Perkongsian pengalaman tahun pertama ditempatkan sebagai guru di SK Pos Kuala Mu sebelum berpindah ke SK Pos Poi.

Selain daripada jalannya yg mencabar ketika itu (tahun 2015), pengalaman menjadi guru di sana juga mengajar aku erti bersyukur atas nikmat yang aku ada & miliki selama bernafas dia atas muka bumi.
Ketika itu, jiwa masih muda. Bila berada di sana seolah2 rasa jauh daripada dunia dan realiti hidup yg normal. Pergi ke sekolah hari Ahad, balik rumah Jumaat. Masa aku banyak terisi di sana, bersama masyarakat orang asli. Mula2 rasa sedih, tapi lama-lama rasa seronok.
Bekalan elektrik ketika itu masih terhad, guna solar dan banyak perkakas elektrik yg tidak boleh digunakan.
Pernah terguna iron, terus gelap dari malam sampai ke pagi
. Bila nak sediakan bahan mengajar, nak guna printer tp elektrik tak ada. Emm. Rasa give up tp ttp bersyukur.
Pernah terguna iron, terus gelap dari malam sampai ke pagi

Kadangkala, tinggal seorang diri di sekolah. Setiap petang, anak2 orang asli datang ke rumah, kononnya nak teman cikgu, tapi cikgu tak sampai hati, masakkan maggi utk diorg. Kenangan
. Lama kelamaan, xleh jadi ni, kena buat sesuatu utk isi masa yg ada.

Petang2 lepas habis sekolah, siap makan, mandi & solat, jam 3 ptg, aku buat kelas tarian utk murid2 asli. Lama juga berlatih tarian zapin n joget. Alhamdulillah, waktu tu ada yg panggil diorang buat show di Kuala Kangsar.

Cabaran besar bawa diorang ke luar sbb ada di antara diorang yang tak pernah seumur hidup lihat dunia luar. Allahu. Untungnya kita kan, dapat rasa nikmat hidup yg lebih baik.
Cerita bab rutin aku di sana, malam2 stay di bilik guru sorang2 atau dgn kawan buat ABM utk kegunaan mengajar. Sebab kat sana, internet tak ada, elektrik terhad. Nak tak nak bahan mengajar banyak yg âhand-madeâ. Hihi.
Guna kertas lukisan, lukis sendiri, warna dgn colour pencil @ water colour. Masa tu ajar English year 2, perlukan bahan bergambar utk ajar word. Nanti ada masa, sy share lukisan2 tu kat sini.
Drpd tak pndai melukis, satu folder khas bahan bergambar dapat disiapkam demi diorg.

Tu semua kenangan terindah. Tapi jodoh tak lama di SK Pos Kuala Mu, selepas setahun menabur bakti di sana, ditukarkan ke SK Pos Poi. Walaupun persekitaran hampir sama tapi pengalaman pertama di Pos Kuala Mu takkan lupa sampai bila-bila.

Satu je nak kongsi, bila kita berada dlm situasi atau keadaan yang kurang mengizinkan, kadangkala ia mengajar kita utk lebih bersyukur dgn apa yg kita ada. Drpd pasif jd lebih aktif, kreatif dan inovatif waktu tu. Macam2 idea dan hasil yg tercipta ketika itu utk murid asli sy
