Investing the Blue Ocean companies and blue ocean leadership style

Gagasan awal idea blue ocean digagaskan dalam tulisan "Blue Ocean Strategy" W. Chan Kim dan Renee Maugorne pada tahun 2005.

Baca thread ini mengenai blue ocean companies & blue oceanbn leadership
Secara amnya, buku ini memberi fokus kepada strategi syarikat atau organisasi untuk jangkamasa panjang dalam merangka kelebihan persaingan yang berkekalan dengan memberi tumpuan pada pasaran baru tanpa perlu melihat pada persaingan sedia ada.
Persaingan tradisional dinamakan sbg Red Ocean Strategy (Strategi Lautan Merah). Red ocean harus dilihat sebagai lautan yang dipenuhi jerung yang mengawal lautan tersebut. Strategi ini memberi tumpuan kpd persaingan market yang sedia ada yang sudah dipenuhi dgn pemain industri.
Untuk survive dalam lautan merah, kelebihan kos (cost advantages) merupakan elemen utama untuk bersaing dengan pemain industri sedia ada.

Berbanding dengan Blue Ocean, syarikat atau organisasi akan memberi tumpuan pada kawasan baru.
Boleh diumpamakan seperti dolphin yg berenang2 mencari kawasan baru utk bermain. Siapa yg selalu bermain di kawasan baru yg luas yang tiada persaingan yg banyak? Sudah tentunya perintis atau inventor atau innovator yg mencipta produk baru utk keluar dari sempadan arus majoriti.
Kita ambil contoh, Steve Job yang memberi idea untuk membangunkan Iphone. Kalaulah Steve Job buat product seperti Nokia atau Blackberry, sudah tentu sukar untuk Apple bersaing dengan market leader ketika itu Nokia dan Blackberry.
Job telah keluar dari zon red ocean & memasuki blue ocean dunia phone tanpa ada key-less phone, touch phone. Malahan Steve Ballmer (ex-ceo Microsoft) ketawa pd pelancaran 1st iphone mengatakan iphone terlalu mahal, tiada keyboard, bahasa slang, “Job, iphone tak boleh jual la bro"
Terbukti apa yg diketawakan oleh Ballmer adalah satu kesilapan besar, malahan iphone telah merevolusikan pengguna telefon mudah alih sehingga membunuh 3 syarikat lain seperti nokia, blackberry dan motorola.
Tangisan Steve Ballmer ketika menjadi CEO kerana salah satu kesilapan besar dia ialah Microsoft membeli Nokia, “We didnt do anthing wrong, but somehow we lost.” Nokia telah jatuh dgn teruk. hampir pupus dan kelemasan dalam era smartphone.
Contoh yang biasa kita dengar persaingan red ocean adalah kedai makan. Peniaga senantiasa masuk territory ini memandangkan ia adalah mudah diuruskan tetapi pengurusan kos adalah sukar. Apa yg hendak membezakan kedai makan A versus kedai makan B kalau genre atau masakan yang sama?
Sebab itu Starbuck tidak memasuki pasaran yang sudah tepu, conventional coffee shop. Starbuck mencipta satu trend atau gaya hidup minum coffee, meneroka pasaran yang baru.
Kita tgk pada Tesla. Ramai yang memikirkan bahawa Elon Musk buat kereta tesla untuk memenuhi keperluan atau demand kereta elektrik yang mana negara Eropah akan mengharamkan kereta petrol atau diesel pada 2030.
Kalau Tesla memasuki pasaran Kereta elektrik, Tesla sudah tewas dari segi kos kepada pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota dan pesaing lain seperti Honda, Kia, VW, BMW, Merce, Geely dsb.
Sebaliknya Tesla terlebih dahulu mendahului masanya dgn menjadi perintis industrial revolution 4.0 yg mana fokusnya adalah kereta elektrik yg ada ciri2 Artificial Intelligent.
Tesla's vision statement: “to create the most compelling car company of the 21st century by driving the world's transition to electric vehicles.”
Kalau tgk vision statement tesla motors, dia kena be a game changer, tak boleh focus pada permintaan industri. Tesla creates a demand for industry. Apple also creates a demand. Mereka menjadi trendsetter.
Walaubagaimana pun, blue ocean tidak selamanya menjadi bebas, lama kelamaan pastinya akan ada pendatang baru yang masuk ke kawasan. Pioneer blue ocean kena bersedia utk mempertahankan kawasannya. Kalau tidak, jerung baru akan menjadi tuan baru.
Tengoklah persaingan smart phone antara iphone, samsung, huawei, oppo; tiap2 tahun ada model baru, ada innovasi baru utk membunuh pesaing mereka. Perintis asal apple inc sekarang berada dalam defensive mode, dahulunya always ahead of the game.
Cuba lihat syarikat seperti BNB, UBER, GRAB yang fokus pada pasaran baru. Kalaulah Airasia memberi tumpuan pada premium flight dia terpaksa bersaingan dengan pesaing dari GLC iaitu Malaysia Airlines ketika itu.
Disebabkan Tony fernandez bijak, dia meniru model low cost carrier di Eropah dan melaksanakan strategi itu di Malaysia dan kembangkan terus pasaran asia yang ketika itu, tidak banyak pemain industri low cost carrier.
Mungkin dalam menganalisa saham, terlalu banyak orang yang fokus pada technical analysis atau ratio2 berbanding fundamental of the business itself. Terlalu banyak technical indicator yang kadang2 kita tak pasti mana yang paling bagus.
Jadi, cuba gunakan kaedah blue ocean dalam melihat syarikat di Bursa Malaysia.

Lihat syarikat bursa yang mana satu dalam roadmap blue ocean, dalam perniagaan yang unconventional yang belum diterokai ataupun pemain industri yang sedikit.
Tapi perlu diingatkan, blue ocean companies might be risky sebab meneroka pasaran baru sudah tentunya penerimaan belum tentu dapat capture new customer.

Macam sektor atau industri Food and Beverages di Bursa, sudah ada jerung dalam red ocean.
Pemain baru yang memasuki territory ini sudah pasti terpaksa bersaing dengan jerung yg menjaga territory. Macam mana Oligococo atau oldtown 3-in-1, poweroot tongkat Ali, stevia coffee nak bersaing dengan Gergasi Milo atau Nescafe? Siapa yang akan makan siapa?
Telco sector sudah menjadi red ocean, it is a brutal competition for maxis, celcom, digi, u-mobile dsb.

Kalau hendak menjadi pelabur jutawan, kita harus mencari the next blue ocean companies. Be the first to spot it.

#bengkelsaham101
#saham
#nasdaq

Zayed Zulkifli
01/11/2020
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.