"Perbezaan Identiti India Utara dan India Selatan".

Pernah tengok tak filem Chennai Express lakonan Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone. Dalam filem tu sebenarnya nak gambar perbezaan dunia Utara dan Selatan India.

Oleh: Helmi Effendy
Dalam filem ini digambarkan dua kaum di India, Utara India bertemu dengan orang Tamil di Selatan India, maka berlakunya pertembungan budaya. Gambaran itu sebenarnya sangat benar sebenarnya kerana dua wilayah ini datang daripada dua identiti berbeza.
Orang India Utara ini adalah daripada puak-puak Aryan yang datang ke India ribuan tahun yang lalu, menyerang tamadun-tamadun terawal di India iaitu Indus. Dalam buku teks sejarah ada sebut kejatuhan tamadun Indus kerana serangan orang Aryan. Mereka ini nenek moyang India Utara.
Hari ini, penduduk utara India membentuk keluarga linguistik mereka sendiri. Bahasa mereka diletakkan di bawah kategori Indo Aryan, yang dalam keluarga lebih besar Indo-Eropah. Bahasa Indo-Aryan ni lebih dekat dengan Bahasa Inggeris berbanding Tamil di Selatan India.
Manakala perbezaan di selatan, penduduk-penduduk di sana dalam rumpun Dravidian. Kaum-kaum seperti Telegu, Malayalam, Tamil, Kannada dan banyak lagi. Bahasa mereka jauh berbeza dengan bahasa Hindustan yang kita tonton di kaca TV.
Dan dalam rumpun Indo-Aryan di utara dan Dravidian pun mereka berbeza bangsa. Perpecahan bangsa dalam kalangan bangsa mereka lagi dasyat daripada kita. Pernah nampak tak industri filem mereka ada mewakili penutur tertentu.
Mereka ada filem Hindi, Telegu, Punjab, Tamil, Malayalam, Kannada dan segala etnik mereka ada hiburan tersendiri. Mereka diasingkan dari segenap sudut. Jurang ekonomi sangat besar antara kaum. Pergaduhan agama yang dasyat selalu berlaku. Gerakan separatis di mana-mana.
Mereka cuma disatukan oleh agama Hindu dan permusuhan ke atas Pakistan. Pakistan perlu sentiasa menjadi kambing hitam menyatukan seluruh penduduk India yang ada beribu-ribu suku kaum itu. Selain Pakistan, umat Islam disana jugak sering dijadikan bahan propaganda penyatuan.
Perasan tak yang orang India di Malaysia, yang kebanyakan Tamil lebih suka membangkitkan mengenai Rajendra Chola dan Empayar Chola? Kenapa tak bangkitkan mengenai Maurya yang menyatukan seluruh India, atau Maratha yang melawan Mughal sampai ke abu?
Nama seperti Shivaji Bhosale I yang India nak buat patung terbesar dalam dunia setinggi 210 meter tak pernah langsung dilaungkan oleh orang Tamil di Malaysia berbanding nama hebat raja Tamil seperti Rajaraja Chola dan Rajenmda Chola.
Sebab mereka tak ada langsung perkaitan dengan dua empayar ini. Empayar di Utara dan Selatan adalah didirikan oleh rumpun dan bangsa berbeza. Mereka memiliki sejarah yang berbeza. Jadi, kalau bahasa dan sejarah berbeza, bagaimana pulak dengan budaya?
Pun berbeza. Misalnya, Utara India, wanita-wanita mereka lebih selesa memakai pakaian seperti salwar kameez & chudidaar (lihat gambar). Di Selatan India, penduduk sana lebih selesa berpakaian Sari, dan Sari agak jarang dilihat di Utara. Nampak familiar macam filem Bollywood kan?
Lelaki Utara dan Selatan pun berbeza. Lelaki di Selatan lebih selesa dengan dhoti putih dengan lungis yang persis seperti kain pelekat yang kita pakai hari ini.
Makanan di Selatan lebih berasaskan nasi, ikan dan kelapa berbanding diet Utara yang berasaskan roti. Makanan di selatan juga jauhhh lebih pedas daripada kebanyakan makanan yang berada di Utara.
Utara biasanya akan makan: paratha, chapatti, puri, and roti yang diperbuat daripada tepung putih.

Selatan akan makan berasaskan beras seperti dosas nasi (gambar) idlis (gambar), vadas and uttapams
Tarian yang wujud di Utara dan Selatan pun berbeza. Tarian di utara lebih banyak dipengaruhi oleh penakluk-penakluk dari wilayah luar yang meluaskan empayar mereka di Utara India. Popular di Utara macam Kathak (gambar), Chhau (gambar), Gaudiya Nritya, Odissi, dan Manipuri
Memandangkan di Selatan tidak banyak diganggu oleh kuasa asing, maka tarian yang popular dalam kalangan masyarakat Selatan adalah seperti Bharatanatyam (gambar), Kuchipudi, Kathakali (gambar), and Mohiniyattam.
Banyak sangat perbezaan identiti antara Utara dan Selatan. Tapi cukup thread ini sebagai perkenalan. Rakyat kita rata-rata ingat rakyat India itu datang dari sama bangsa. Sebab itu Bollywood dan Kollywood itu jauh bezanya kerana berasal dari identiti berbeza.
You can follow @thepatriotsasia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.