CONFIRMATION BIAS: MENGAPA SUKAR UNTUK MENGUBAH PANDANGAN SESEORANG

Nak tau tak kenapa, walaupun bukti demi bukti menunjukkan yang Najib itu bersalah, atau bumi itu sfera dan vaksin itu tidak merbahaya, masih ramai lagi yg berpandangan sebaliknya?

Inilah dia confirmation bias.
Istilah 'confirmation bias' diperkenalkan oleh Peter Wason pada 1960. Istilah ini merujuk kepada fenomena psikologi manusia di mana kita berkecenderungan untuk mencari, menginterpretasi dan mengingat semula maklumat yang selari dgn pandangan kita mengenai sesuatu perkara; -
-manakala maklumat dan bukti yang bertentangan dengan pendapat atau kepercayaan kita diendahkan atau tidak diambil kira.

Terdapat tiga cara confirmation bias ini boleh berlaku:
1. Biased search for information
2. Biased interpretation of evidence
3. Biased recall of memory.
Dalam sesuatu isu, contohnya sama ada Najib itu bersalah atau tidak, atau sama ada bumi itu rata atau sfera, sudah pasti kita mempunyai pendapat kita sendiri betul tak? Dalam usaha kita untuk mencari maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu isu itu, confirmation bias yang-
-kita miliki boleh membuatkan kita untuk hanya mencari maklumat yang menepati pandangan awal kita, dan hal ini merupakan salah satu manifestasi confirmation bias yang dikenali sebagai 'biased search for information'.
Dalam mencari maklumat, kita berkecenderungan untuk memfrasakan soalan ke arah di mana kita akan mendapat jawapan yang positif. Contohnya, jika kita mempunyai tanggapan awal kucing lebih bagus daripada anjing, sudah pasti kita akan search 'Why cats are better than dogs', kan? -
-Dan sudah pasti, kita akan mendapat jawapan positif yang menyokong bahawa kucing itu lebih bagus daripada anjing berbanding jawapan yang menentang. Hal ini akan membuatkan kita untuk sampai ke sebuah konklusi yang berat sebelah, instead of jawapan yang neutral dan objektif.
Oleh itu, jika anda betul-betul ingin mendalami sesuatu isu menerusi perspektif yang neutral, cara kita bertanyakan soalan dan mencari maklumat juga memainkan peranan penting. Kita berasa selesa apabila kita baca mengenai sesuatu isu daripada satu atau dua sumber yang selari-
-dengan pendapat kita, lalu ia memperkukuhkan lagi confirmation bias yang kita sedia ada. Namun apabila anda hanya mencari maklumat yang support your belief, konklusi yang anda capai mungkin tidak tepat dan menyeluruh.
Jadi jika sebelum ini anda hanya mencari maklumat melalui satu atau dua akhbar, atau dua tiga blog antivax yang provide evidence to your belief, cuba untuk cabar tanggapan anda itu dengan membaca akhbar daripada pihak yang lagi satu atau jurnal-jurnal sains yang lebih kredibel.
Selain daripada pencarian maklumat, cara kita menginterpretasi sesuatu maklumat juga boleh dipengaruhi oleh confirmation bias kita.

Dalam kajian yang dijalankan di Stanford University, separuh daripada peserta kajian menyokong hukuman mati utk penjenayah (proponent)-
-manakala separuh lagi menentang hukuman tersebut(opponent). Kedua-dua kumpulan tersebut telah diberi dua kajian yang mempunyai hasil kajian yang berbeza. Kajian A membuktikan bahawa hukuman mati boleh mengurangkan kadar jenayah, manakala kajian B membuktikan sebaliknya.
Di akhir kajian, didapati bahawa kumpulan Proponent lebih memberatkan dapatan kajian A sementara Kajian B dikatakan tidak tepat, tidak reliable dll. Perkara yang sebaliknya berlaku dalam kumpulan Opponent. Mereka menyokong dapatan Kajian B manakala Kajian A dikritik/dipersoal.
Hal ini menunjukkan bahawa biarpun kedua-dua kumpulan tersebut didedahkan kepada dua kajian yang sama, kedua-dua kumpulan tersebut menginterpretasi bukti-bukti tersebut dengan cara yang berbeza untuk menyokong pandangan yang mereka pegang.
Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menilai sesuatu maklumat; adakah kita sedang menilai maklumat tersebut daripada sebuah perspektif yang neutral dan objektif ataupun kita sedang menilainya melalui confirmation bias yang kita sedia miliki?
Akhir sekali, confirmation bias juga boleh bermanifestasi dengan 'biased recall of memory'. Sebagai contohnya, apabila kita sudah mempunyai tanggapan yang positif mengenai seseorang, kita akan lebih mudah untik mengingati perkara-perkara yang positif mengenai mereka, walaupun-
- telah banyak bukti dan contoh kejadian yang menunjukkan sebaliknya. Sebab itulah walaupun Najib telah pun disabitkan bersalah atas salah guna kuasa dan corruption, masih ada lagi yang boleh berkata "Walaupun dia seorang perompak, dia seorang PM yang baik" 😂😂😂
Confirmation bias inilah yang membuatkan ianya hampir mustahil untuk kita mengubah pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara, biarpun kita telah memberinya pelbagai hujah, fakta dan bukti yang kukuh.
Dan oleh kerana ini jugalah walaupun pelbagai kajian-kajian sains telah tersedia untuk dibaca, masih ada lagi orang yang mempercayai bahawa vaksin boleh membahayakan kanak-kanak, ataupun bumi ini rata. Dan yang terkini sedang muncul golongan 'Covid is a hoax' & anti-mask pula 🤦🏽‍♀️
Namun begitu, jangan kita ingat kita ini bebas daripada confirmation bias pula. Semua orang terikat dengannya, termasuklah penulis thread ini sendiri. Biarpun ianya mustahil untuk buang bias ini seluruhnya, kita perlu sentiasa mengkaji semula pendapat yang kita pegang,-
Adakah pandangan tersebut mempunyai basis yang betul-betul kukuh? Disokong oleh sains dan dipersetujui oleh pakar? Ataupun adakah ianya hasil daripada tindakan kita yang hanya mencari maklumat dan bukti yang menyokong pendapat kita, sementara bukti yang sebaliknya ditolak mentah?
Ketaksuban kita terhadap sesuatu pegangan politik, ideologi, kepercayaan dan agama boleh merumitkan lagi usaha kita untuk mencari maklumat yang bebas daripada confirmation bias. Oleh itu, sebelum anda capai pada sesuatu keputusan atau kesimpulan, tanya semula diri, -
Adakah kesimpulan atau keputusan tersebut benar-benar kukuh atau adakah ianya semata-mata kerana ia selari dengan pegangan politik/ agama/ ideologi anda?
Sampai di sini sahaja thread saya kali ini. Harap ia bermanfaat. Mohon RT jika anda rasa ia patut dibaca oleh lebih ramai orang lagi. Dan jika anda suka content2 sebegini, dijemput juga untuk follow. Saya akan tulis thread-thread sebegini dari masa ke semasa. 😁😁
You can follow @mnalhakim.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.