Salah faham umat Islam akan kisah Harut dan Marut yang mengajar sihir serta cara untuk melawan sihir.

Ini adalah bebenang.
Kebanyakan kisah tentang Harut dan Marut datangnya daripada israelliyat. Kisah yang sering berlegar adalah mereka turun ke dunia kerana nak jadi manusia sebab hairan macam mana manusia boleh kufur kepada Allah.
Oleh itu Allah bagi mereka nafsu dan diturunkan mereka ke dunia untuk hidup sebagai manusia biasa. Namun selepas diturunkan, mereka telah diuji dengan maksiat dan menjadi sesat.

Ini adalah kisah yang karut.
Sebenarnya mereka diperintahkan turun oleh Allah untuk mengajar manusia TENTANG sihir, untuk KENAL mana amalan sihir dan mana tidak. Ini kerana pada waktu itu, masyarakat di Babylon (Iraq) telah ramai yg diajar sihir oleh syaitan. Maka tugas mereka untuk memperbetulkan manusia.
Sebelum sambung tentang Harut dan Marut, anda perlu faham kejadian ini berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman.

Oleh itu saya akan ceritakan dahulu apa berlaku pada zaman Sulaiman a.s dan kaitannya dengan penurunan ayat 102 surah Al-Baqarah.
Pada zaman Sulaiman a.s, sihir banyak diamalkan oleh umatnya yang berbangsa Bani Israil.

Allah perintahkan Sulaiman a.s untuk tangkap pengamal sihir dan rampas kitab-kitab sihir serta menyeru mereka untuk kembali kepada agama tauhid.
Tukang sihir yang tak nak kembali kepada agama tauhid akan dibunuh oleh baginda. Itu adalah syariat Islam tentang pengamal sihir.

Dalam Islam, sesiapa yang ditangkap mengamalkan sihir akan dihukum pancung, tidak dimandikan dan tidak dikuburkan di tanah perkuburan Islam.
Kitab-kitab sihir mereka dibakar. Namun, ada juga kitab yang Sulaiman a.s simpan dan sorok di bawah singgahsana baginda kerana itu tempat paling selamat. Jika letak kat tempat lain, ada orang akan mencarinya dan mengamalkan sihir dalam kitab-kitab tersebut.
Tak ada siapa ke yg dapat mengambil kitab itu daripada baginda?

Ya. Kerana Allah bagi kelebihan kepada Sulaiman a.s iaitu jin tak boleh mendekati baginda untuk khianat. Selepas baginda melakukan tindakan itu, manusia kembali kepada ajaran tauhid dan amalan sihir sudah berhenti.
Cuma selepas kewafatan baginda, sihir kembali diamalkan.

Ini kerana syaitan yang mengajar sihir kepada manusia itu masih hidup sebab umur panjang. Waktu itu, manusia pun sudah jauh dari ilmu agama.
Jin telah mengambil kesempatan dari kejahilan mereka dengan membuat cerita yang Sulaiman a.s telah memerintah menggunakan sihir.

Syaitan bisik kepada manusia supaya menggali bawah tempat kerusi Sulaiman a.s dan memang mereka jumpa kitab-kitab tersebut.
Berkenaan Harut dan Marut, mereka mengajar dengan memberitahu manusia mana satu sihir dan mana yang tidak supaya manusia tak buat lagi sihir itu.

Ini kerana nanti akan datang Nabi seterusnya, buat perkara yang nampak seperti sihir tapi bukan sihir. Ia adalah mukjizat.
Oleh itu, mereka kena tahu untuk membezakannya supaya tak terkeliru antara sihir dan mukjizat.

Harut dan Marut amat jujur dengan ilmu mereka. Sebelum mereka mengajar, mereka bagi peringatan kepada manusia yang datang belajar dengan mereka bahawa mereka adalah ujian dari Allah.
Ini kerana masyarakat pada waktu itu tak percaya dengan Allah, maka Allah telah menguji mereka dengan menurunkan Harut dan Marut.

Harus jelas. Harut dan Marut bukan nak menyesatkan manusia dengan menyuruh manusia mengamalkan sihir.
Mereka nasihat manusia supaya jangan jadi kufur dengan mengamalkan sihir itu. Kalau syaitan yang mengajar, syaitan tak akan cakap seperti itu.

Kaitannya dengan penurunan ayat 102 surah Al-baqarah adalah, Allah turunkan ayat ini untuk jelaskan kesamaran tentang sihir.
Wahyu yang disampaikan pada Nabi Muhammad mengatakan tak boleh buat syirik dan mengamalkan sihir.

Sihir adalah syirik.

