Saja saya nak kongsi, sejak isu covid ini, sudah beberapa klien yang saya uruskan pembelian rumah mereka 2-3 tahun yang lalu hubungi saya terdesak untuk menjual rumah. Ada yang kena potong gaji, kena buang kerja dan tidak dapat komisen. Betul2 saya tumpang simpati.

[thread]
1) Mereka sudah tidak dapat menanggung monthly installment pembiayaan rumah mereka. Lebih menakutkan apabila moratorium bakal berakhir hujung tahun ini. Mereka juga tergolong dalam golongan B40. Fikir nak bagi makan keluarga, fikir belanja sekolah anak.
2) Nasihat saya kepada golongan B40 terutamanya, sekiranya pendapatan anda tidak begitu besar dan masih mempunyai pilihan untuk menyewa dahulu. Jangan termakan dengan desakan untuk membeli rumah. Bersabar dan bina dahulu kewangan yang teguh.
3) Hutang pembelian rumah selalunya adalah hutang terbesar dalam isi rumah. Beli rumah tampak senang, ada duit simpanan, bayar deposit dan yuran guaman, sign dokumen dapat kunci. Tapi tempoh masa dan jumlah pinjaman rumah yang perlu dibayar setiap bulan adalah teramatlah sukar.
4) Ramai yang rumah mereka sudah dilelong dan dishtiyihar muflis kerana tidak mampu membayar pinjaman rumah. Jika tidak mampu beli, sewalah dahulu. Tiada apapun yang hendak dimalukan jika masih belum memiliki rumah. Tiada apa nak dihinakan pun.
5) Samada beli atau sewa, hakikatnya kita hanya perlu tempat untuk berteduh sahaja. Ambillah masa yang secukupnya sebelum membuat keputusan membeli rumah. Jangan jerat diri kalian sendiri.
6) Pastikan anda perancangan yang rapi dan teliti sebelum membeli rumah. Buat semakan pendapatan bulanan. Kumpulkan dahulu dana kecemasan, dalam keadaan ekonomi sekarang, tiada satu apa pun yang stabil.
7) Tuntutlah ilmu hartanah dan perancangan kewangan dari mana-mana perunding hartanah dan perunding kewangan yang bertauliah. Rajin-rajin baca buku dan artikel mereka. Bila sudah benar-benar bersedia, belilah rumah.
8) Semoga suatu hari nanti semuanya akan kembali pulih dan kalian semua dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sendiri. Amin.
You can follow @nuuraimuni.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.