ada satu kali, masa aku study. aku masuk bilik lecturer aku. dia bujang. dan aku yakin waktu tu umur dia hampir 50 tahun. dalam bilik dia, ada towel. ada berus gigi. ada sabun. waktu tu, aku kesian tengok dia. aku tertanya-tanya, kenapa dia tak kahwin.

(cont..)
dan dia selalu tidur dalam bilik dia. tak balik rumah. stay sampai pagi dia buat kerja. kadang dia tengok movie dalam laptop. aku rasa macam, apa masalah dia? kahwin je la. waktu tu aku tak faham. tapi sekarang maybe aku faham sikit.
bila aku fikir balik, bila aku imbas kembali pasal lecturer aku ni, aku rasa dia bebas. aku rasa dia tak suka komitmen. hidup dia simple. bila aku tengok diri aku sekarang, aku rasa aku sama macam dia. aku duduk office sampai pagi. aku bawa towel dalam kereta.
aku rasa aku suka macam sekarang. aku rasa bebas. aku rasa aku terlalu bebas sebenarnya. tidak terkongkong. aku boleh buat apa je yang aku suka. takde orang yang jadi penghalang. takde orang yang cakap “tak boleh”. aku taknak hilang kebebasan ni.
actually, aku terlalu menghargai kebebasan ni. aku tak suka, rasa “bebas” ni diambil. aku menghargai masa-masa aku bersendirian. serius sama macam lecturer aku. dia pernah cakap dulu

“jangan text atau call saya waktu malam. esok boleh discuss.”
dulu aku ingatkan dia kerek. tapi sekarang, aku rasa aku faham. sebab aku pun tak suka diganggu waktu malam. tak tahu berkait ke tak. tapi andai kata, aku “terikat” dengan sesiapa, waktu malam aku (waktu rehat), akan terganggu. dan aku tak suka. aku suka rasa bebas mcm skrng ni.
bila aku fikir balik, aku rasa aku dah jadi macam lecturer aku. menyedihkan kot. sebab kalau “aku” yang dulu tengok aku sekarang ni, mesti dia cakap,

“what a loser..”

tapi, aku tak menyesal. aku pun tak faham.
complicated. okay dia macam, aku dah rasa perasaan apabila terikat dengan seseorang. dan ianya tidak menyeronokkan. aku rasa tak bebas. mungkin aku takde luck. senang kata, setakat ni aku tak rela masa dan ruang aku dikongsi dengan sesiapa.
haha. memenatkan. mungkin lebih tepat, aku tak suka perempuan. bukan bermaksud aku suka sama jenis. tapi aku tak suka perempuan. aku rasa that is it. aku tak suka perempuan. perempuan itu, memenatkan. dan menghancurkan.
perempuan bermain dengan fikiran, dan emosi. aku kena selalu berfikir. aku benci berfikir benda yang tak perlu. aku perlu tunjuk. aku tak suka tunjuk. sekiranya dipaksa, kebebasan itu hilang. apa guna hidup, tanpa kebebasan. it could be so simple. tapi “simple”, macam takde.
mungkin ini yang lecturer aku rasa. mungkin dia pun fikir macam aku. kalau aku boleh tanya dia sekarang, aku yakin jawapan mungkin sama. maksud aku, what’s stopping us. ianya menyedihkan sebab aku dah jadi macam lecturer aku. tapi lebih menyedihkan, aku langsung tak menyesal.
kebahagiaan. perkahwinan itu bukan kayu ukur kebahagiaan kan. dan aku rasa perkahwinan itu bukan untuk semua orang. dan semestinya bukan untuk aku. dan aku tak perlu nak kenal sesiapa. sebab aku taknak kahwin. no agenda, dgn mana-mana perempuan. no games. no surprises.
dan itulah simple. aku macam jumpa satu closure. dan closure itu subjective kan. satu keputusan itu adalah keputusan yang baik, apabila kau rasa good with it. aku rasa good with it.

aku rasa, itu la. hm, tamat.
tak, tak boleh tamat lagi. malam ni aku nak cakap lagi. takkan macam ni penutup. alang-alang aku dah buat keputusan, aku patut mengarut panjang lagi. ianya bukan mudah, untuk merasa yakin bahawa hidup sendiri itu, adalah pilihan hidup.
korang tahu perumpamaan yg wanita itu, “dicipta” dari tulang rusuk lelaki. Hawa itu dari tulang rusuk Adam,

ianya adalah perumpamaan bukan. Adam dan Hawa itu berjodoh. Hawa itu adalah jodoh Adam. dan setelah “dicipta” dari tulang rusuk Adam, Tuhan persembahkan Hawa di depan Adam
tapi itu tidak adil. bagaimana Tuhan “mencipta” jodoh bagi lelaki lain, tapi Dia “sorokkan”. hahaha.

itu tak adil. ia makan masa. bertahun-tahun. dan ianya tidak kelakar. setengah lelaki serius mencari jodoh. tapi Tuhan “sorokkan”.

bertuah jadi Adam.
ini random. lama dulu, masa aku study. aku ada buat satu project. it was a simple project. dan itu adalah project pertama aku, tapi aku gagal.

aku pegang project aku, aku pegang kertas kerja, aku pandang member aku kat sebelah, aku cakap..
“dude.. project ni, project last aku gagal. aku takkan gagal mana-mana project lagi.”

