Apakah Bon Dan Sukuk?

Sebelum berkenalan dengan Sukuk, lebih mudah kalau Kita berkenalan dengan sepupu dia yg bukan shariah dulu iaitu Bon. Jadi apakah Bon?

Ini ialah thread. https://twitter.com/bamseraff/status/1295638248828502017
Bon ialah satu sijil yg dikeluarkan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman sebagai bukti kepada pinjaman dan hak untuk modal dan faedah yg bakal diterima?

Maksudnya? Hahahahah😂
Contoh mudah,

Syarikat A nak pinjam $1000. Jadi until memudahkan urusan meminjam secara terbuka, Syarikat A keluarkan Bon $100. Jadi akan ada 10 Bon yg dikeluarkan oleh Syarikat A ($100 x 10 = 1000)
Kemudian? Katakanlah Ahmad pun mecarum untuk 1 Bon tersebut dengan menyerahkan $100 kepada Syarikat A.

Bon ini ialah untuk 2 tahun (tempoh matang) dengan faedah 5%.

Apa jadi?

Pada tahun 1, Ahmad akan dapat $5 (5% x 100) sebagai faedah kepada Bon tersebut.
Pada tahun 2, Ahmad akan terima $5 juga. Cuma, disebabkan Bon tu hanyalah untuk 2 tahun, Ahmad akan menerima Modalnya balik pada tahun ke 2. Jadi tahun 2, ($5 + $100).

Jadi untuk pelaburan ini Ahmad untung $10 (5+5)
Satu persoalan. Kenapa Bon dikeluarkan sebagai sijil? Kenapa bukan kontrak pinjaman biasa?

Ini bagi memudahkan pemegang Bon menjual Bon sebelum tempoh matang.
Contohnya, Ahmad membeli Bon tadi, cuma selepas tahun 1, Ahmad perlukan duit segera dan Tak mampu tunggu untuk Tahun 2.

Jadi Ahmad Cari Ali Dan jual Bon tersebut pada harga $100. Ali akan terima hak untuk Bon tersebut Dan sambung terima Faedah dan Modal pada Tahun 2.
Sekarang, Apakh Sukuk? Apa beza?

Dalam Islam, perbuatan berdagang duit untuk mendapatkan duit ialah HARAM kerana termasuk sebagai Riba.

Dalam Bon, Kita akan dibayar Faedah yg tetap e.g. 5% setahun untuk modal yg Kita pinjamkan pada org lain. Jadi sukuk bagaimana?
Maka Sukuk ialah alternatif kepada Bon yg jelas melanggar prinsip Syariah dalam kewangan.

Sukuk ialah sijil yg berasaskan konsep pelaburan berkongsi keuntungan. Hal ini dibenarkan kerana duit yg diterima pemegang Sukuk diterima dari hasil kerja Pengeluar Sukuk.
Contohnya, Pak Mat merupakn penjual Aiskrim Dan berminat melabur untuk tambah lagi mesin Ais Krim dalam bisnesnya.

Jadi Pak Mat nak meraih modal tambahan sebanyak $1000. Jadi Pak Mat akan keluarkan 10 Sukuk bernilai $100 setiap satu untuk 2 tahun. *Sama seperti di atas.
Pak Mat akan terima $1000 dari 10 Sukuk yg dikeluarkan tadi.

Menggunakan Modal tadi Pak Mat membeli mesin Ais Krim baru. Untung dari penjualan Ais Krim dari mesin tersebut akan dikongsi antara Pak Mat dan pemegang Sukuk tersebut berdasarkan Nisbah perkongsian dalam Sijil Sukuk.
Katakanlah Tahun 1, Pak Mat akan untung $20 menggunakan mesin tersebut.

Dalam kes ni, Nisbah Perkongsian ialah 50:50

Maka, dari $20 tadi, $10 adalah untuk Pak Mat dan selebihnya ,$10 akan dibahagikan sama rata kepada semua pemegang Sukuk sebagai pulangan tahunan pelaburan.
Jadi, perbezaan Sukuk Dan Bon ialah wujudnya konsep Modal dan Kerja bukan sekadar menerima Faedah untuk pinjaman semata.

Maka, keuntungan pemegang Sukuk juga tidak tetap Dan Tak terjamin, yg Mana mematuhi syarat pelaburan dalam Islam,iaitu mesti Ada risiko yg dikongsi bersama.
Jadi itulah sekadar pengenalan bagi Sukuk dan perbezaannya dengan Bon.

Jadi sekiranya ada salah dan silap mohon ditegur untuk kebaikan bersama.

#islamicfinance
You can follow @IKMALHAKIMABGHA.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.