FREDERIC BULOT: MARQUEE PLAYER LIGA MALAYSIA 2020

Bila disebut Gabon, hanya nama @Aubameyang7 yg akan terlintas di fikiran peminat2 bolasepak di Malaysia tetapi tanpa disedari, rakannya semenjak remaja & pemain @feldaunitedfc, @FredericBulot turut dipuja peminat2 Gabon. Mengapa?
Bulot lahir di Libreville, Gabon tetapi berhijrah ke France di usia 3 tahun. Pro contractnya yg pertama adalah dgn Monaco di usia 16 tahun: “Saya pernah berlari dari rumah untuk ke pusat latihan tanpa henti serta membawa beg yg berat! Ini cara memastikan endurance saya kekal baik
Menerusi wawancara http://Actu-Foot.fr  pada 2010, Bulot menganggap dirinya sebagai pemain versatil yang mampu beraksi sama ada sebagai pemain tengah ofensif atau pemain sayap kiri & kanan. Bulot disifatkan mempunyai teknik yang tinggi, kelajuan serta kaki kiri yg klinikal.
“Monaco merupakan kelab yg amat berprestij. Walaupun mereka ternama di Eropah, penduduk disana kurang mengambil kisah tentang bolasepak. Apapun, ia menawarkan environment yg baik & dinamik buat pemain muda seperti saya yg berhijrah kesana. Faktor ini juga meyakinkan ibu bapa kami
"Di Monaco, moto kami adalah: you can be better than the day before. Career progression saya dibantu oleh jurulatih2 selain berpeluang bermain competitively bersama pemain seperti @YayaToure. Saya sedih meninggalkan Monaco kerana kesan mendalamnya terhadap saya sepanjang disana.
“Pemain terbaik yg pernah beraksi dgn saya adalah @raphaelvarane sewaktu kami di pasukan remaja France. Kualiti permainan beliau begitu matang di usia remaja lagi. Kami yakin beliau bakal menjadi antara pemain terbaik dunia satu hari nanti & hal ini telah terlihat di Real Madrid.
“Saya pernah bertembung dengan @Ibra_official sewaktu beliau di PSG. Amat sukar buat saya mengekang pergerakan beliau di padang! Zlatan juga membawa pengaruh auranya & hebat dalam membina atmosfera luarbiasa di atas padang. Seluruh tumpuan permainan hanya terhadap beliau sahaja!
. @CAFCofficial merupakan antara momen terbaik saya. Roland Duchatelet (pemilik Charlton Athletic & Standard Liege dimana Bulot bermain ketika itu) mahukan saya kekal dibawah rangkaian2 kelab beliau. Awalnya saya ragu2 namun Charlton telah mengubah persepsi saya mengenai England.
Gandingan Bulot, @IgorVetokele & @Neil38Etheridge telah membawa Charlton ke tangga ke12 liga & Bulot sering dinobat Man of the Match. Menurut @HashtagOliverK, kelajuan & kebolehan Bulot menjaringkan gol menjadikannya cukup disayangi penyokong2 The Addicks.
“Sewaktu di skuad remaja France lagi, Gabon FA sering menghubungi saya untuk mewakili mereka namun apabila saya diberi peluang untuk menjadi pemain utama mereka, lahirlah hasrat daripada hati saya untuk mewakili negara kelahiran saya. Saya tidak menyesal membuat keputusan ini."
“Debut match saya di Africa Cup of Nations pada 2015 menentang Burkina Faso terlalu istimewa. Ramai tertunggu2 untuk menyaksikan kelibat saya & saya tidak menghampakan mereka menerusi 1 assist buat Gabon. Saya akan lakukan hanya yg terbaik demi merealisasikan impian rakyat Gabon!
“Di Afrika, kejohanan AFCON memberi kesan mendalam terhadap aspek sosio-kehidupan masyarakat disana. Apabila Gabon mencatatkan kejayaan, kami seolah2 menghadiahkan rakyat syurga! Perasaan ini amat unik berbanding apa yg saya alami di France, seakan2 diri saya kini telah sempurna!
“Pasukan Gabon kini adalah antara yg terbaik di Afrika, tidak seperti 10 tahun dahulu. Majoriti pemain2 Gabon kini beraksi di kelab2 utama Eropah. Rakyat menaruh harapan yg tinggi & pasukan ini perlu menggalas amanah tersebut dgn baik demi menaikkan lagi imej Gabon di mata dunia.
