Ada 6 skill pra pertuturan yang kita boleh observe pada anak. Skill ni anak mesti kuasai sebelum dia boleh bercakap.

Apakah itu?
Sebelum tu nak clarify dulu i bukan speech therapist. Tapi since pregnant i follow this one ST untuk belajar pasal speech anak, so i that boleh tau samada anak i ada speech problem ke tidak (paranoid mom, i know).
Laki i cakap i ni paranoid sangat, tapi in my defense, kalau anak ada problem i boleh cepat tau and cepat ambil tindakan, kan? Plus ST ni selalu share apa aktiviti yang boleh dibuat untuk galakkan anak bercakap. So aktiviti kita dengan dia aktiviti yang bermaknalah kiranya, kan.
Alhamdulillah, anak i ST cakap normal even laju dari milestone dia. Sebab setahun 9 bulan dia dah boleh sebut 2 words. Apa yang i nak share ni ialah apa yg ST share, and according to her, we can observe sendiri dan tidak memerlukan observation klinikal. No harm in knowing, kan?
Selalunya bila anak suspect speech delay, Dr akan suruh buat hearing test dulu ya. So mak-mak kalau anak dah ada 6 skill ni tapi masih belum keluarkan 1st word, boleh rujuk Dr cepat cepat.
Ok, i start ya. Bismillah

Skill 1 - kemahiran memberi tumpuan/focus

1) anak boleh bagi tumpuan bila kita cakap/buat aksi dengan dia
2) leka tengok TV/phone/iPad tu TAK dikira langsung ya (nanti i bagitau kenapa)
3) contoh nak tau fokus anak baik atau tak - cuba panggil dia masa dia tengah leka main or buat sesuatu, kalau dia toleh maknanya dia boleh channel fokus dia which 👍
4) satu lagi ialah channeling - means anak boleh channelkan tumpuan dia dari satu benda ke benda yang lain
5) contoh: kita tunjuk bird dengan dia mata dia pandang bird, tengah2 tengok tu kita switch tunjuk pokok pulak. Adakah anak ikut jari kita tunjuk pokok tu? Kalau ikut means channeling dia 👍 cuba buat banyak aktiviti tunjuk2 ni dengan anak untuk kita observe.
6) jangan keliru dengan anak duduk lama setempat tu as fokus. Anak yang tak duduk diam (macam anak i lah sobs) tu tak semestinya dia tak fokus. Kalau tengok contoh aktiviti asah skill fokus pun bukan duduk diam atas kerusi kan? Tapi banyak aktiviti tunjuk menunjuk etc
Skill 2 - eye contact

1) sedari 3 bulan lagi bayi dah boleh buat eye contact sebab mata dia masa tu dah start cerah2 dan tak kabur dah
2) eye contact penting untuk dia tau pergerakan mulut kita bila sebut perkataan. Kalau dia tak tengok mulut kita, camana dia nak tiru kan?
3) so makpak kena buat apa? Put down your fon after you read this thread and start main, bercakap dengan anak. Macam i dulu bila bercakap i buat pergerakan mulut yang ketara. Kalau sebut ular tu mulut memang muncung ke depan lepas tu nganga. Cuba korang buat, buruk kan? Hahaha
Skill 3 - Kemahiran mengambil giliran/turn taking

1) bermaksud anak boleh tunggu dan habiskan giliran masa bermain
2) again, kena main dengan dia. TV takkan ajar benda2 ni
3) contoh - masa main bola, kita baling then dia boleh baling balik ke kita. Itu namanya turn taking.
4) Ini bermakna anak tau yang dia kena tunggu turn dan dia kena buat benda yang sama.
5) Skill ni perlu sebab anak kena faham konsep komunikasi 2hala. Means nak bercakap kena ada 2 atau lebih orang dan ada konsep orang cakap kita jawab (tapi dah besar kalau mjawab mummy lempang).
6) TV/iPad/phone akan melemahkan skill ni sob sob sebab gadget2 ni hanya beri input sehala sahaja. So anak tak belajar turn taking.
Ada ke orang baca ni? Hehehe. Kalau ada say hallo, so that i know i tak cakap sorang-sorang, and i boleh sambung skill 4,5, and 6. Sekarang dah pukul 5.. Nak balik ambik anak i yang becok tu dah hehehe. Sambung later.
Okay i sambung semalam punya thread ya. Those yang haloo semalam, TQ for reading ❤️

