Susulan kenyataan ketum ini, kami rasa nak ulas sikit tentang mentaliti pembangunan bola sepak lama & moden dlm konteks penyediaan pasukan B19/B20 tahun kebangsaan

Sila follow thread ini... https://twitter.com/vocketfc/status/1324539536169345024
Ketum PSSI tampak begitu teruja & berbangga dgn persediaan yg dilakukan timnas b19 tahun Indonesia di Eropah sambil melaungkan ‘amaran’ berupa sindiran kpd pasukan kita

Kami faham mereka mungkin membuat persiapan rapi kerana mereka bakal jadi tuan rumah Piala Dunia B20 thn dpn
Cumanya sesuatu yg agak lucu ialah kaedah mengumpul pemain2 B19 thn bersama utk masa yg begitu lama ini ialah kaedah dunia ketiga yg sebenarnya tidak diamalkan oleh hampir keseluruhan kuasa2 besar bolasepak eropah, asia dll

Ada beberapa sebab...
Negara2 Asia Tenggara (kecuali Thailand) selama ini mmg suka mengumpul dan melatih skuad B19 secara sepenuh masa kerana difikirkan itulah cara terbaik utk layak ke kejohanan AFC B19 dan seterusnya Piala Dunia B20

Contohnya skuad Young Lions & Harimau Muda.
Dalam ekosistem bola sepak moden, kaedah ini sebenarnya counter produktif dari sudut pembangunan

Ianya tidak membantu transisi dari seorang pemain amatur ke profesional dan menyebabkan pembangunan pemain itu sendiri terbantut hanya kerana nak tempa kejayaan di peringkat B19/B20
Kebanyakan pemain kebangsaan B19 sebenarnya sudah boleh mendapat tempat bermain dlm liga tier 1 atau 2 di negara masing2

Kalau di Malaysia Liga Super & Perdana...terutamanya kesebelasan utama skuad kebangsaan B19

Mereka tenaga penting & bkn hanya memanaskan bangku simpanan liga
Contoh

Rhys Williams-Liverpool-England B19

Jun Nishikawa-Cerezo Osaka-Jepun B19 (juga call up skuad senior Jepun)

Suphanat Muenta-Buriram-Thailand B19 (juga skuad senior Thailand)

Dan ramai lagi
Maka amatlah sukar atau mustahil utk mengumpul pemain2 ini kerana mereka diperlukan oleh kelab masing2

Tambahan pula Kejohanan kelayakan dan akhir B19/B20 tidak dijalankan semasa FIFA days ketika liga berhenti
Di Malaysia juga sama. Antara pemain yg main Liga Super & Perdana

Arif Aiman, Alif Mutalib, Firdaus R, Umar Hakeem - JDT

Rahadi, Azam - Tganu

Zikri, M Ajmal, Harith H, Azrin, Firdaus, Sikh, Aidil, Sara - Selangor

Mana mungkin dpt kumpul kesebelasan utama ketika liga berjalan
Juga harus diingatkan. Pemain2 B20/B19 yang outstanding dan dah menjadi star di liga2 utama dalam dunia ni & yg sudah berjaya masuk skuad senior kebangsaan besar kemungkinan tak akan main langsung dlm Piala Dunia B20. Nama2 seperti Camavinga, Pedri, Ansu Fati & Reyna contohnya
Sedikit analisa Skuad B19 Jepun

14 pemain dalam liga J1
9 pemain dalam liga J2
7 pemain dalam liga J3

19 pemain generasi 2001
18 pemain generasi 2002

Semenjak Julai tlh membuat 5 kem latihan selama 3-5 hari setiap kem

Mereka menbangun dlm kelab masing2 tanpa dikumpulkan
So kena fikir2kan lah

Bila dah ada usaha swastakan kelab2

Galakkan kelab punya struktur pembangunan

Tak kan lah nak patah balik ke belakang dengan cara lama yang mungkin bantu capai KPI jangka pendek

Tapi tak membantu pembangunan pemain sebagai seorang profesional
You can follow @youthfootballmy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.