Jika ubat ditemui dari tumbuhan, kenapa kita tidak makan tumbuhan saja?

Lebih 55% ubat moden hari ini ditemui dari tumbuhan. Ada setengahnya melalui proses modifikasi, ada yang tidak.
Pertama, kandungan sebatian kimia di dalam tumbuhan banyak dipengaruhi oleh lokaliti dan faktor geografi. Tumbuhan sama yang ditanam di dua tempat berbeza akan menghasilkan sebatian kimia dengan komposisi berbeza.
Jadi, tanpa analisis kimia kita tidak akan tahu adalah tumbuhan itu dan cara penyediaan itu mengandungi bahan aktif yang mencukupi untuk memberikan kesan terapeutik.
Kedua, tumbuhan asalnya ada yang beracun. Contohnya pokok Goat’s rue. Ubat metformin asalnya dibangunkan dari pokok ini. Goat’s rue telah digunakan berabad lamanya bagi merawat simptom berkaitan diabetes. Tetapi pokok Goat’s rue ni sejenis rumpai beracun.
Bahan aktifnya guanidine tidak mempunyai profil keselamatan yang baik. Pengubahsuaian pada guanidinine menghasilkan dimethylguanidine atau dikenali dengan nama metformin. Metformin jauh lebih berkesan dan selamat berbanding guanidine.
Ketiga, berapa banyak sampel tumbuhan yang diperlukan untuk memberi kesan? Dalam pokok kamunting cina ada 0.000025% vincristine, sejenis ubat kemoterapi. Dalam 1 kg pokok kamunting cina, 25 mikrogram vincristine. Berapa mg yang diperlukan untuk rawatan kanser?
Jika pesakit kanser memerlukan 2.5 mg vincristine, pesakit berkenaan perlukan 11 kg pokok kamuntung cina untuk tujuan tersebut.
Keempat, sesetengah bahan aktif dalam tumbuhan itu apabila tercerna dalam sistem pencernaan, hanya sedikit yang tinggal dan tidak cukup memberikan kesan terapeutik. Ia dipanggil bioavailabiliti.
Bahan aktif yang dimurnikan dari pokok, akan dimodifikasi bagi meningkatkan bioavailabiliti bila diberi melalui oral atau kaedah lain. Contohnya camptothecin dari pokok happy tree yang dimodifikasi jadi topotecan dan irinotecan.
Kelima,kerana kandungan bahan aktif yang rendah dalam sumber semulajadi, kena ambil sangat banyak untuk capai dos teraupeutik. Dalam herba tu bukan ada satu bahan kimia itu sahaja. Ada berpuluh kalau tidak beratus sebatian kimia lain yang boleh beri kesan toksik pada tubuh.
Namun begitu, bukan bermakna perubatan tradisional dahulu tidak bermakna. Kaedah penyediaan herba berdasarkan kitab perubatan lama adalah sangat saintifik pada zamannya. Banyak ubat moden yang ditemui hari ini berdasarkan penggunaan tumbuhan tersebut dalam perubatan tradisional.
Jika kita lihat perubatan tradisional cina, sistem dan kaedahnya sangat tersusun. Pengekstrakan menggunakan teknik tertentu, mengeluarkan bahan kimia aktif yang diingini. Uniknya, sesetengah herba yang dicampur bersama meningkatkan potensi herba tersebut dalam merawat penyakit.
Kini dengan teknologi terkini, antaranya kimia sintetik, bahan ubat semulajadi ini dapat dinikmati semua lapisan masyarakat dengan sistem kesihatan bersubsidi di Malaysia. Ubat yang sama, kesan yang sama, namun dari sumber yang berbeza
Jangan tinggal ubat preskripsi dengan anggapan ia berbahaya atau anggap herba lebih selamat. Jika anda ingin ambil sumber tumbuhan untuk gejala sakit ringan, tiada masalah. Jika anda sedang dalam rawatan, bincang dengan doktor anda sebelum mengambil herba untuk tujuan merawat.
You can follow @drcheputeh.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.