The Sky Bridge, KLCC❤️

Pernah datang KLCC The Sky Bridge? I dan Haris pertama kali datang. Alhamdulillah pengalaman baru. Jum i ajar cara booking📝
Dekat sini kita akan dibawa melawat 3 bahagian:

1) Bridge tingkat 41
2) Tingkat 86, bahagian paling tinggi yang boleh dikunjung. Lagi dua tingkat atas untuk maintainance
3) Tingkat 83 juga bahagian pemantauan

Dalam lift akan diberi gambaran seolah pemandangan diluar.
Untuk datang kesini anda perlu cari kereta F1 yang besar ni. Pergi kearah kiri atau kanan untuk turun ke bawah ke tempat pembelian tiket.

Kita perlu berada disini 15 minit awal. Kita akan diberikan sticker bewarna. Sticker ni akan sama dengan kumpulan yang sama masa dengan kita
Jangan malu-malu untuk minta pertolongan staf KLCC untuk ambilkan gambar 📸

Jambatan ini ditingkat 41. Pengalaman i naik lift kesini. Rasa macam naik sekejap je dah sampai, tak rasa goyang2, tak rasa pening.
Untuk ke sini kita hanya akan menaiki lift yang muat untuk dua orang. I dekat tingkat paling tinggi yang boleh dikunjungi oleh pengunjung. Tingkat 86
Setiap sudut harus lah bergambar❤️
Di tingkat ini terdapat teropong. Teropong ni sangat jelas ya nampak. Memang sangat jelas. Yang duduk berdekatan KLCC ni jangan lah buat benda pelik hahahha. Best tau tengok gelagat manusia 😂
💸 Rm28

*Jangan lupa bawak ic, sebelum beli tiket perlu tunjuk Ic. Yang beli online pun sebelum masuk ke bahagian lift ada satu bahagian pemeriksaan barang, disitu akan diminta ic.

Alhamdullilah rezeki dapat melihat permandangan yang cantik💜
Sebelum keluar kita akan melalui kedai yang menjual pelbagai barangan yang boleh dijadikan kenangan dan hadiah 🎁
Sebelum balik singgah minum Boost sekejap sambil melihat pemandangan yang cantik❤️

*Tq belanja air favourite i
Oh lupa pulak nak bagitahu kepada yang tak tahu ya. Nak masuk toilet dekat KLCC ni kene bayaran RM2 ya 😂. Bagitahu siap2 karang terkejut pulak😭😭. Rm2 dapat sekali tisu and dalam toilet ada wangian seperti bedak, losyen. Ha wangi😍😍
1) Anda pergi ke link dibawah.
2) Akan keluar seperti gambar pertama.
3) Dan scroll sampai bawah akan keluar seperti gambar kedua. Klik untuk beli tiket
4) Akan keluar seperti paparan gambar kedua, pilih tarikh dan tekan availability.

https://www.petronastwintowers.com.my/ 
Selepas pilih tarikh akan keluar masa yang available. Pilih, akan keluar kene isi maklumat diri, bayar dan dah settle❤️

ISNIN TUTUP ya tempat ni.
Sorry sahabat semua. Salah info❤️ https://twitter.com/faizularslee/status/1323121332024864768
You can follow @ctjamil92.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.