Skill 4- Skill meniru/copying

1) Skill ni basic skill in babies. Kan eye contact dah develop seawal umur 3 bulan, kan? Jadinya since 3 bulan anak dah menyerap info dan akan cuba meniru kita.
2) Ada 3 level of copying, copy action/gesture, bunyi and then baru copy words.
3) Milestone 8-10 months baby dah boleh start meniru gesture. Contoh lambai for babai, flying kiss, clap hands etc. Cuba perhatikan, anak ikut tak bila kita clap hands or babai kat dia.
4) Jarang anak skip level, maknanya dia copy bunyi dulu baru pandai copy action. Kebiasaannya memang awal-awal akan copy action. Sebab masa umur 8-10 bulan baby masih mumbling kan, tak boleh keluarkan apa bunyi yang specific pun...
5) copy bunyi contoh bunyi binatang, bunyi kereta vroom2, bunyi makan nyum2, cat meow etc. Apa-apa bunyi yang kita perkenalkan kat dia selalu. Macam i kitorang selalu tunjuk dia gambar animals and buatkan bunyi for each of them.
6) Masa ni terkeluarlah variation of sound hihi. Mak jem lah sebab ada certain animals taktau bunyi camana. Macam crocodile i pun tak tau bunyi dia camana so i ajar crocodile = snap! Bapak dia pulak ajar crocodile = chomp chomp... Nasib baik anak i tak confuse lol
7) Masa ni bila buat apa2 aktiviti dgn dia kenalkan je bunyi2 yg associated with it. Cth tengah makan cakap je adik makan, nyum2! Tapi elakkan panggil action/thing tu as bunyi dia. Contoh: "adik jom nyum nyum". Tak perlu macam tu. Cakap je "adik jom makan, nyum nyum sedap kan".
8) For me paling senang is bunyi haiwan lah. Berapa banyak haiwan kat dunia ni kan, so memang macam2 bunyi. Nanti bila dia faham contoh kita tunjuk frog dia auto sebut ribit2. Masa tu nak buat apa? Enhance kan input bahasa - boleh cakap ya ribit-ribit frog. Or wow green frog..
9) Ada 1 benda yang parents kena tau - in order for baby to say 1 word - he/she needs to understand at least 50 words. So tak perlu pun kita suruh dia copy apa words yang kita cakap. Keep on talking to them with simple sentences, dia sebenarnya tengah menyerap words2 tu.
10) Masa awal-awal i tek pernah suruh dia ulang balik apa benda i cakap. Bunyi yes. I selalu tunjuk gambar then tanya what is the sound of xx. Dah besar sikit, terus tanya without gambar. Contoh sound tiger camana? Kalau dia boleh sebut rawrrr means dia paham tiger tu ialah tiger
11) Penting ya kefahaman ni. Sebab macam point no 9 tadi, anak kena faham words tu apa baru dia akan bercakap. 1 words = faham 50 words. Imagine anak ialah cawan, kita kena tuang air sampai penuh, air yang melimpah keluar tu lah sebutan dia.
12) Anak i start sebut perkataan bermakna around 10 bulan camtu. 1st word dia "yah" for our cat. Not mummy daddy ok lol. Tapi dia start bercakap umur setahun 3-4bulan camtu. Masa tu memang betul-rasa rasa macam air tumpah. Hari2 banyak new words yang dia sebut. Impress gila i
13) Masa dia start bercakap tu ialah time pkp so memang hari2 dengan dia. Okay, perkataan bermakna tu apa? Tak semestinya word yang betul. Yang penting dia sebut word khas untuk benda tu sahaja.
14) Contoh macam anak i panggil cat yah. Dog ke, tiger ke apa ke dia tak panggil yah. Hanya bila nampak cat je dia akan sebut yah. Means itu perkataan bermakna. Sama gak dia sebut susu as nen ke apa ke. Tapi sebut nen hanya untuk susu, so that is perkataan bermakna.
15) So worry not okay. Cuma kita boleh betulkan saja everytime tu tapi tak perlu memaksa. Anak i skrg elok je panggil cat, i ada 3 ekor kucing dia dah boleh panggil nama sekor2; yah, niki, bondi. Masa fasa dia panggil cat yah tu pun i tade nak betulkan beria.
Haha banyaknya i bebel pasal skill 4. Ok kita sambung next skill ya.