aku ingat moment tu sampai bila-bila. dan aku pegang, aku bawa dalam hidup aku. dan kemudian, aku tak pernah gagal dalam mana-mana project.
korang tahu kan, bila kita buat project, kita akan buat schedule. dan kita akan follow schedule. kita akan pastikan, project kita siap as per schedule.

dan yang kelakarnya, aku tak perasan selama ni, aku ada satu project yang terbengkalai.
dan project itu adalah “pernikahan”.

selama ni, aku selalu letak target, bila aku akan kahwin. aku letak baseline. aku buat breakdown structure. apa yang harus aku buat, apa yang harus siap sebelum aku kahwin. aku ikut.

dan itu adalah schedule kan..
pernikahan, adalah project aku yang terbengkalai.. bertahun lamanya. dah delayed. project ni fail. takde mitigation. takde way forward. dan project ni, harus dilepaskan.

aku tahu aku muda lagi. tapi, aku rasa aku dah cukup matang, untuk sedar bahawa pernikahan, bukan untuk aku.
ada satu perkara yang aku cukup benci pasal diri aku. aku tekad. aku tak tahu perkataan yang sesuai. aku blur sekarang.

aku jenis yang, kalau aku dah buat keputusan, then, that is it. no turning back. bila dah sampai satu tahap, aku rasa pernikahan adalah bullshit utk aku..
aku akan rasa benci pernikahan sampai bila-bila. dan aku akan enjoy apa yang aku ada sekarang.

kenapa aku nak kejar something yang aku dah kejar lama tapi tak dapat? so stupid. kan? stupid.

“cari seorang wanita dan kahwin.”

tak semudah itu. kau rasa mudah sebab kau dah jumpa.
aku dah cuba tengok, high and low, mana-mana wanita yang aku rasa macam,

aku boleh bikin satu cerita secara spontan waktu malam, dan aku cerita pada dia sebelum tidur. takde.

yang aku jumpa sebelum ni, left me nothing. aku tak rasa pape. melainkan rasa pedih.
penat sangat. macam kau daki gunung tinggi sampai puncak, lepas tu kau kena tolak. jatuh kaki gunung, kau kena daki balik. so stupid.

aku yakin memang takde jodoh untuk aku. sebelum ni aku percaya kot, setiap manusia ada jodoh masing-masing.
tahap percaya aku tu, kalau ada yang bagitahu aku,

“megat, kau gali tanah ni, kau jumpa jodoh kau.”

aku tak cakap banyak, aku gali tanah walau seluas tanah melayu ni pun aku gali kalau betul jumpa jodoh. takde.

tak semua manusia, ditakdirkan bertemu jodoh. ditakdirkan kahwin.
dalam hidup aku, aku tak minta banyak untuk diri sendiri. kalau aku doa, aku selalu hala doa aku kepada orang yang aku sayang. aku selit sedikit apa yang aku nak. dari dulu lagi. dan tak semua yang aku nak, aku dapat. dan aku faham semua tu. itulah bagaimana ianya berfungsi.
dunia ni tak pernah tanya apa yg aku nak. Tuhan tak tanya apa yang aku nak. aku bagitahu apa yang aku nak. aku minta. dan aku dah terbiasa kalau tak dapat benda yang aku nak. aku just go with the flow. ni semua aturan Tuhan juga. Dia tahu yang terbaik.
tapi kali ni, aku nak satu je. aku nak tolong la bagi aku kahwin. aku memang nak. aku nak ada family. tak dapat benda lain pun aku tak kisah. asalkan aku buka mata waktu pagi, ada orang sebelah. aku nak anak. aku suka gila budak-budak.
aku taknak la selalu pergi rumah kawan aku, pegang anak diorang, lepas tu cakap,

“now listen to your uncle megat. uncle megat have a great story to tell. long time ago..”

“kid, look, let me tell you something. when you get into a fight, you must win.”

aku malas dah..
kalau betul Tuhan taknak bagi, atau Dia terus “sorokkan” dari aku.. takpe. aku mudahkan kerja. aku berhenti mencari dan berharap.

penat. deal dengan orang yang bukan untuk aku, penat.

kalau ianya dah ditakdirkan, aku percaya yang ianya mudah.
kalau betul untuk aku, aku akan rasa kebebasan tu walau dalam situasi apa sekalipun. aku percaya.

dia macam kat tangan aku ni, ada tali layang-layang. layang-layang adalah simbolik kehidupan.

kehidupan alam perkahwinan..
dan tali kat tangan aku ni, adalah sumpahan. tapi kalau aku lepas, kehidupan alam perkahwinan aku pun akan terbang bebas dan hilang dari pandangan.

without a second thought, enough already.

aku lepas. terbanglah bebas. jangan datang dalam fikiran aku lagi dah.
aku yakin, hidup sekarang lebih happy. hapuskan benda yang boleh buat fikiran jadi kusut. dan itulah kebebasan. tanpa belenggu. tanpa ikatan. tanpa harapan. tanpa imej palsu yang aku selalu pancarkan kat dinding bilik sebelum tidur. imej hidup ada family sendiri. aku lepaskan.
sorry korang terbaca luahan tak matang aku ni. aku tak tahu nak lepas kat mana. aku mengaku aku nak ada orang baca. aku a bit drama. megatlaw. bukan aku. kat luar, aku totally different.

thank god korang tak kenal aku.

tsk, i guess, the end.

You can follow @megatlaw.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.