BUAT PC SENDIRI, PILIH BARANG SENDIRI

Hujung tahun selalu ada sale PC, selalunya ada kedai dah buat siap-siap, tapi ada juga yang ragu-ragu kalau harga tak setimpal dengan spec yang ada. Di sini aku nak buat guide untuk newbie yang tak pernah tahu pasal spec PC, tahu2 beli main.
Ya orang Malaysia ni sensitif dengan harga/bajet. Aku akan terangkan setiap komponen seiring dengan sebab munasabah harga rendah, sedang, dan tinggi. Begitu juga tentang tujuan kegunaan PC, ada yang nak main game, edit video, dan main powerpoint je.
1. CPU - Otak komputer. Barang terpaling penting, proses segala benda. Ada dua brand je, Intel dan AMD. Masing-masing pakai socket lain, dan socket ni boleh jadi faktor pemilihan motherboard nanti. Contohnya AM4, TR4, LGA1151, LGA1200, dan LGA2066.
Pilihan low-end untuk main powerpoint biasanya Intel Pentium dan Athlon, midrange yang femes adalah Ryzen dan Core i3 i5 i7, highend bangsawan adalah Threadripper dan Core i9 atau Xeon. Harga CPU mula dari RM250 hingga RM16k.
2. MOTHERBOARD - atau MOBO, tapak untuk hubungkan segala komponen dalam PC, dan ditentukan oleh pilihan socket CPU tadi. Ada 3 saiz, ATX (besar), mATX (sedang), dan ITX (kecil). Ada ya extra large EATX, tapi jarang nampak orang pakai. Ada pun mahal gila.
Dan saiz MOBO akan tentukan juga saiz casing PC nanti. Macam2 brand ada, dan macam2 features, ada yg biasa, ada yg khas utk gaming. Seeloknya pilih MOBO yang sesuai dengan anda, macam bilangan port USB, slot RAM, slot GPU dll. Harga dari RM200 hingga RM4k. Kot.
3. RAM - memory PC. Jangan keliru dengan hard disk, tu dikira Storage. Berfungsi macam working table untuk CPU, lagi besar kapasiti, lagi banyak CPU boleh tampung tanpa crash. Sekarang RAM pakai spec DDR4, barangkali akan bertukar pada lebih canggih. (psst.. PS5 pakai DDR6 tau!)
Ada RAM untuk gaming juga, lagi laju, siap lampu! Macam2 brand ada, sekeping saja ada, nak banyak keping pun boleh letak kat MOBO. Harga dari sekecil 4GB bernilai RM80 hingga gaming spec 32GB nilai RM600, SEKEPING YA! Ni ikut bajet anda.
4. STORAGE - Ruang simpan data anda. Sinilah anda install Windows, software, dan simpan gambar video kerja anda. Rumit sedikit, sebab ada 2 jenis dan 3 bentuk. 3.5" inci (besar), 2.5" inch (sedang), dan saiz M.2 (kecil). Dan 2 jenis tu adalah HDD, dan SSD.
HDD adalah storage yang paling asas, dan murah. Kekurangannya boleh luput rosak (kalau pakai lama sangat), dan senang rosak kalau PC terhentak kuat. Brand yang ada biasanya WD, Seagate, Toshiba. Ada 2 saiz, 3.5" dan 2.5" sahaja. Ada juga version biasa, dan laju serta tahan lasak.
Munculnya SSD untuk selesaikan masalah HDD tadi, cuma mahal je la. Ibarat harga HDD saiz 2.5" 1TB sama dengan SSD saiz 2.5" 250GB. (+-4 kali mahal). Belum lagi cerita saiz M.2, lagi laju, kecik, lagi mahal. dari saiz 2.5" SSD. tambah lampu RGB? Spec NVME?
Ada lagi satu, SSHD, gabungan SSD dan HDD. Dia masih HDD, tapi ada sikit SSD. Harga pun tak murah sangat dan tak mahal sangat. Cuma agak tak berbaloi, sebab SSD hanya 1-2% sahaja dari total kapasiti.
5. GPU - otak kedua PC untuk proses bahan visual, khasnya Game dan editing grafik. Dua brand sahaja, AMD dan NVIDIA. Pangkat pun lain2. Cap pun lain-lain. Saiz pun lain2. Tapi socket semua sama. Sekarang teknologi Ray Tracing makin hot untuk GPU. Yang biasa masih ada.
"Kenapa GPU yang sama ada banyak brand? Sekejap Asus lah, Zotac lah. Sama je?" - Jawapannya, pembuat utama GPU (NVIDIA dan AMD) hanya design asas GPU, dan syarikat PC lain refer design mereka dan buat sendiri. Yang beza adalah overclocking, cooling, custom RGB, saiz dan waranti
GPU level B40 untuk sekadar ada GPU, yang masih dijual hanyalah NVIDIA GT710 dan GT1030. Masih ada port VGA, HDMI, dan DisplayPort. Masih boleh main game, dan editing grafik, cuma ni GPU lama. AMD tak buat untuk level ni. RM200-300 je.
GPU level M40 (Non-Ray Tracing) yang sekarang dah cukup sedap, boleh buat editing laju, dan main game Crysis tak sangkut. Contoh model M40 ni dari NVIDIA adalah model siri GTX 16, AMD model RX XT. Mampu milik dari harga RM600 hingga RM2k.
