#Belanjawan2021 perlu dipinda. Ia bukan bajet Covid-19. 3 sebab:

1) peruntukan pembangunan yg mengambil kesempatan dari rakyat terdesak & kebuluran;
2) andaian ekonomi pulih pada 2021 tidak munasabah; dan
3) tiada jawapan jelas utk menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

1/n
Adakah ini #Belanjawan2021 Covid-19?

RM256j - Pengurusan Aset & Bangunan (JPM)

RM60.5j - Cadangan Pembangunan Bangunan Pejabat (MITI)

RM64.4j - Pejabat2 & bangunan2 di seberang laut (KLN)

RM55.8j - Bangunan/ Pentadbiran (MOT)

2/n
Adakah ini #Belanjawan2021 Covid-19?

RM63.9j - Naiktaraf Bangunan di Lot 4G11, Pjaya (KPWKM)

RM231.2j - Ibu Pejabat (KDN)

RM227.0j - Bangunan & Pejabat (KPM)

JUMLAH RM967.8j ~ 1bn.

Rakyat mana terbela dgn peruntukan ini?

Sedarkah semua ini bawah kementerian Bersatu?

3/n
Saya yakin proses mengeluarkan #Belanjawan2021 bermula ketika kes Covid-19 mulai stabil dari gelombang ke2. Unjuran ketika itu berbeza selepas PRN Sabah. Unjuran IMF turun dari 5.8% (Apr) ke 5.2% (Okt). Jadi unjuran 6.5-7.5% adalah tidak munasabah. Ia perlu dikemas kini.

4/n
Semasa Perang Dunia 1 & 2, parti2 politik negara2 yg terlibat secara langsung, bergabung dan menumpu kepada POLITIK NEGARA. Belanjawan ketika itu adalah utk peperangan. #Belanjawan2021 seharusnya disediakan utk Perang Wabak, dan bukan utk bermegah dgn pembangunan membazir.

5/n
PKP perlu direncana semula utk membuka ekonomi. Perkenalkan PKP tersasar dgn tahap2 kawalan pergerakan seperti Level 1-5 yg seragam & mudah difahami.

#Belanjawan2021 patut juga memberi imbuhan utk PKP tersasar. Rakyat akan produktif & perdagangan tempatan kembali rancak.

6/n
Kita ada MKN utk Covid-19. Kita perlukan Majlis Ekonomi utk merencana perdagangan tempatan tertutup. Kita tidak boleh bergantung kpd perdagangan antarabangsa. Idea2 seperti e-dagang, travel bubble, & perusahaan PPE/RTK antigen/vaksin perlu diperkenalkan dlm #Belanjawan2021.

7/n
#Belanjawan2021 perlu direncana semula dengan andaian yg dikemas kini dan peruntukan yg jimat, bernas dan tersasar. Sekiranya tidak, makin ramai yg kebuluran. Kanak2 semakin terbelakang dlm pelajaran. Kes kemurungan dan bunuh diri meningkat.

Pikir2lah.

#BinaSemulaMalaysia

8/n
You can follow @fyzuladzwan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.