SUSTAINABLE DEVELOPMENT: ISSUES, POLICIES AND PRACTICES (UNGS 1201)
Aisyah Afreena binti Mohd Saidi (2017402)
Aisyah Afreena binti Mohd Saidi (2017402)
Assalamualaikum, adakah anda suka membaca buku? Jika ya, pernahkah anda terfikir bagaimana buku dihasilkan dan dari mana sumbernya? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.
Pertama sekali apakah itu buku?
Buku adalah sejenis medium catatan rekod informasi dalam yang di catat dalam format tulisan mahupun gambar.
Buku adalah sejenis medium catatan rekod informasi dalam yang di catat dalam format tulisan mahupun gambar.
Buku kebiasaanya mengandungi helaian kertas yang banyak yang disusun dan diikat bersama dan akhirnya dilindungi oleh penutup buku yang keras di bahagian hadapan dan belakang buku. Istilah teknikal untuk susunan fizikal ini dikenali sebagai “codex”.
Jadi, dari manakah sumber atau bahan yang diperoleh untuk membuat buku?
Kertas adalah keutamaan utama dalam penghasilan buku. Untuk membuat kertas, pokok akan ditebang untuk diambil serat daripada pokok yang dipanggil sebagai selulosa.
Kertas adalah keutamaan utama dalam penghasilan buku. Untuk membuat kertas, pokok akan ditebang untuk diambil serat daripada pokok yang dipanggil sebagai selulosa.
Selulosa adalah sejenis cecair yang diekstrak dari serpihan kayu dan juga merupakan bahan utama dalam pembuatan kertas. Selain itu, log pokok juga akan menjalani proses yang disebut kimia pulpa.
Proses ini menguraikan bahan kimia yang disebut lignin, dan hasilnya, pulpa! Pulpa seperti versi kertas yang lebih tebal dan kurang halus.
Setelah dicantum, disaring dan dikeringkan, pulpa dapat digunakan untuk membuat produk percetakan komoditi dalam jumlah tinggi, seperti kertas, kertas surat khabar dan kertas majalah.
Selain itu, bagi pencetakan tulisan, dakwat pencetak juga memainkan peranan yang besar dalam penghasilan buku. Sebilangan besar dakwat pencetak terbuat dari asas minyak biji rami atau kacang kedelai, atau sulingan petroleum berat yang digunakan sebagai pelarut.
Ini kemudian digabungkan dengan pigmen untuk menghasilkan dakwat yang dirancang untuk kering dengan penyejatan.
Bagi penghasilan dakwat hitam, hanya gabungan karbon hitam dan varnis yang diperlukan manakala bagi dakwat pencetakan berwarna melibatkan pigmen warna yang terdiri daripada garam dan sebatian yang mengandungi nitrogen multiring, atau pewarna.
Setelah selesai menjalani kesemua proses di atas, maka akan terhasil lah sebuah buku!
Walau bagaimanapun, adakah anda sedar bahawa proses penghasilan buku juga akan mengakibatkan impak yang besar terutama sekali pada Alam Sekitar, Sosial dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai 3 tonggak kelestarian.
Impak pada Alam Sekitar
Penebangan hutan daripada aktiviti penghasilan kertas menyebabkan suhu di muka bumi meningkat. Perkara ini terjadi kerana ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida yang berada dalam atmosfera.

Kesan daripada itu, pengurangan kelembapan udara akan membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara di sekitar menjadi kering serta cuaca menjadi semakin panas.
Selanjutnya, dalam mencetak setiap halaman kertas, pelepasan dakwat berjumlah 1% bagi setiap produk bercetak, melepaskan toksin seperti toluena dan xylene ke dalam air dan udara di sekitar kita. Kehadiran sebatian mudah menguap di atmosfera telah meningkatkan risiko serangan-
asma yang lebih tinggi pada penduduk bumi. Secara keseluruhannya, sejumlah besar sisa pepejal dan pelepasan gas seperti nitrogen oksida dan zarah karbon monoksida akan menjejaskan udara dan akhirnya membawa kemudaratan kepada alam sekitar.
