Macam mana nak capai financial freedom?
Kalau dapat capai financial freedom, secara tak langsung kau akan dapat time freedom.
Mungkin tujuan dan impian setiap orang berbeza, oleh itu bukan semua orang sasarkan objektif seperti ini.
Kalau dapat capai financial freedom, secara tak langsung kau akan dapat time freedom.
Mungkin tujuan dan impian setiap orang berbeza, oleh itu bukan semua orang sasarkan objektif seperti ini.
Boleh jadi sesetengah orang sangat senang bekerja dan selesa dengan apa yang mereka buat sekarang.
Maka, financial freedom & time freedom tak wujud pun dalam kamus hidup mereka.
Maka, financial freedom & time freedom tak wujud pun dalam kamus hidup mereka.
Financial freedom bukanlah simbol kejayaan, kekayaan atau pencapaian jika itu bukan tujuan kita.
Bagaimana kita mendefinisikan hidup, begitulah pengisian hidup kita.
Bagaimana kita mendefinisikan hidup, begitulah pengisian hidup kita.
Setiap orang melihat kehidupan dari sudut berbeza, jadi apa yang terlukis pada kanvas hidup bergantung pada definisi masing-masing.
Tapi jika apa yang kita definisikan itu salah, kita tak akan dapat capai apa yang kita mahukan.
Aku bermula dengan gaji pokok sebanyak RM900. Campur elaun, bolehlah dapat dalam RM1,400-1,500.
Waktu tu aku rasa, banyaknya RM1,500. Kawan aku cakap, RM1,500 sikit. Mana cukup nak hidup sebulan.
Waktu tu aku rasa, banyaknya RM1,500. Kawan aku cakap, RM1,500 sikit. Mana cukup nak hidup sebulan.
Aku rasa RM1,500 tu dah banyak, rupanya betullah apa yang kawan aku cakap, sikit rupanya. Rasa banyak tu pada hari pertama dapat gaji je, hari kedua terus cari maggie.
Masa di awal 20-an, hidup berkiblatkan nafsu.
Apa saja yang aku rasa nak, aku kena beli. Beli dulu, fikir kemudian.
Apa saja yang aku rasa nak, aku kena beli. Beli dulu, fikir kemudian.
Tahun pertama bekerja, setiap bulan beban kewangan tak dirasakan sangat. Sebab masih muda, komitmen tak banyak.
Tapi ada satu peristiwa yang menyebabkan aku rasa agak terhimpit. Bila gaji dapat terlalu awal sebab raya, next gaji perlu tunggu lama.
Tapi ada satu peristiwa yang menyebabkan aku rasa agak terhimpit. Bila gaji dapat terlalu awal sebab raya, next gaji perlu tunggu lama.
Kita budak lagi, disiplin tak ada, pengurusan kewangan bermasalah.
Bila gaji dapat awal, sakanlah berbelanja. Sampai masa, nak tunggu gaji berikutnya, terpaksa kumpul surat khabar, then jual.
Bila gaji dapat awal, sakanlah berbelanja. Sampai masa, nak tunggu gaji berikutnya, terpaksa kumpul surat khabar, then jual.

Jual surat khabar lama, dapat berapa sen je. Seingat aku boleh beli dua tin sardin.
Waktu tu dah mula rasa yang pengurusan kewangan aku sangat bermasalah.
Tapi fikiran masih sempit, hidup masih lagi mengharapkan bahawa suatu masa nanti, gaji akan dinaikkan. Maka, pada masa hadapan, hidup lebih senang dan selesa.
Tapi fikiran masih sempit, hidup masih lagi mengharapkan bahawa suatu masa nanti, gaji akan dinaikkan. Maka, pada masa hadapan, hidup lebih senang dan selesa.
Jadi masa tu aku hidup dengan kepercayaan bahawa bila dah lama kerja, gaji makin tinggi, hidup makin selesa.
Tapi bila difikirkan dalam-dalam, mustahillah masa depan aku penuh dengan keselesaan.
Masuk kerja pakai SPM, paling tinggi boleh dapat gaji pun sekitar RM3,000. Itu pun kena tunggu sampai di penghujung perkhidmatan, 30 tahun lagi.
Masuk kerja pakai SPM, paling tinggi boleh dapat gaji pun sekitar RM3,000. Itu pun kena tunggu sampai di penghujung perkhidmatan, 30 tahun lagi.
Tahun 2050, RM3,000 dah tak sama nilai dengan hari ni. RM3,000 hari ni pun dah masuk dalam kategori miskin bandar.
Jawabnya aku akan menghabiskan hujung usia aku sebagai si tua yang miskin dan susah.
Jawabnya aku akan menghabiskan hujung usia aku sebagai si tua yang miskin dan susah.
Kawan aku cakap, ada satu cara nak pastikan kita ada jaminan hari tua. Aku tanya apa dia, dia balas,
"ASBf."
"ASBf."
Esoknya, aku dan kawan aku terus ke bank. Nak buat ASBf. Lepas dengar penerangan dari orang bank tu, aku boleh nampak cahaya di hujung terowong.
Oleh sebab masa tu baru beberapa bulan bekerja, maka kita orang tak boleh buat full loan. Paling maksima around RM60,000.
Kawan aku buat paling maksima yang dia boleh dapat, iaitu RM60,000.
