Masa kerja Mahkamah Syariah dulu, sebenarnya perempuan yang paling teraniaya BILA NIKAH DI THAILAND.

1. Diceraikan. Datang tuntut harta sepencarian, tapi takde rekod mereka berkahwin. Hakim nak bukti.

2. Anak2 sekolah dikira sebagai tak sah taraf. Walaupun sah perkahwinannya. https://twitter.com/hmetromy/status/1288467210155909121
3. Isteri TAKDE HAK HARTA PUSAKA (atas kertas). Suami mati, dia langsung tak dapat apa-apa.

4. Tak boleh keluarkan duit KWSP & akaun bank suami, warisi harta (rumah, kereta dll), tak dapat pencen suami.

5. Suami boleh selamba tinggalkan isteri bila-bila masa tanpa takut.
Jadi perempuan, TOLONGLAH JANGAN setuju kalau ada lelaki ajak kahwin di Siam!

Boleh merana berpanjangan.

Kalau terpaksa kahwin juga, minta lelaki REGISTER di Pejabat Agama untuk dapat Kad Nikah.

Kena denda RM3,000 (Selangor) sebab nikah di luar kawasan.
Kalau lelaki tu berani daftar kahwin, barulah buktikan lelaki tu benar-benar ikhlas:

Banyaakkk sangat kes isteri yang kahwin di Thailand DIANIAYA keluarga suami, isteri2 lain dsb.

Dah hidup bertahun tahun, langsung tak dapat hak apa-apa bila suami mati. Kena halau dari rumah.
Dapat KAHWIN dengan kekasih hati bukan puncak bahagia yang korang cari.

Sampai tak kisah lelaki/bf ajak kahwin kat Siam.

Kena fikir jauh lebih kedepan.

Bila cinta dah habis, mula gaduh, cerai, kematian suami, barulah nampak kesusahan berpanjangan menanti hidup korang.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.