Dosa-dosa suami yang meresahkan hati isteri.

[Bebenang]
1. Tidak berusaha menghamornikan antara isteri & ibu bapa.

Apabila berlaku konflik antara mertua & menantu, sesetengah suami mengambil sikap berlepas tangan & enggan menyatukan hubungan antara isterinya & ibu bapanya.
Apa yang perlu dilakukan adalah, suami perlulah berlaku adil & bijak menyatukan mereka.

Tidak boleh hanya memenangkan ibunya sahaja atau isterinya sahaja, kerana itu lebih mengeruhkan keadaan. Suami perlu berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan persefahaman antara mereka.
2. Merendah-rendahkan isteri.

Hanya atas dasar menjadi "ketua keluarga", sesetengah suami cenderung untuk merendah-rendahkan jasa atau sumbangan isterinya. Kadang-kala, mereka membuat keputusan mustahak tanpa memberitahu langsung kepada isteri, kerana berasa tidak ada keperluan.
Sesungguhnya perasaan 'berasa diri lebih baik' ini adalah perbuatan takabbur & tidak sepatutnya timbul dalam diri suami (atau mana² Muslim lain).

Layanlah isteri baik² & hargailah jasa mereka walau sekecil mana pun. Ingatlah, wanita itu adalah saudara kandung lelaki (Ṣaḥīḥ).
3. Mengongkong isteri (ghīrah ekstrem)

Suami seharusnya melindungi isteri daripada keburukan & ancaman orang luar, terutamanya daripada pandangan & pergaulan oleh lelaki² lain.

Perbuatan ini dinamakan sebagai ghīrah (cemburu yang dibenarkan agama).
Namun sesetengah suami telah bersikap ekstrem dalam ghīrah, iaitu dengan mengongkong isterinya.

Ada yang menghalang isteri daripada berbakti kepada ibu bapa mereka, ada yang menghalang isteri keluar menuntut ilmu agama (padahal suami sendiri tidak cukup ilmu) dsb.
Nabi ﷺ sendiri berpesan, sekiranya wanita meminta izin ke masjid, maka janganlah dilarang (Ṣaḥīḥ Muslim no. 442).

Kesimpulan di sini, selama mana ada keperluan mustahak untuk keluar rumah, dan isteri boleh menjaga aurat & pergaulannya, maka janganlah suami mengongkong mrk.
4. Suami bersikap Dayyūth

Sebagaimana suami tdk seharusnya mengongkong isteri, begitu juga suami tak boleh membiarkan isterinya terlampau bebas.

Malang sekali, ramai suami hari ini tak kisah jika isterinya bergaul bebas di luar rumah, berkhalwat dgn lelaki lain, bermaksiat etc.
Ada juga suami yang suka mempamerkan gambar² isteri yang tabarruj atau terbuka auratnya di media sosial, dalam papan iklan dsb.

Mereka berbuat demikian atas sebab hendak menunjukkan "penghargaan" kepada isteri mereka, atau kononnya hendak menjaga "hak kebebasan" isteri.
Apakah kata Nabi ﷺ kepada golongan suami begini?

"Tiga golongan yang mana Allāh tidak akan melihat mereka pada hari Qiyāmah....(antaranya) golongan Dayyūth" (Ḥasan, Sunan Nasāī no. 2562)

Begitulah nasib lelaki Dayyūth, Allāh SWT pun enggan melihat mereka.

Na'ūdhubillāh.
5. Kurang bersikap ihsan kepada isteri.

Kebanyakkan suami mampu berlaku adil kepada isteri mereka, namun tidak ramai yang boleh bersikap ihsan pada isteri mereka. Ihsan di sini bermaksud, memberi isteri lebih daripada keperluan yang sepatutnya.
Contohnya, tanggungjawab suami adalah dia perlu membeli mesin basuh untuk memudahkan isterinya basuh baju di rumah. (contoh shj)

Kalau ihsan, suami akan turut menolong isteri dalam proses pembersihan pakaian tersebut, contohnya dgn menyidai baju, melipat baju etc.
Dalam ḥadīth, 'Āishah menyebutkan bahawa apabila nabi berada di rumah, baginda sibuk membantu isterinya & apabila tiba waktu solat, baginda keluar untuk solat (Ṣaḥīḥ al-Bukhārī no. 6039)

Sedangkan baginda sibuk mana pun mampu menolong isteri di rumah, maka apatah lagi kita?
6. Kurang sikap kepimpinan

Ada sesetengah suami yang kurang sikap kepimpinan terhadap keluarganya.

Apabila timbul isu atau masalah dalam keluarga, dia sering berharap kepada bantuan isterinya, atau bantuan dari luar seperti ibu bapanya, kawan-kawan, adik beradik dsb.
Tidak ada salah untuk mengambil nasihat orang lain, namun suami perlu tahu bahawa yang menjadi tunggak keluarga adalah diri mereka sendiri.

Kalau suami tidak ada keyakinan, tidak ada ketegasan, kecekalan & disiplin, maka bagaimana isteri mahu bergantung padanya?
7. Tidak memberi pendidikan agama kepada isteri.

Ada sesetengah suami yang berlepas diri daripada mendidik isterinya dengan didikan agama. Mereka berasa tiada keperluan isterinya mempunyai pengetahuan agama, cukuplah apa yang dipelajari dalam kursus perkahwinan.
Ini adalah kesalahan yang fatal.

