Selalu aku share pasal digital or content marketing. Tapi aku rasa aku kena share accounting terms yang korang kena tahu.

Since today aku dah free, aku akan share pasal accounting terms yang aku tahu.

DISCLAIMER: To the real accountant, pls right my wrong.
Sebab aku fikir, ramai yang tahu sales or revenue, tapi tak jaga cashflow pulak.

Pastu net profit jadi barai.
Jadi, thread ni maybe boleh bantu sedikit sebanyak. Aku bukanlah accountant yang bertauliah, tetapi since aku ada business aku memang kena belajar dunia accounting and finance ni.

So, aku jadi minat untuk tengok nombor and data.
1. Sales

Simple. Sales adalah semua jenis penjualan produk atau servis korang ke customer.

Contoh: Kalau produk harga RM169. Bulanan ada 200 orang beli.

RM169 x 200 = RM33,800

Yang ni simple & straightforward.
2. Cost of Good Sold (COGS)

Haa yang ni kalau perasan kita akan selalu cakap "Berapa kos satu produk?". COGS ni adalah cost untuk lengkapkan satu produk.

Contoh:

Packaging (RM15) + Ingredient (RM60) + Sticker (RM2) = RM77.

Jadi COGS untuk satu produk adalah RM77.
3. Profit margin

Profit margin ni dikira percentage. Sbb penting untuk tau ni sbb kita tak nak korang untung kurang dari 30%.

Macam mana kira?

Contoh: Sales produk (RM169) - COGS (RM77) / Sales Produk (RM169) = 0.54

Jadi profit margin korang average 54%. Still healthy.
4. Cashflow

This is simple. Duit yang keluar & masuk. Ramai fail kat sini. Sales banyak, tapi cash flow in sikit.

Ada certain business, sales dia 1 client boleh jd sampai RM100,000 tapi if client bayar RM100 sebulan?

Tak best la cmtu. That's why Cashflow sgt penting.
5. Operating Expenditures (OPEX)

Untuk yang ni mmg korang nak tak nak, WAJIB bayar every month seperti:

1. Gaji pekerja
2. Rental office
3. Utilities mcm wifi, air & elektrik.

Kalau RM5,000 every month kena bayar, sales kena aim lebih atau paling teruk pun kena breakeven.
6. Capital Expenditures (CAPEX)

Untuk yang ni pula, korang tak wajib bayar every month tapi dia more into investing towards long-terms assets seperti:

1. Office laptop
2. Office chairs and table
3. Printer

Senang cerita, yang ni semua sekali bayar. Dia bukan bulanan.
For now, ini sahaja sharing aku. Yg ni adalah basic punya accounting terms. Sebenarnya banyak lagi.

Tapi, pattern aku perasan aku selalu guna adalah yg aku dah mention ni. Insyaallah if ada lagi, aku share.

Ada lagi ke terms korang guna selalu selain dari aku mention kat atas?
You can follow @IZZTAZWAR.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.