Abg ada kerja kosong?

Isnin lepas abam visit kioks @nasilemaksaleha LRT Masjid Jamek. Tengah sibuk2 bincang dengan team leader, Ada sorang lelaki, umur dalam 20 an dtg kat abam, tanya kat abg soalan ni. Abg ade kerja kosong? Muka memang nampak letih giler.
Abam pandang team abg tanya ade lagi tak job available under SalehaPrasarana, tapi takde. Restoran lagilah dah penuh.

Abam bagitau: dik takde kerja kosong dik. Abam pun ngah cari kerja part time. Saje abam buat lawak bodoh.
So abam tanya dah makan belum, dia cakap belum. Abam tanye kenapa? Dia cakap dia akan makan pukul 3 petang nanti. Abam tanya kenapa makan sekali sehari, diet ke?

Jawapan dia mcm tampar ke muka abam 10 kali.
Dia hanya makan sekali sehari, sebab bajet makan dia sehari hanya RM5 sahaja. Jadi bila makan pukul 3pm boleh cover lapar pagi dan lapar malam.
Speechless. Abam tapau dia 3 bungkus Nasi Lemak. Dia punya muka happy Allah Taala je tau. Dia cakap dah 5 hari pusing2 cari kerja. Dulu dia kerja kat mall. tapi sebab business teruk, terpaksa dibuang kerja. Tu yg terpaksa berjimat cermat. Lagipun duk merantau jauh dari family.
Pantang nenek moyang aku kalau org lapar sebab tak cukup duit nak makan. Mana kita boleh tido kekenyangan, tapi ade ramai yg kelaparan kat luar sana.
So, abam whatsapplah mintak restu mak dan adik2 beradik abam boss2 Saleha pasal nak buat benda ni, sebab nak guna bajet agak besar gak.(FYI: Kalau ikut company constitution, Bajet melebihi 15K ke atas memerlukan approval BOD Saleha, bukan sebab abam takut mak ok. lol)
Jadi alhamdulillah, secara rasminya, di bawah initiative #salehasayang, Nasi Lemak Saleha akan menyediakan Nasi Lemak secara percuma untuk sesiapa sahaja yg betul2 memerlukan.
Buat permulaan, kita buat di kioks Nasi Lemak Saleha kat LRT Masjid Jamek, Dtg ambik je satu, makan kenyang2 dan terus semangat menempuh cabaran!
InsyaALLAH, lepas ni kita akan buka juga project freefood ni kat kioks2 Nasi Lemak Saleha yg lain macam kat LRT Pasar Seni, Bangsar dan SS15. Amin!
p/s: Alhamdulillah, update yg abam dapat, memang ramai yg guna sumbangan ni. Sampai dah habis daily kuota. Dalam masa yg sama, ramai juga yang nak donate, nak join sama2 bagi. Alhamdulillah. dapat kita tambah lagi.
Untuk elakkan project ni dianggap penunggang agama/kebajikan/ambik kesempatan, Abam buat deal, yg setiap 1 nasi lemak yg di sumbangkan, Nasi Lemak Saleha akan match dengan bagi lagi sebungkus nasi lemak. Supaya makin ramai yg nikmati bantuan tak seberapa ni.
So, at least kita akan mulakan hari dengan perut yg berisi :)

Korang tlg lah abam share2 status ni, supaya makin ramai org tau initiative ni dan dapat manfaat.

#nasilemaksaleha#salehasayang#kitajagakita
You can follow @mrizalisa_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.