Parti politik Malaysia dalam menghadapi Pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020.

Bebenang ini meringkaskan keadaan semasa pada 9 September 2020 bagi menghadapi PRN Sabah akan datang. Nota ini mengecualikan parti-parti dari Sarawak (sebab kita cerita tentang Sabah sekarang).
1. Gabungan parti-parti pemerintah Persekutuan membentuk dua gabungan, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua gabungan ini akan bertanding menggunakan lambang gabungan masing-masing dan telah bersepakat untuk tidak berlakunya pertandingan 3 penjuru.
2. BN mengunakan lambang timbangan (dacing) sebagaimana yang telah berdaftar sejak 1974, dan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan sebuah parti tempatan, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
3. PN guna lambang perkataan Perikatan Nasional yang telah berjaya didaftarkan tahun ini. PN Sabah dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan 2 buah parti tempatan, Parti Maju Sabah (SAPP) & Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah).
4. Dua buah parti dalam gabungan Muafakat Nasional membentuk PN iaitu PPBM dan PAS, manakala sebuah parti lagi mengetuai BN iaitu UMNO.
5. Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan sokongan terhadap BN dan PN, menjadikan sebanyak 4 parti tempatan Sabah bersama gabungan parti pemerintah kerajaan Persekutuan iaitu PBS, PBRS (BN), SAPP (PN) dan STAR Sabah (PN).
6. Gabungan parti-parti pembangkang kerajaan Persekutuan juga akan bertanding menggunakan dua lambang.

Blok Warisan+ diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), dan dua buah parti gabungan Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah.
7. Sebuah parti dari gabungan PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula bertanding menggunakan parti sendiri, tidak menggunakan lambang PH atau Warisan.
8. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - parti yang tidak menyertai PH - tidak bertanding dalam PRN Sabah 2020 dan menyatakan sokongan terhadap Warisan.
9. Beberapa parti politik tempatan turut bersedia bertanding bersendirian, tidak menyertai mana-mana gabungan politik. Antaranya adalah Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
You can follow @zahirulnukman.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.