Hi guys. Pukul enam nanti aku nak cerita pasal Uthman Bin Affan. Stay tuned.

Thread.
Pada hari Jumaat, Zulhijjah, 35H.

Uthman tengah baca Quran. Ada beberapa orang ceroboh masuk dalam biliknya. Para pemberontak suruh beliau stop baca. Suddenly, salah sorang pemberontak tu lompat depan Uthman. Dia kata,

" Antara aku dengan kau ada kitabullah "

Dan libas pedang.
Uthman tangkis libasan pedang tu sampai tangan beliau putus. Darah mengalir daripada tangan dan menitik pada mushaf depan Uthman. Kemudian ada lagi sorang pemberontak melibas pedang dengan laju. Nailah bint Al Farafashah iaitu isteri Uthman menangkis libasan tu. Namun orang itu..
menarik pedangnya sampai jari jari Nailah putus. Lalu Kinanah Ibn Basyat pukul kening Uthman pakai besi. Uthman jatuh tersungkur. Sadwan Ibn Hamran Al Maradi pukul Uthman dan bunuh beliau. Last, Amr Ibn Al Hamq lompat atas badan Uthman dan tikam beliau tujuh kali.
Wajah Uthman nampak tersenyum sebab rindu sangat kat Rasulullah. Kerana malam tadinya beliau mimpi Nabi bertemu dengannya dalam tidur. Rasulullah kata,

" Malam ini, makanlah bersama kami wahai Uthman "

Uthman berpuasa sunat dan beliau dibunuh.
1. Uthman digelar Dzunnurain sebab kahwin dengan dua puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalsum.
2. 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

3. Seorang yang sangat pemalu sampaikan malaikat malu dengan beliau.
4. Memerdekakan hamba setiap Jumaat.
5. Menderma 300 ekor unta dan 10,000 dinar dalam Perang Tabuk.
6. Membeli pergi Raumah berharga 35,000 dirham dan sedekahkan untuk kegunaan orang ramai serta beli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.
Makam Ruqayyah dan Ummu Kalsum kat Jannatul Baqi'.
Telaga yang Uthman beli.
Al Quran yang Uthman baca time beliau kena bunuh.
Makam Saidina Uthman.
Lepas Maghrib aku sambung pasal karamah Uthman pulak. Stay tuned.
Uthman Affan boleh tengok bekas zina kat mata orang.

One day, sorang lelaki telah mencuri pandang sorang wanita rupawan dan kemudiannya dia datang kat Uthman.

Uthman kemudian berkata,

" Bagaimanakah kaum yang datang kepadaku sementara di mata mereka ada bekas zina "
Allah akan seksa orang yang menyakiti Uthman.

Ibn Umar ra menceritakan,

" Jahjah al-Ghifari mendekati Uthman yang berada di atas mimbar, merebut tongkatnya lalu mematahkannya. Tak sampai setahun, Allah menimpakan penyakit yang melemahkan tangannya hingga meragut nyawanya "
Tu la serba sikit pasal Uthman Affan. Nak lagi banyak, baca sirah. Menarik.

Adios!
You can follow @nsbnh_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.