Skill 5 - skill bermain/play skill

1) bermain sebenarnya reflek pada perkembangan kognitif (otak) kanak2. Bermaksud melalui cara dorang bermain kita boleh tengok kognitif depa ni sama level dengan umur tak.
2) Contoh kalau anak umur 5 tahun tapi masih lagi tak pandai nak susun tower - maknanya ada sikit ketinggalan lah dalam kognitif dorang.
3) Anak umur around 2thn selalunya dah boleh main simbolik play. Cth ambik remote and buat2 cakap kat fon (nampak tak dia guna skill meniru?)
4) Anak i dalam setahun 3-4bulan camtu dia dah boleh pretend cakap kat fon. Siap sebut "hello..haaaa" sebab ikut gaya bapak dia angkat call LOL
5) Masa2 ni pun anak boleh main masak2 or apa2 lah yang dia biasa observe keliling dia. Sebab tu i cakap jangan ingat anak tak paham hehe dia sebenarnya tengah menyerap macam span.
6) Anak bawah 2 tahun kurangkan toys guna bateri sebab mainan tu cepat bosan dan tiada kepelbagaian (this one i get from child occupational therapist). Actually untuk toys banyakkan open ended toys macam lego, blocks sebab tu bagus untuk enhance kan creativity dorang...
Skill 6 - skill memadan/matching

1) nak faham dan bercakap, dia kena tau match objek dan bunyi. Contoh kita tunjuk ini apple. So dia akan match kan buah tu as "apple" dan simpan dalam otak dia. Don't expect sekali tunjuk anak terus dapat tangkap, kuncinya kita kena selalu buat
2) Aktiviti apa yang sesuai? Actually anak bawah setahun, bila kita tunjuk apa-apa kat dia itu dah aktiviti matching dah tu. Tak kisah lah tunjuk flash card, tunjuk gambar buku, tunjuk real things. Then sebutkan terus nama and bunyi kalau ada.
3) Bila dah nampak dia faham dan dah boleh sebut perkataan bermakna, boleh lah main matching shapes, matching colours etc.
Ok habis dah perkongsian i setakat ni. I nak tambah beberapa point sikit:

1) any screen is a BIG NO NO for anak below 2 years old. Tak kisah tv ke apa ke. Mcm kitorang memang sampai sekarang alhamdulillah masih bertahan tak bagi Salma phone. Kuncinya senang je - jangan mulakan.
Bila tak mulakan - dia tak tau. Apa yang dia tak tau, dia tak mintak. Hehehe. Sesekali dulu ada juga orang bagi dia tengok youtube ke apa kat fon, i bagi juga tp never from our fon. And since sangat jarang itu terjadi, maybe dia pun lupa kat handphone boleh tengok video.
How abt TV? TV pun i sekat juga awal2. Setahun pertama. Sebab i betul2 nak lepaskan crucial phase dia. Tp kalah jugaklah masa PKP haritu kadang2 tak terlarat nak layan i bukakkan TV.

Nak sedapkan hati, masa tu 6 skills Salma dah lepas and dah start cakap so ok lah i bagi chan.
Dia layan Didi & Friends, Umar Hana semua tu kat utube. But only from TV. And i off kan auto play so bagi dia tengok ikut berapa lama kita nak. Contoh Didi & Friends 15 minutes. Lepas 15 mins benda tu stop dia pun cakap abes dah. Then ok sambung melasak main panjat2.
I rasa nak bagi boleh tapi had dan pantau. Jangan bagi unlimited access. And jangan bagi dia pandai guna TV/gadget tu hehe. Means kalau dah stop dia taktau nak tekan remote untuk play next.

