Pelbagai pihak telah membuat tohmahan tentang peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021 (B2021). Saya ingin jelaskan:

1. Peruntukan B2021 untuk Kementerian Kesihatan adalah RM31.9 bilion, lebih tinggi dari RM30.6 bilion pada tahun 2020.
2. Hakikatnya, di dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan, jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis (consumables) sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus).
2.1 ... Ini termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion.
3. Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan ‘pengurangan’ daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021). Butiran ini mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan termasuk nefrologi dan farmasi.
3.1.. Hakikat yang sebenar: tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan.
4. Kerajaan juga peruntuk RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.
5. Dari segi lain, Kerajaan menyediakan RM420 juta untuk tingkatkan Rancangan Makanan Tambahan dengan bekalan susu setiap hari persekolahan untuk murid dari keluarga berpendapatan rendah. Kita mahu anak-anak membesar sihat, mendapat pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh.
6. Seperti yang saya umumkan semalam, Kerajaan memperuntukkan RM475 juta sebagai peruntukan tambahan untuk bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan COVID-19; RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan kita;
6.1.. RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19; RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti serta menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian,
6.2.. perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.
7. Peruntukan tambahan di dalam poin ke-6 ini tidak termasuk dalam peruntukan belanja mengurus yang terkandung di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan kerana ianya diperuntukkan secara berasingan di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
8. Semua peruntukan di atas belum kira lagi jumlah yang telah disalur tahun ini, di mana Kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan kesihatan awam berkaitan COVID-19,
8.1.. antaranya untuk membeli Kelengkapan Perlindungan Diri atau PPE, reagen dan bahan guna habis.

Sekali lagi saya ingin menjelaskan, Kerajaan tidak akan berkompromi di dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia.
You can follow @tzafrul_aziz.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.