Impak pada Sosial
Masalah sebenar buku fizikal dalam kalangan sosial adalah dalam proses penciptaan buku dan pengangkutan. Ini kerana manusia yang terlibat dalam proses penghasilan buku memerlukan banyak tenaga untuk menebang pokok, memprosesnya menjadi bubur, mengetatkannya,-

menekannya, memanaskannya, mencetaknya, dan juga mengikatnya. Bukan setakat itu sahaja, mereka kemudian memerlukan lebih banyak lagi tenaga untuk menghantarnya ke seluruh dunia.
Impak pada Ekonomi
Menurut akhbar Harian Metro, faktor ekonomi bagi industri penerbitan buku tempatan bagi buku fizikal dijangka mengalami kadar pengeluaran lebih perlahan daripada tahun sebelumnya.
Menurut akhbar Harian Metro, faktor ekonomi bagi industri penerbitan buku tempatan bagi buku fizikal dijangka mengalami kadar pengeluaran lebih perlahan daripada tahun sebelumnya.
Kejadian ini berlaku kerana sikap pembeli yang amat memilih dalam mendapatkan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang lebih rendah selain kemunculan medium penerbitan baru iaitu buku elektronik (e-buku).
Malahan, generasi golongan muda masa kini mula cenderung untuk tidak membeli buku bercetak kerana pasaran e-buku menawarkan nilai lebih baik dan memiliki harga lebih berpatutan serta rendah yang sesuai dengan keadaan para pelajar yang mempunyai tahap kewangan yang terhad.
Oleh kerana impak-impak negatif yang sedemikian, saya mengesyorkan inisiatif lain bagi para penggemar buku iaitu dengan menggantikan penggunaan buku fizikal kepada buku elektronik (e-buku).
Hal ini kerana, harganya yang jauh lebih murah berbanding buku bercetak serta penggunaan E-buku juga memberikan kemudahan kepada pembaca untuk membawanya ke merata tempat tanpa beban yang berat.
Jadi, apakah kesan penggunaan E-buku kepada 3 tonggak kelestarian?
Impak pada Alam Sekitar
Penggunaan E-buku dapat mengurangkan impak negatif terhadap Alam Sekitar kerana penggunaan kertas yang kurang dalam penghasilan E-buku.
Penggunaan E-buku dapat mengurangkan impak negatif terhadap Alam Sekitar kerana penggunaan kertas yang kurang dalam penghasilan E-buku.
Kesan daripada itu, tiada aktiviti penebangan pokok yang melampau berlaku sekaligus menyelamatkan bumi daripada ancaman pemanasan global.
Impak pada Sosial
Penggunaan E-buku juga dapat menjimatkan tenaga kerja daripada dikerah bekerja dengan terlalu ekstrem.
Penggunaan E-buku juga dapat menjimatkan tenaga kerja daripada dikerah bekerja dengan terlalu ekstrem.
Kesannya, pekerja dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan lebih baik kerana pekerja lebih tertumpu dengan pekerjaan dalaman (indoor) berbanding pekerjaan buruh (outdoor).
Impak pada Ekonomi
Akhir sekali, penggunaan medium E-buku juga dapat memberikan impak yang positif terhadap ekonomi negara melalui pengeksportan buku ke luar negara dengan lebih meluas melalui kemudahan internet.
Akhir sekali, penggunaan medium E-buku juga dapat memberikan impak yang positif terhadap ekonomi negara melalui pengeksportan buku ke luar negara dengan lebih meluas melalui kemudahan internet.
Melalui E-buku, pembaca dapat mengakses ke carian buku yang lebih pelbagai dan luas serta dapat membeli buku di serata dunia dengan cepat dan mudah tanpa perlu menjejakkan kaki ke negara lain atau perlu menunggu servis penghantaran yang lama.
Oleh itu, kita haruslah mengamalkan kaedah pemikiran sistemik dalam membuat keputusan. Seperti mengambil kira kesemua aspek tonggak kelestarian dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya generasi akan datang tidak terancam oleh perbuatan dan penyalahgunaan sumber pada masa kini.