Betul ke tambah limau kasturi dari air berkarbonat mengurangkan gula di dalamnya? Baru-baru ini tular satu video mengenai bacaan gula dalam air berkarbonat yang berkurang setelah diperah limau kasturi. Individu tersebut mengukur bacaan gula menggunakan strip glucometer.
Sebelum itu, mari kita kenal bagaimana strip glucometer mengesan kehadiran gula. Strip itu dicipta dengan menanam enzim glucose oxidase (GOx) & ferisianida.

GOx adalah sejenis enzim yang bertindakbalas dengan glukosa pada pH isoelektrik dan pada konfigurasi Beta-D-glukosa.
Beta-D-glukosa akan bertindakbalas dengan GOx & hasilkan asid glukonik & hidrogen peroksida.

Asid glukonik yang terhasil dari tindakbalas enzimatik antara Gox dan ferisianida akan menghasilkan ferrosianida.

Mesin mengesan ferosianida dan berkadar langsung dengan glukosa.
Apa akan terjadi jika terdapat perubahan pada pH larutan dan konfigurasi molekul glukosa?

Jika pH menjadi lebih berasid dengan tambah limau nipis, atau menjadi lebih beralkali dengan tambah soda bikarbonat, maka enzim ini tidak lagi efisien bertindakbalas dengan glukosa.
Jika berlaku perubahan konfigurasi glukosa akibat perubahan pH, maka enzim ini tidak boleh lagi mengikat substrat kerana bentuknya tidak lagi muat dalam kaviti enzim.

Ibarat kunci dan manga, jika terdapat perubahan pada bentuk kunci, maka mangga tidak lagi boleh dibuka.
Jika strip glucometer ini hanya digunakan untuk membaca glukosa, kenapa terdapat bacaan apabila digunakan untuk membaca kandungan gula dalam air berkarbonat?

Sukrosa merupakan sejenis disakarida yang terdiri daripada fruktosa dan glukosa.
Enzim di saluran pencernaan mencerna disakarida menjadi glukosa & fruktosa. Sukrosa masih mengandungi glukosa dalam struktur kimianya. Tidak hairan jika ada bacaan dihasilkan ketika strip itu digunakan. Tetapi bacaannya tidak tepat dan tidak mewakili jumlah gula sebenar
Jadi, tidak kisahlah berapa biji limau kasturi yang diperah dalam air berkarbonat, bacaan glucometer tersebut tidak tepat dan tidak berkadar linear.

Maksudnya, pengurangan bacaan glukosa sebenarnya tidak berkadar langsung dengan bilangan biji limau kasturi yang diperah.
Jadi, mengambil limau nipis tidak akan mengurangkan kandungan gula yang anda ambil. Jika anda mengambil 7 sudu makan gula, maka 7 sudu gula makan yang masuk ke dalam badan anda.
Perbezaan bacaan yang anda perhatikan sebenarnya hanyalah disebabkan oleh kesilapan bacaan mesin glucometer, berdasarkan dua faktor yang dibincangkan di atas iaitu pH dan konfigurasi molekul.
You can follow @drcheputeh.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.