Hiiii!!! Kat sini ada tak oil cleansing newbie?

Antara soalan yang kita selalu terima dari mereka yang baru nak berjinak dengan oil cleansing:

"Tak boleh ke pakai waterbased cleanser je untuk remove makeup dan (inorganic) sunscreen?"

Actually boleh, tapi.... jom baca.
Waterbased cleansers are made up of surfactants.

Apa itu surfactant?
Ia singkatan "surface active agent".

Surfactant digunakan dlm macam-macam benda in our daily life. Ia ada dlm makanan (seperti ice cream), dlm detergent pakaian, dalam cat, etc... termasuk lah dalam skincare..
Untuk skincare product, surfactant boleh berada di mana-mana product, bukan hanya dalam cleanser sahaja.

It can be in your toner, serum, moisturizer, micellar water, sheet mask, essence, dan lain-lain kerana ia ada terlalu banyak kegunaan (bukan hanya untuk tujuan cleansing).
Surfactant ni al-kisahnya ada cinta tiga segi dengan air dan minyak.

Sebahagiannya ingin bercantum dengan air, dan sebahagian lagi ingin melekat pada minyak.

Bergantung kepada jenis surfactant, ada surfactant yang lebih sukakan air, ada yang lebih sukakan minyak.
Oleh kerana waterbased cleanser anda mengandungi surfactant, ia juga mampu melarutkan dan membersihkan oil-soluble ingredients di dalam mekap dan sunscreen dari kulit.

Mekanisma inilah yang digunakan dalam waterbased makeup remover seperti micellar water dan cleansing milk.
Akan tetapi, ada sedikit common issue dgn facial cleanser sebagai makeup/sunscreen remover. Antaranya:
1)surfactant boleh pedihkan mata
2)most facial cleanser sekarang adalah mild formula & kurang berupaya utk menanggalkan mekap
3)jika terlalu kuat powernya, boleh keringkan kulit
Jadi, apa alternatif untuk tanggalkan makeup dan sunscreen?

OIL CLEANSERS, of course!!!

Pada awal 90-an, oil cleansers tidak se-mainstream sekarang. Dulu orang biasa menggunakan waterbased makeup remover (in modern days, it's called micellar water). Contoh macam dalam gambar.
Tetapi in recent years, oil cleanser menjadi semakin popular dan merupakan asas di dalam skincare routine kerana ianya efektif, mudah, dan lebih gentle kepada kulit untuk menanggalkan oil-soluble ingredients dalam makeup dan sunscreen.
Anda oil cleansing newbie? Boleh try Simplified Purify Cleansing Oil, RM45 untuk 100ml, yang hanya menggunakan minimal and non-comedogenic ingredients untuk mereka yang risaukan masalah pori-pori.
You can follow @domskincare.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.