“Saya pernah dibimbing oleh ramai jurulatih terkenal seperti Jose Antonio Camacho, tetapi jurulatih yg memberi kesan mendalam terhadap saya adalah Jorge Costa sewaktu beliau melatih Gabon. Beliaulah yg merealisasikan impian saya untuk bermain bolasepak antarabangsa bersama Gabon.
Kali pertama saya bertemu @Aubameyang7 adalah di Monaco namun keluarga kami sudah saling mengenali semenjak di Gabon lagi. Pada waktu itu, tahap pencapaian kami masih sama & saya telahpun bermain dgn pemain2 yg lebih hebat seperti @AntoGriezmann namun beliau kini lebih luarbiasa!
Musim 2019, Bulot berkelana ke Jepun bersama FC Gifu yg beraksi di J2. Di Gifu, Bulot bergandingan dgn bek tengah kelahiran Pulau Pinang, @ta6a5h1 serta bekas legenda Jubilo Iwata, Ryoichi Maeda. Bulot tampil dalam 13 perlawanan namun tidak mencatat apa2 jaringan atau bantuan gol
"Saya terkejut melihat kehebatan tactical di Jepun, ianya terbaik di Asia! Banyak kelab2 di Jepun yg lebih berkualiti daripada Eropah. Apabila saya kongsikan perkara ini dgn pemain lain, ramai tidak menyangkanya kerana tiada visual mengenai bolasepak Jepun yg dipaparkan di Eropah
Bagi @sushi_football: “Penyokong2 Gifu amat teruja dgn Bulot yg hadir daripada Gabon & bukannya Brazil seperti kelazimannya di J2. Namun, Gifu melalui detik yg cukup sukar hingga tersingkir ke J3. Situasi ini tidak mengizinkan Bulot mempamerkan kreativiti luarbiasa yg dimilikinya
Bulot tiba di Malaysia tahun lalu & mengakui dapat menyesuaikan diri di @feldaunitedfc tanpa menunggu lama: “Cabaran saya selepas Jepun adalah membantu FELDA United dgn memberikan mereka competitive edge selepas apa yg dilalui musim lalu. Jujurnya, saya amat sayangkan pasukan ini
Coach @nidzamjamil menyatakan: “Dari awal saya menyaksikan Bulot, saya telah tertarik dengan teknik beliau. Sebagai Coach, saya sendiri banyak belajar daripada beliau. Tambahan pula, Bulot seorang yg merendah diri. Sikap begini amat penting bagi mewujudkan team chemistry yg baik.
“Ingin saya nyatakan kepada semua bahawa saya berhasrat untuk menamatkan karier saya di Malaysia. Semenjak tiba disini, Malaysia semakin istimewa & bermakna buat saya. Buat masa ini, fokus saya hanyalah terhadap @feldaunitedfc & akan memberikan 100% untuk kempen Piala Malaysia."
Bolasepak Malaysia hampir lumpuh akibat penularan Covid19 namun kedatangan Bulot dengan reputasi marquee player telah memberi nilai tambah buat @MFL_MY. Pemain2 tempatan harus mengambil kesempatan ini dgn menggunakan pengalaman Bulot yg telah beraksi di peringkat tertinggi dunia.
Kali terakhir Bulot bermain untuk Gabon adalah pada Oktober 2019 dalam friendly vs Morocco di Tangiers. Meskipun mencatat kemenangan, media2 utama di Gabon menyifatkan persembahan Bulot sebagai bawah sederhana & jurulatih Gabon, Patrice Neveu tidak memanggil Bulot sehingga kini.
. @Hjoikim menjelaskan: “Dibawah Coach Patrice Neveu, pemain berkaliber seperti Bulot perlu bersaing di dalam pasukan yg komposisinya semakin kompetitif. Ia dirumitkan dgn situasi tiadanya exposure terhadap Piala Malaysia di Gabon yg boleh memberi kesan terhadap peluang beliau."
Berdepan apa jua kemungkinan & masa depan yg tiada kepastian, @feldaunitedfc memerlukan pengakhiran yg baik bagi musim 2020 menerusi kempen Piala Malaysia yg bermakna. Advantage yg dimiliki Bulot mampu memacu mereka ke tahap yg diimpikan. Ikuti ucapan Bulot buat penyokong2 FELDA:
Kajian/Research bagi menghasilkan penulisan ini telah dibantu oleh @EWanBissaka, seorang peminat bolasepak yang amat passionate dan berpengetahuan baik mengenai bolasepak tempatan dan luar negara.
You can follow @MarcoNegeri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.