Kefahaman golongan Yahudi menjadi samar dalam hal agama kerana pada mereka, Sulaiman a.s mengamalkan syirik.
Mereka keliru sebab mereka dapat maklumat yang salah tentang Sulaiman a.s melalui kitab-kitab yang telah diolah oleh nenek moyang mereka. Sebab itu mereka tak boleh terima Al-Qur’an dan Islam kerana berlawanan dengan fahaman mereka.
Orang Yahudi kata Sulaiman a.s boleh bercakap dengan binatang dan terbang ke sana sini kerana belajar daripada kitab sihir “The book of Secret” (Buku Rahsia).
Sampai sekarang mereka masih lagi mencari buku itu yang asli. Pada mereka, sesiapa yang dapat buku ini akan dapat rahsia kehebatan Nabi Sulaiman bersama dengan harta karun baginda.
Kekeliruan seterusnya adalah mereka kata malaikat ajar sihir. Pada mereka, kalau malaikat yang ajar sihir, tak mungkin ia salah untuk diamalkan.

Maka Allah turunkan ayat ini untuk memperjelaskan bahawa bukannya Harut Marut itu mengajar sihir untuk suruh manusia amal,
tetapi sebagai pengecaman mana yang sihir dan mana yang tidak.

Macam qadhi (hakim) yang diharuskan untuk belajar tentang sihir supaya kenal mana satu sihir supaya senang mereka menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengamalkan sihir. Orang biasa haram untuk belajar sihir.
Mungkin ramai tak tahu, bahawa sihir juga boleh dilakukan menggunakan ayat al-Qur’an. Mereka baca quran, tapi menghendakkan sesuatu semasa membaca.

Contoh: Baca ayat 5 surah Al-fatihah untuk buat orang sayang dan tunduk pada kita. Baca quran tak salah, tapi niat itu yang salah.
Kerana itu kita perlukan dalil untuk beramal secara khusus akan Al-Quran.

Ada cara untuk melawan sihir. Ini kerana sihir terjadi dengan menyeru selain daripada Allah, maka lawannya adalah dengan hanya menyeru kepada Allah. Oleh itu, tauhid sajalah ya dapat melawan sihir.
Kalau nak mengubat orang yang terkena sihir, ajarkan tauhid kepadanya terlebih dahulu. Kalau sekadar meruqyahnya dan kemudian dia selamat dari sihir, tapi kalau dia tak faham tauhid, sihir itu akan kembali. Maka, sampai bila masalah tak akan selesai.
Pernah dengar tentang hukum adat? Hukum adat seperti, kalau kita makan, kita kenyang. Namun bukan makanan itu yang mengenyangkan kita, tetapi Allah. Tapi Allah letakkan asbab-asbab untuk mengenyangkan manusia iaitu melalui makanan.

Asbab= makanan.
Sama seperti sihir. Jangan sangka ada kuasa pada sihir itu. Kalau Allah tak izin, takkan jadi. Seperti hukum adat. Ia terjadi sebab manusia melakukan langkah² untuk menjadikannya. Maka Allah izinkan untuk jadi.

Asbab terjadi sihir= buat langkah-langkah untuk menjadikannya.
Kesesatan berlaku apabila manusia dah tak beriman kepada kalam Allah dan meninggalkan tauhid. Bila manusia buang Qur'an, maka syaitan akan menggoda untuk percaya kepada benda-benda karut seperti tangkal, azimat dsb.
Ramai saja yang mengamalkan sihir. Tapi kita tak tahu ia sihir kerana pengamal sihir tu membaca Al-Qur’an dalam bacaan sihir itu, maka kita menyangka ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
Ini adalah bala yang perlu kita hadap sekiranya kita membiarkan diri kita berada dalam kejahilan, iaitu tidak belajar Al-Quran.

Kita biarkan diri kita jahil agama, sampai kita mudah ditipu oleh syaitan dan guru-guru yang karut dan sesat.

Nauzubillah min zallik.
Info tambahan untuk mengenal sihir:

Selalunya orang yang menyihir akan menyeru nama orang yang nak disihir berbinkan ibunya.

Ingat, hanya Isa a.s sahaja dalam dunia ini yang berbinkan ibunya. Orang lain semua ada bapa, jadi kita bin/binti kan nama bapa.
Baca sepotong ayat dalam surah Yasin untuk tutup mata polis di jalanraya supaya kita tak ditahan juga adalah sihir.

Ini banyak yang orang amal tanpa sedar. Berhati-hati dan tuntutlah ilmu.

Semoga kita semua dipelihara daripada melakukan perkara syirik.

Sekian bebenang.
You can follow @anina_faris.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.