Kalau kat luar macam mana? We never offer phone to her.
Maybe because of that dia taktau phone boleh buat tengok Didi 😂 sebab tak ajar. So kalau kat luar (atau kat rumah) dia tak pernah mintak phone. Tapi masa tu kena tahanlah dengan aksi dia yang lasak dan macam2 kerenah.
Masa ni laki bini memang kena mental kuat, sabar and bekerjasama. Kalau tak kuat memang sogok fon lah jawabnya.

Apa i buat masa nak keluar? everytime keluar i akan bawak beg dia. i bawak buku kecik masa dia bawah setahun. And bawak bekal makanan.
Now i bawak 1-2 toys yang simple untuk distract dia especially masa menunggu (tunggu order etc). Bosan kan masa tu? So anak selalu akan tantrum time tu. Or bapak dia akan layan dia or bawak jalan keliling kedai etc.
That is why jangan kecam kalau nampak laki/bini makan sorang/makan dulu. Mungkin depa tengah struggle nak bagi anak tenang, kita apa tau.

Dia mintak tak nak tengok TV? Yes, sekarang pandai mintak. Kadang cakap nak vivi. Bukan Vivy Yusof ya lol. Tapi bapak dia akan jwb ask mummy
And ikut lah i nak bagi ke tak time tu. Kalau rasa dia dah banyak sangat tgk TV semalam or 2-3 hari lepas, i tak bagi lah. Dia pun tak de lah merayu or tantrum bila kita say no. Lepas beberapa lama dia lupa pun nak tengok TV and main lain. That's the thing about toddler.
Dorang punya craving ni bukan macam kita. Kalau nak tu nakkkk sangat2. Selagi dia tak ketagih, inshaAllah senang nak handle. Pandai2 lah distract dia, kalau dia mintak TV, dia bagi remote suruh on. I tekan2 remote i cakap cannot on lah. Jom main lain. Dia ikut je.. Setakat ni lah
Tapi sekarang pun i dah sekat TV. Kemain dia sekarang bila habis dia nangis nak lagi. I pulak jenis - kalau nangis mmg langsung tak dapat. So memang seminggu kadang2 langsung no TV. Weekdays selalunya i tak bukak langsung, biasa bagi dia TV on weekends sekejap dalam noon or ptg.
And konsep kat rumah bila no TV untuk salma, makpak pun no TV lah..

And sebenarnya biarkan anak terbiasa rumah sunyi. Kalau ikut pakar kanak2, jangan biasakan rumah riuh dengan tv ke apa. Bagi je anak tu bosan. Sebab bila bosan akan spark creativity dia.
Nak main apa and macamana. Ya anak akan kacau and melasak but that's actually better than dia terpacak depan tv (actually ada cara untuk bagi anak pandai main sendiri). Kalau korang tengok Salma tengok TV, korang pun takut haha. Duduk tak bergerak mulut copong mata tak berkelip
Dalam kereta kita bagi dia dengar lagu. We download didi & friends Omar hana semua and play it. Means macam radio lah. Tak pastilah betul ke tak tapi setakat ni anak i ok bila bukak macam tu, dia enjoy dengar lagu and tak mintak nak tengok fon and dia bertenang duduk dalam kereta
Kenapa gadget tak bagus? Sebab gadget ni tak menggalakkan komunikasi 2 hala, then takde interaksi, anak tak bergerak sana sini.
2) Jangan ingat anak tak reti duduk diam tu tak bagus. Anak yang tak reti duduk diam lah yang bagus. Sebab sensori manusia ada 6 salah satunya ialah vestibular sendiri - keperluan untuk bergerak laju. Kalau di tahan, tu yang sampai besar tak reti duduk diam.
Bagi je anak tu nak panjat ke nak apa ke. Dah memang nature dia. And keperluan sensori perlu dipenuhi untuk dia mampu capai 6 skill ni tadi.

