah
Tau ke diabetes tu apa?
Kalau dalam Bahasa Melayu kita panggil kencing manis.
Penyakit ni berkaitan dengan satu organ iaitu pankreas yang menghasilkan insulin. Tapi untuk pesakit diabetes insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tiada langsung.
Insulin ni kegunaannya apa?
Insulin ni satu hormon ok senang cerita, kita makan satu hidangan yang ada karbohidrat. Kemudian insulin ini yang menukarkan karbohidrat tu menjadi tenaga.
Ha pentingkan tugas pankreas ni.

Kalau nak tau pankreas ni bentuknya macam daun, comel je.
Insulin juga tugasnya menstabilkan gula dalam darah.

Macam mana nak tau gula stabil ke tak?
Ada alatnya, glucometer namanya. Untuk tau kadar gula dalam darah.
Persoalannya, apa yang terjadi pada pankreas pesakit diabetes?

Jenis 1: Pankreasnya tidak boleh menghasilkan insulin. Tiada insulin yang dihasilkan. Maksudnya pankreas tidak berfungsi kalau nak faham.

Jenis 2: Pankreas boleh menghasilkan insulin tapi tidak mencukupi. Elok lagi
Kebiasaannya siapa yang boleh menghidapi penyakit ni?

Jenis 1: Kebiasaannya daripada peringkat umur 10-14 tahun. Usia remaja. Tapi ada juga yang diagnos waktu umur bayi lagi😢

Jenis 2: Sesiapa yang tak jaga makan tu haa bersedialah. Ada pesakit umur 18 tahun dah boleh kena.
Apakah faktor yang menyebabkan seseorang menghidapi diabetes?

Jenis 1: Tidak diketahui. Katanya daripada sistem imun badan sendiri yang menyerang pankreas. Dan sampai sekarang taktau kenapa. Bukan faktor keturunan.

Jenis 2: Boleh jadi disebabkan pemakanan dan faktor keturunan
Berapa ramai penghidap diabetes di Malaysia? Kita fokus kat Malaysia je.
You can follow @taman_malamku.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.