Pembatalan Piala Malaysia - yang walaupun dijangka - tetap hadir sebagai sesuatu yg menyedihkan.
Kerana ia sekali gus menutup langsung tirai kejohanan sukan tempatan untuk 2020.
Namun, disebalik memiliki asas, adakah ‘blanket ban’ MKN/KKM sebegitu baik utk industri sukan negara?
Memang kebimbangan bahaya penularan virus covid-19 diakui, tidak pernah disanggah.
Tetapi kenapa setiap kali berdepan kenaikan jumlah kes positif, industri sukan yg dipaksa akur ‘tutup kedai?’.
Padahal sepanjang Liga Super & Liga Premier sebelum ini, tiada kes positif direkodkan.
Industri sukan juga satu ‘sektor ekonomi,’ yg menyaksikan pembabitan sejumlah besar rakyat jelata.
Pada ketika sektor lain dibenarkan beroperasi mengikut aturan SOP yg dibenarkan, mengapa bidang sukan dinafikan? Bukankah sebelum ini, SOP spesifik sukan dibentang dan diluluskan?
Dan penguatkuasaan setakat ini boleh dianggap berjaya kerana tiada kes positif covid-19 yg direkodkan.
Jika pasaraya ada kes tetapi tetap dibenarkan dibuka, mengapa tidak sektor sukan yg tiada kes setakat ini?
Saya yakin semua warga sukan juga serius menangani pandemik ini.
Tiada siapa mempertikaikan bahaya covid-19. Tetapi ‘blanket ban’ aktiviti kompetitif sukan bukan jawapannya.
Mengapa tidak diperhalusi dgn MKN dan @KKMPutrajaya mengambil pendekatan ‘case by case basis’, dgn setiap sukan diberi hak untuk membentangkan cadangan SOP masing-masing.
Sebagai contoh, sukan skuasy dibenarkan merangka SOP spesifik utk penganjuran acara. Seperti pernah dikemukakan beberapa sukan seperti akuatik, bowling dan lainnya.
Berikan ‘empowerment,’ dgn risiko dan tanggungjawab dipikul sepenuhnya setiap badan sukan. ‘U careless, u doomed!’
Ia akan menyuntik rasa tanggungjawab setiap persatuan sukan utk merangka SOP dgn teliti. Sekaligus mampu meningkatkan tahap waspada covid-19 di kalangan masyarakat.
Bukan ‘top down’ approach, tetapi pembentukan pemahaman menerusi pembabitan secara langsung.
It’s time for government to start trusting its people. That people can come up with good solutions, not continuing to ask public to accept blanket ban without giving us the opportunity to play an active part.
Its ‘Kita Jaga Kita’ in the truest definition of the words.
You can follow @khawari72.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.