Complicated ke? Senang je, bagi anak explore and bermain sebanyaknya. Kita guide and jaga keselamatan dia...
2) Anak dah hafal ABC, 123 dan lagu tapi belum pandai cakap. Ok ke tak? Jawapannya TAK OK. ABC 123 dan lagu hanyalah dia menghafal sahaja. Means dia tak faham pun nak guna bila.
Dan kebolehan mengenal ABC 123 boleh start at 4 years old and above. Lambat? Tak... Bila anak dah penuhi semua skills dah besar senang lah dia nak belajar membaca mengira tu.

I ada mention pasal perkataan bermakna kat atas tadi, kan?
Sebab perkataan bermakna ni kita akan guna dalam perbualan seharian. Even dia sebut "eh yah" (tunjuk cat) at least kita faham dia tgh tunjuk cat. Logiknya kita tak guna ABC dalam perbualan. Mana ada kita bercakap sesama kita dengan mengeja kan?
So pandai berkomunikasi lebih penting dari pandai membaca ya (for below 4 years). Percayalah anak bila dah ada 6 skills ni tak yah tunggu 4 tahun pun, setahun lebih dia dah kenal ABC 123 sendiri.
I tak pernah ajar ABC 123 tapi dia tangkap sendiri masa kitorang sebut bila dia main. Contoh nak gelungsur kita sebut 1,2,3 so lama2 dia ikut. Then lepas tu we casually sebut 1-10 and tak sampai 18 bulan dia dah boleh kenal 1-10. ABC dia kenal tapi takat ABC je hahaha.
4) anak mix bahasa - adakah akan jadi speech delay? According to ST, untuk anak normal, mix bahasa takkan jadi delay. Like Salma memang terdedah pada 2 bahasa. Kat rumah english kat sekolah Malay. Dia banyak pick up both bahasa and boleh guna both word dengan betul.
Contoh kadang2 sebut cold kadang2 sebut sejuk. Dia paham arahan both bahasa. Sebab i really believe that toddlers are sponge-like. Dorang ni serap je apa benda yang kita tumpahkan kat dia. Anak kain putih terpulang pada kita mencorakkannya kan? Itulah konsepnya.
Dulu masa i belajar pun lecturer Cognitive Development i cakap umur 3 tahun ke bawah sangat sesuai untuk ajar bahasa. Yang penting kita selalu guna bahasa tu, inshaAllah ok.
TAPI kalau anak dah ada speech delay better stop dari mix bahasa. Kita fokus dulu on dia bercakap 1 bahasa, taknak confuse kan dia. Sebab anak delay ni dia tak dapat catch up apa bahasa pun lagi kan so better guna 1 bahasa dulu. And bila anak nampak delay ni, cepat2 refer ST.
5) Sapa2 yang follow IG or baca buku parenting sheikh muzzafar (SM) mesti tau sejak anak dia baby dia akan show flash cards yang mengandungi words kan? Haaa i ada tau exactly macam in the picture. Beli 2 set lengkap. Ada 100 words kot dalam ni. Semangat punya mak kan.
I beli masa Salma umur 3-4 bulan. Sebab SM memang show to his children dari baby. Katanya tunjuk and sebut laju2 nanti anak store dalam otak.. Betullah tu. Cuma...
Lepas i belajar apa skills dan keperluan sebelum anak dapat bercakap, benda tu pun sepi je tak terguna. Tunggulah Salma dah belajar mengeja baru guna.

Sebab for me, lebih baik buat saja aktiviti bersama dia. And better guna flashcard bergambar.
For me lebih effective kalau kita buat pemadanan terus. Macam aktiviti skill memadan. So tunjuk flash card bergambar so anak terus padankan perkataan dengan objek. Macam ST yang i follow ni dia cakap tak perlu pun flash card, better do real activity with anak.
So dari situ anak akan simpan dalam memory. Pun boleh lah mana-mana. Pada i no harm pun kalau nak tunjuk flash cards or book. Boleh juga tanamkan suka membaca dari kecik gichew
6) Ok 50 words nak anak faham ni, words apa? Mulakan dengan perkataan harian. Semua yang kat rumah kalau difikirkan lebih dari 50 benda. Anak akan mudah faham nouns dulu sebab boleh associate dengan objek, kan? Kata kerja lambat sikit..
Tapi boleh start dengan action yang betul2 significant contoh mandi, makan, minum, lompat, lari. Semua2 tu boleh perkenalkan masa anak atau kita tengah buat perbuatan tersebut. Kata aksi yang susah sikit macam laju, slow tu kena ambil masa sikit. Slow and steady mom.
Perkataan yang melibatkan emosi or intangible things lagi susah anak nak tangkap... Contoh, happy, sad tu budak susah nak comprehend kan? So slow2 je dulu. Perkenalkan nouns dulu then boleh perkenalkan kata aksi etc.

