Kenapa aku cakap ROH adalah ‘tamparan hebat’ kepada FILEM2 SAMPAH MALAYSIA?
[THIS IS A THREAD]
Filem Roh hanya menggunakan bajet sebanyak RM360,000 shj dan berjaya mencapai kualiti gambar dan audio setanding filem Hollywood, berbanding filem2 tempatan yg lain, ada yg cecah 2-3 juta tapi quality sampah, dubbing kelaut, gambar pecah, lakonan kayu.
Barisan pelakon kanak2 yg MANTAP! Setiap karektor dlm filem ini dibawa dgn penuh emosi dan tidak keterlaluan (just nice), ada beberapa momen ko bakal melihat setiap budak2 ni akan shine dlm screentime masing2.
Pelakon ‘the usual suspects’, mereka ni bagi Zhaf dah jadi muka wajib tonton, asal sebut nama Tok Ayah @_Nam_Ron_ je konfem ramai yg akan puji melambung, ini merupakan gandingan mantap 3 pelakon Malaysia yg underrated tapi berbakat besar 👏🏼
Aspek teknikal setanding HOLLYWOOD, kalau korang mencari filem tempatan yg memaparkan keindahan semulajadi tanpa membuang rasa ketakutan korang apabila menonton, korang wajib tonton #filemROH ni.
Arahan Fotografi terbaik oleh Saifuddin Musa bakal membuatkan korang tercengang dan berfikir, macam mana diorang shoot smooth gila dalam hutan belantara sedangkan kita sendiri susah nak trekking dlm hutan 🤣 tiada jerking atau nampak pakai gimbal murah okay, + 6k camera 😱
Audio dia LAZAT SEHINGGA MENJILAT JARI, surround sound dia on point, sampai ko rasa mcm pokok yg bergoyang ada di sebelah kiri dan kanan kau siaaaa 😭
TETAPI, filem ni agak BERAT dan bukan filem yg gunakan jumpscare murahan dan story yg simple, ada banyak layer yg perlu dikupas dan dibincangkan setelah korang menonton filem ni, which is jarang filem tempatan dapat sajikan filem camni 😋
Filem ROH adalah filem dakwah sebenar kalau dibandingkan dgn Munafik, kenapa aku cakap sebenar? Munafik jenis filem ‘show & tell’ punya dakwah, something yg semua boleh hadam dan straight to the point, meanwhile ROH lebih kpd pendekatan yg tidak direct n perlukan audiens berfikir
Aku seru seluruh rakyat Malaysia utk pergi tonton #filemROH di pawagam sementara masih ditayangkan, jangan ulangi kesilapan lepas dimana dua filem terbaik 2018 & 2019 mendapat pulangan kutipan yg teramat rendah, Fly By Night & One Two Jaga boleh ditonton di @NetflixMY sekarang!
Sebenarnya aku dah review sebelum PKP lagi, tapi filem ni baru dpt tayang sekarang. InsyaAllah esok Zhaf akan buat spoiler talk bersama dua tetamu istimewa untuk mengupas #filemROH secara terperinci.
Jadi kalau korang taknak kena spoil dengan review kami esok, lebih baik pi tonton #filemROH di pawagam secepat mungkin, wajib tonton di cinema sebab surround sound dia LAZAT NAK MAMPUS 😍
You can follow @zhafvlog.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.