Sebenarnya ada anugerah lebih tinggi dari Tun, penerima pertamanya bukan Melayu.
[Ini adalah bebenang]
[Ini adalah bebenang]
Menjaga keselamatan negara bukanlah kerja yang senang, terutamanya untuk rakyat barisan pertahanan. Sudahlah dikatakan hanya goyang kaki, dah ramai yang mudah lupa dan alpa terhadap jasa serta pengorbanan pasukan pertahanan kita.
Seperti nama yang diberikan untuuk pingat tu, Bintang Kehormatan ini tak diberi sesuka hati. Ia dikurniakan kepada sesiapa sahaja tanpa kira agama dan bangsa yang dah “menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan”.
Menariknya, anugerah ini lebih tinggi berbanding Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M) dan darjah Pangkat Pertama Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Hebat kan?
Hebat kan?
1. S.P adalah Konstabel Khas Velu A/L Raja Velu, hero Estet Midlands, 1962
Penerima pertama pingat kebesaran S.P adalah Konstabel Khas Velu A/L Raja Velu pada 5 Jun 1963 atas keberaniannya dlm sebuah insiden rompakan sebuah kedai runcit di Estet Midlands, Selangor.
Penerima pertama pingat kebesaran S.P adalah Konstabel Khas Velu A/L Raja Velu pada 5 Jun 1963 atas keberaniannya dlm sebuah insiden rompakan sebuah kedai runcit di Estet Midlands, Selangor.
Pada masa tu, dia sedang bertugas berdekatan dengan kawasan kejadian dan segera diarahkan untuk menyertai operasi khas bagi menangkap sekumpulan perompak di Klang.
Dalam operasi ni, Konstabel Velu terperangkap dalam kejadian berbalas tembakan, Konstabel Velu tercedera apabila beberapa butir peluru berjaya menembusi badannya.
Dia meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya di tempat kejadian. Keberaniannya menjadi bual bicara setempat dan bos kedai runcit tersebut, iaitu keluarga Ah Chai sanggup bina Batu Peringatan di Estet Midlands.
2. Gean Kartar Singh a/k Kean Singh, singa garang Penjara Pudu, 1971
Sejarah di sebalik tokoh penerima pingat bernama Gean Kartar Singh a/k Kean Singh ni agak unik kerana dia adalah satu-satunya pegawai dari Jabatan Penjara dan berdarah Sikh yang terima anugerah tertinggi ni.
Sejarah di sebalik tokoh penerima pingat bernama Gean Kartar Singh a/k Kean Singh ni agak unik kerana dia adalah satu-satunya pegawai dari Jabatan Penjara dan berdarah Sikh yang terima anugerah tertinggi ni.
Anak kelahiran Buntong, Perak pada 3 November 1930, dia menerima pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur..
Usai tamat pengajiannya, dia terus menyertai Malayan Civil Service dan ditugaskan berkhidmat di beberapa penjara seperti di Alor Setar, Taiping dan akhirnya di Penjara Pudu sebagai Pegawai Kanan
Pada 1970, seorang pegawai penjara yang dikatakan tak puas hati pada pihak atasan memberikan sepucuk pistol pada salah seorang banduan yang ditempatkan di Pudu.
banduan itu berusaha melarikan diri. Kebetulannya, Kartar Singh ketika itu berada di pintu utama lalu menghalang banduan tersebut. Diacu-acukan pistol tersebut pada Kartar Singh, namun dia tak berundur. Sedas tembakan kedengaran, namun mujurlah pistol tu tak berisi.
Banduan itu berjaya ditahan dan pistol berjaya dirampas semula. Pegawai penjara tadi didakwa dan dibuang kerja. Kini pingat tersebut berada di tangan anaknya, seorang peguam yang menetap di Sabah.
3. Chin Chin Kooi, cina yang dibenci komunis, 1973
Mendiang Ketua Inspektor Cawangan Khas (SB) Chin Chin Kooi antara beberapa pegawai berbangsa Cina yang gugur ketika operasi membasmi komunis begitu giat dilancarkan.
Mendiang Ketua Inspektor Cawangan Khas (SB) Chin Chin Kooi antara beberapa pegawai berbangsa Cina yang gugur ketika operasi membasmi komunis begitu giat dilancarkan.
Chin Chin Kooi juga digambarkan dalam sejarah sebagai seorang pegawai yang cukup terlatih, berdedikasi dan gigih membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam ‘Gerakan Sedar’ di Serdang, Kedah.
Ketika detik akhirnya datang, dia sedang berbalas tembakan dengan enam anggota komunis yang merempuh masuk ke rumahnya pada 9 malam, 12 Julai 1973.
Bertaburan kelonsong peluru di sekitar lantai rumahnya, dia menghembuskan nafasnya di hadapan keluarganya sendiri demi mempertahankan keluarga dan negaranya.
Menurut sejarahwan perisikan Malaysia, kematian Chin Chin Kooi berpunca dari kebocoran identiti sebenar mereka dalam usaha melumpuhkan komunis dari dalam.
Manusia mati meninggal nama; Chin Chin Kooi dipahat namanya apabila dianugerahkan pingat kebesaran S.P secara posthumous (diterima selepas meninggal dunia).
4. Kanang anak Langkau, pahlawan Iban Malaysia, 1981
Kanang anak Langkau, penerima pingat S.P pada tahun 1981 atas keberaniannya mempertahankan negara ketika berkhidmat sebagai Pegawai Waran dalam Regimen Renjer Sarawak.
Kanang anak Langkau, penerima pingat S.P pada tahun 1981 atas keberaniannya mempertahankan negara ketika berkhidmat sebagai Pegawai Waran dalam Regimen Renjer Sarawak.
Dia juga satu-satunya penerima yang turut menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Berani (P.G.B). Dua pingat telahpun dikurniakan kepadanya iaitu S.P dan P.G.B dengan gelaran “Datuk Temenggong” dari T.Y.T Sarawak dengan anugerah ‘Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang’.
Lahir pada 2 Mac 1945, perkhidmatannya sebagai ‘Iban Tracker’ bermula secara rasminya pada 1962. Ketika penubuhan Malaysia, dia diserap masuk ke dalam pasukan Renjer Malaysia.