Hakikatnya, menuntut ilmu agama adalah proses yang berjalan sepanjang hayat & sebagai manusia, kita akan sentiasa memerlukan peringatan.

Kadang-kala rumah tangga kita dihujani masalah², menerusi pengajianlah kita mampu mendapat solusi tersebut.
Kalaulah suami kurang pengetahuan agama & tidak mampu mengajar isteri, sekurang-kurangnya suami haruslah mengizinkan isteri mereka untuk menghadiri kelas² pengajian.

Ilmu agama itu bukan sahaja untuk manfaat suami isteri, bahkan manfaat terbesar adalah kepada anak².
Seandainya suami atau isteri kurang didikan agama, bagaimana mahu mendidik anak² berpaksikan ajaran Islam?

Maka, nak tak nak, suami perlu berusaha memastikan keluarga mendapat pendidikan agama yang secukupnya, terlebih lagi pada diri suami sendiri.
8. Mengutamakan orang luar berbanding keluarga sendiri.

Ada juga suami yang cenderung untuk mengutamakan rakan² mereka, adik-beradik mereka, bos & pekerja mereka, sampai tahap mereka telah mengabaikan isteri mereka.
Suami jenis ini, mereka gemar lepak bersama-sama rakan mereka, bermain online game, membelanjakan wang untuk kawan sampai tahap mereka kurang melayani isteri mrk.

Padahal kalau ada insan paling utama untuk suami melayan adalah, itulah isteri mereka (tanpa mengabaikan ibu bapa).
Seharusnya, suami perlu menyalurlan perhatian mereka, secara fizikal & emosi, kepada isteri mereka terlebih dahulu.

Isteri adalah amanah daripada Allāh SWT. Keluarga isteri juga telah melepaskan tanggungjawab berat itu kepada suami.

Maka, pikullah amanah itu sebaik mungkin.
9. Kurang berterima kasih kepada isteri.

Sebagaimana suami ingin rasa dihargai, begitulah juga isteri, pun ingin rasa hargai oleh suami mereka.

Sekali-sekala, berilah mereka hadiah sebagai tanda terima kasih, atau tolonglah mereka buat kerja rumah demi meringankan beban mereka.
Paling tidak pun, ucaplah terima kasih kepada isteri.

Kadang-kala isteri bukanlah menghendaki hadiah material semata-mata, mereka memerlukan rasa 'assurance' bahawa suami mereka benar-benar menghargai & menyayangi mereka.

Rasa 'assurance' itu penting pada mereka.
Pesan nabi ﷺ :

 لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

"Tidaklah dikira bersyukur kepada Allāh seseorang yang tidak berterima kasih dengan manusia"

(Ṣaḥīḥ, Sunan Abū Daud no. 4811).

Dari semasa ke semasa, luahkanlah rasa terima kasih kepada isteri kita.
10. Tidak setia kepada isteri

Dengan wujudnya media sosial, pasangan suami atau isteri lebih terdedah kepada fitnah khalwat.

Namun, fitnah ini lebih berat kepada suami, spt sabda nabi "Aku tidak meninggalkan fitnah lebih membahayakan kepada lelaki daripada wanita" (Ṣaḥīḥain)
Sesetengah suami mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial (atau lebih teruk lagi, di laman web pornografi).

Berdasarkan apa yang mereka lihat dalam media sosial, mereka berasa itulah wanita ideal yang mereka hendak mencari.
Suami-suami ini tidak tahu, bahawa cantik yang mereka lihat menerusi alam maya tersebut bukanlah semestinya kecantikan semula jadi.

Mungkin sekali jika isteri mereka berhias, malah menjadi lebih cantik daripada wanita yang dia kejarkan itu.
Tetapi begitulah, apabila terlampau mudah terpengaruh dengan kecantikan yang diperlihatkan menerusi alam maya, sesetengah suami terlupa bahawa mereka sudah beristeri.

Seharusnya suami perlu berpegang teguh pada ikatan perkahwinan, dan elakkan daripada hasutan² ini.
11. Mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.

Isteri memang menjadi prioriti suami & suami perlu melayani isteri dengan sebaik mungkin.

Namun malang sekali, kadang-kala suami terlampau melayani isteri sehingga terlupa akan kedua orang tua mereka.
Suami perlu faham, selagi ibu bapa masih hidup, selagi itulah mereka harus berbakti kepada mereka, terutamanya kepada ibu mereka.

Kerana, ibu lebih mudah rasa cemburu apabila anak melebihkan isterinya berbanding ibunya.
Jagalah perasaan ibu bapa sebaik mungkin. Sekali-sekala, jenguklah mereka di kampung atau paling tidak pun, hubungilah mereka dari semasa ke semasa.

Ibu bapa faham anak sudah besar & ada kerja masing², tapi dalam diam mereka, sebenarnya ibu bapa juga hauskan kasih sayang anak.
Baiklah, sekadar itu sahaja bebenang kali ini.

Mungkin ada banyak lagi kesalahan² yang boleh disenaraikan, tapi memadailah di atas kerana kebanyakkan konflik rumah tangga akhirnya berbalik kepada kesalahan² yang disebutkan sebentar tadi.
Saya menutup bebenang saya dengan menitipkan ḥadīth berikut:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya. Dan aku adalah paling baik terhadap isteriku" (Ṣaḥīḥ, Jami' at-Tirmidhi no. 3895)
Wallāhua'lam, moga-moga bermanfaat perkongsian saya.
You can follow @The_X_Guy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.