GPU M40 yang ada Ray Tracing ni agak keras, sebab dah mula canggih. Grafik game makin cantik, ada teknologi baru, PS5 pun dah ada benda ni. Semua model NVIDIA RTX dah ada. Model 20 dan yang akan datang model 30. AMD masih dalam proses. Dari RM1.2k - RM5k.
GPU T20 dah masuk kategori high-end dan workstation. AMD ada buat, tapi orang ramai lagi suka model NVIDIA. Untuk gaming orang cari model macam RTX 2080 Ti, RTX 3090, dan Titan, untuk design benda rumit macam engine, bangunan, akan pilih Quadro. Dari RM1k hingga RM50k. SATU GPU.
Dan tahu tak, kalau MOBO yang anda pilih tu banyak slot GPU, boleh je letak 2-3-4 keping sekali gus. Janji casing PC muat, elektrik kuat, dan duit cukup banyak nak tampung bil api rumah.
6. PSU - Power Supply Unit. Adalah TNB pada PC anda yang bertanggungjawab nak salurkan elektrik yang cukup. Dah pakai CPU GPU power, kompom mentekedarah kuat makan bil api rumah. Silap-silap duit BPN pun tak cukup nak cover. Kah!
Pemilihan PSU ni bergantung pada power CPU + GPU anda. JANGAN KEDEKUT AMBIL PSU KECIL. Biar lebih, jangan kurang power. Boleh terbakar PSU anda. Anda boleh buat kira2 dengan Online PSU Calculator, dan pilih yang mana cukup untuk hidupkan dan lancarkan PC anda
PSU ada model boleh supply max power dari 500 Watt hingga 1200 Watt. Rating 80 Plus, pilihan Modular, dan saiz ikut bajet. Harga dari RM150 - RM2k. (Brand AVF paling murah, RM60, tu buat main powerpoint okay. Sekali blackout, rosak terus PC)
7. Casing PC - Rangka untuk semua komponen di atas. Ada yang simple macam ofis, ada bentuk macam IronMan, ada yang warna-warni, Piramid, Baby Shark, macam2 lah! Janji muat MOBO, barang PC, ada duit, jalan!
8. WiFi - Apa guna main online kalau takda WiFi kan? 2 jenis ada, USB Adapter, dan PCIe Card yang terus masuk MOBO. Elok ambil Card berbanding USB, jimat port nak cucuk PC nanti. Tak mahal, RM30-150 sahaja. Ambil Dual-Band lagi cun.
9. CPU COOLER - Bila PC buat kerja berat, akan jadi panas, tak kira gaming atau render editing yang lama, boleh mudaratkan CPU. Disarankan untuk upgrade stock CPU cooler pada yang lebih baik. Ada dua jenis yang laris di pasaran, Cooling Fan, dan AIO Liquid Cooler.
Cooling Fan ni upgrade sikit dari stock cooler CPU asal. Heat sink lebih besar, kipas lebih besar dan laju, untuk alirkan haba dengan lebih baik. Nak ada lampu RGB pun ada. Dari RM70 - RM500, ikut selera sendiri.
AIO Liquid Cooler ni sama macam radiator kereta, pakai cecair untuk sejukkan CPU. Lebih elok dari jenis kipas, dan semestinya mahal. Jangan risau, dia tak bocor tumpat kat komponen lain. At least, pakai beberapa tahun sebelum bocor. Dari RM200 - RM1.5k.
Dan lengkaplah komponen untuk buat PC. Tak berapa nak senang lah jugak untuk study satu2 barang. Nak ikut bajet, kena disiplin tak tekan dompet sendiri sampai sanggup makan megi berbulan-bulan.
Jangan lupa sistem operasi Microsoft Windows ya. Windows 10 pun dah RM400 lebih. Belum lagi masuk Microsoft Office. Lagi RM300 lebih. Nak cari crack, cari sendiri.
"Okay, kalau nak buat PC, takat nak main powerpoint je. Berapa?" Okay baik, sini saya buat perkiraan untuk spec PC tersebut. Harga ni saya refer pada pricelist yang ada di website kedai IT, yang terkini. Sekitar RM1k lebih, tak termasuk Windows OS.
Untuk gaming spec mid-range, dan boleh main DOOM 2016 pada setting Ultra, dan cukup sedap buat editing, boleh ikut spec ini, dengan perkiraan harga berikut. Spec ni masih boleh main game yang baru keluar tahun ni, tapi pada setting yang rendah. Dalam RM3k sahaja.
High-end spec, aka Glorious PC Master Race, yang boleh main game yang grafik berat macam METRO EXODUS, stabil pada 60 FPS, Ultra setting kena labur banyak. Spec ni jadi kegemaran buat video editor juga. Lingkungan RM7k.
Workstation spec, untuk yang serius gaming, nak maintain pakai 5-8 tahun, kerja editing yang nak cepat render, atau anak menteri T20 yang nak main Minecraft. Spec yang paling T20, dengan harga hampir cecah RM40k. Boleh beli Myvi.
Apa-apa pun, beli PC ikut lah kemampuan. Tak salah beli mahal, asalkan ada pulangan yang berbaloi. Harap thread ini membantu korang untuk pilih part PC dengan baik mengikut bajet anda. #AnwarSenyumIkhlas
Saya tamatkan thread ini dengan menjemput follow IG saya @ AnwarSenyumIkhlas http://instagram.com/anwarsenyumikhlas
You can follow @AnwarSenyum.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.