Khutbah Jumaat tadi khatib berkhutbah mengenai betapa penting kita sebagai umat Islam menjaga lisan pertuturan kita.
Hinanya seseorang muslim itu kerana lisannya yang tiada rasa bersalah mencalarkan agama islam itu sendiri antaranya suka maki hamun , menghina nabi dan mengeluarkan perkataan kesat.
Khatib juga berpesan agar hiasi diri kita seseorang muslim dengan akhlak yang mulia.
Khatib juga berpesan agar hiasi diri kita seseorang muslim dengan akhlak yang mulia.
Kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kita nanti akan dipertanggunjawabkan di akhirat kelak bahkan di media sosial juga akan dipersoalkan.
Jadi, apakah sumbangan kita kepada ISLAM ? Kata-kata yang kesat tidak mampu menolong kita di akhirat nanti. Pilihan ada pada diri anda , anda mampu mengubahnya.
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
-سورة فصلت, آية ٣٣
-سورة فصلت, آية ٣٣