Aku pula waktu tu rasa tak berapa yakin lepas dengar ulasan negatif dari beberapa pihak. Tapi aku dah janji dengan kawan aku, you jump, i jump.
Aku pula waktu tu rasa tak berapa yakin lepas dengar ulasan negatif dari beberapa pihak. Tapi aku dah janji dengan kawan aku, you jump, i jump.
Then aku beritahu dia, tak apa lah. Aku teman kau. Kau buat 60k, aku buat 20k.
Tak sampai seminggu, 20k masuk dalam akaun.
Engkau bayangkan, RM1,500 pun aku rasa besar. Macam mana perasaan aku waktu pegang RM20,000?
Rasa macam maharaja.
Engkau bayangkan, RM1,500 pun aku rasa besar. Macam mana perasaan aku waktu pegang RM20,000?
Rasa macam maharaja.
Satu minggu kemudian, tinggal RM500 je dalam akaun.
Macam mana dengan kawan aku yang buat loan RM60,000? Setahun kemudian, dia jadi homeless.
Macam mana dengan kawan aku yang buat loan RM60,000? Setahun kemudian, dia jadi homeless.
ASB entah ke mana, jahanam habis plan asal.
Aku punya 20k, separuh habis buat modified kereta. Sebahagiannya buat belanja kawan-kawan, habis dekat hiburan dan melepak.
Aku punya 20k, separuh habis buat modified kereta. Sebahagiannya buat belanja kawan-kawan, habis dekat hiburan dan melepak.
Aku masih selamat sebab aku buat 20,000 je. So sebulan aku just kena bayar sekitar RM260-270 je. Tapi aku sentiasa bayar lebih, RM300.
Beberapa hari lepas, ada orang mesej aku. Cerita masalah kewangan dia. Umur baru 20-an, tapi dah sampai tahap berhutang dengan along.
Buat loan memang seronok. Tapi keseronokan tu cuma pada hari pertama je. Hari-hari berikutnya, kita terikat dengan komitmen.
Jangan sebab keseronokan 1 hari membawa kesengsaraan selama 3,650 hari.
Jangan sebab keseronokan 1 hari membawa kesengsaraan selama 3,650 hari.
Awal 20-an, aku seorang yang sangat suka membaca dan belajar. Aku tak boleh nampak kedai buku, rasa macam nampak syurga.
Selain hiburan, aku banyak habiskan duit dekat buku.
Selain hiburan, aku banyak habiskan duit dekat buku.
Waktu tu tengah hype buku tulisan Robert Kiyosaki. Buku ni sebenarnya tak berguna pun untuk pelaburan tapi ia sesuatu untuk pemula yang nak betulkan cara fikir.
Semua buku Robert Kiyosaki, aku beli. Ini antara yang aku ada (gambar lama). Yang lain semua dah buang masa pindah rumah.
Dari 20,000 loan tu, sebahagiannya aku guna untuk beli buku.
Boleh dikatakan, dalam tindakan bodoh zaman muda tu tersimpan sedikit something yang dapat menyelamatkan aku.
Boleh dikatakan, dalam tindakan bodoh zaman muda tu tersimpan sedikit something yang dapat menyelamatkan aku.
Dari situ aku belajar bahawa aku tak boleh setia pada pekerjaan aku. Aku tak boleh hanya bergantung harap pada orang atasan untuk mengubah hidup aku. Aku perlu berubah sendiri.
Aku perlu ada lebih dari satu aliran tunai masuk setiap bulan untuk pastikan kedudukan kewangan aku terjamin.
& aku perlu pastikan aliran tunai masuk tu melebihi aliran tunai yang keluar.
& aku perlu pastikan aliran tunai masuk tu melebihi aliran tunai yang keluar.
Dalam salah sebuah buku yang ditulis Kiyosaki, beliau menyebut, setiap kali nak beli sesuatu misalnya kereta baru, beliau akan melabur pada sesuatu.
Maka, keuntungan dari pelaburan itulah yang akan membayar semua kos untuk memiliki kereta tersebut.
Maka, keuntungan dari pelaburan itulah yang akan membayar semua kos untuk memiliki kereta tersebut.
Aku terkesan dengan ayat tersebut. Bagaimana kita boleh miliki sesuatu tanpa mengeluarkan duit poket sendiri.
Masa tu aku terfikir, mungkin bila aku nak miliki sesuatu barangan, aku boleh invest dekat kawan-kawan yang baru nak mulakan perniagaan.
Jadi, keuntungan dari pelaburan tersebut akan membayar kos untuk barangan tersebut. Secara tak langsung, aku tak bekerja untuk dapatkannya.
Jadi, keuntungan dari pelaburan tersebut akan membayar kos untuk barangan tersebut. Secara tak langsung, aku tak bekerja untuk dapatkannya.
Sejak hari tu, aku dah tak bergantung harap pada kerja aku 100%.
Aku mula mencari peluang untuk tambah sebanyak mungkin aliran tunai masuk.
Aku mula mencari peluang untuk tambah sebanyak mungkin aliran tunai masuk.
Aku berjaya tambah banyak aliran tunai masuk setiap bulan tapi ada satu masalah baru. Aku seolah-olah sedang melakukan pekerjaan yang sia-sia.
Sebab "tujuan akhir" aku tak jelas.
Sebab "tujuan akhir" aku tak jelas.