Actually body parts dia pun dah almost 20 perkataan ya.
Macam emotion i ajar awal juga. Sad buat macam mana. Happy macam mana. Sleepy etc. Boleh buat aksi dengan dia, and boleh tunjuk gambar. Bila dia nangis boleh tanya are you sad? So dia akan associatekan perasaan dia tu dengan word.
Memudahkan i untuk kenal pasti emosi dia time dia merapu tak habis.
7) Anak dah cakap tapi pelat. Bawah 3 tahun pelat adalah normal. Lama-lama akan hilang sendiri. Kuncinya kita jangan ikut sebutan pelat dia tu. Dia sebut tu comel, kita sebut macam mintak lempang lol. Plus tak membantu dia untuk betulkan pelat dia.
Elakkan kritik. Contoh anak cakap nak ola for bola. Jangan lah cakap salah adik, booolaaa. Takyah lah asyik2 nak cakap dia salah, kan. Boleh je tukar to "ooo adik nak bola.. A'ah ni booolaaa" haaa gitulah hehe
Intonasi mak pak cakap biarlah ceria dan menarik. Macam kartun tu. Ada turun naik. Tapi i over. I sampai terkeluar high pitch. Sampai husband selalu tegur - takyah lah jerit. Salma tu bukan pekak 😝 masalahnya nak bagi intonasi yang ceria dan menarik sampai lupa diri lol.
Ok lah. Dah panjang berjela2 i buat thread ni. Nak baca pun penat, kan? 😅

This is totally from my notes, apa yang i belajar, and totally my personal sharing. Tips2 segala tu apa yang sesuai untuk anak i. Mungkin tak sesuai untuk anak orang lain ya.
Apa yang i share ni bukan observation klinikal ya. Ini apa yang kita boleh tengok sendiri sehari2 pada anak. Kalau anak ada delay atau masalah, please please please refer pada pakar ya.
Kuncinya kena spend BANYAK sangat masa dengan anak. Main dengan dia, involve dia in everything. Cakap je dengan dia macam kita cakap dengan orang dewasa. Dia faham tu - even nampak macam dia tak endah or tak peduli. Anak ialah sponge, remember?
Sebenarnya ada banyakkk lagi yang i nak share tau. Milestone baby untuk bercakap, apa perlu kita buat untuk tarik attention dorang, contoh aktiviti etc. Tapi ada kesempatan lain i share lagi k. Kalau ada permintaan lah tibeh.
Untuk yang baca sampai habis, thank you for your time. Harap bermanfaat. Moga anak2 kita jadi anak yang berguna pada agama. Amin.

Dan tahniah habis baca berjela2. Nah medal untuk korang, hiks.
Hi. I lupa nak sebut 1 benda pasal gadget. Kita boleh sama2 guna gadget dengan anak untuk video call (VC). Sebab VC kan ada 2way comm dgn orang yang kita call tu. I pun before pkp PJJ dgn husband so everyday dia VC dengan anak. Apa2 yg hinder 2way comm ni kalau boleh elakkan. 🤗
Wow sungguh tak sangka my sharing blow up. I tumpang selit sharing pasal sleeping pattern anak kat sini. Tweet ni Mac haritu, Salma 15 months. Tapi sekarang dah 22 bulan umur dia, alhamdulillah masih lagi sleeping pattern yang sama. Ok enjoy! https://twitter.com/symtwittt/status/1237761921673093121
You can follow @symtwittt.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.