Aku ni jarang dengar radio Tapi once bila dengar radio inggeris dan bahasa melayu, aku rasa mmg ada jurang intelektual yg sgt ketara

Ingat lagi waktu tu, Radio popular Inggeris bincang krisis di Hong Kong, kebakaran hutan Brazil, debat Jack Ma dgn Elon Musk dan hal global lain. https://twitter.com/bharianmy/status/1288636088182026240
Radio Melayu pula skopnya sempit. Isu global biasanya tidak diulas.

Kalau diulas, penyampai radio pilih kejadian pelik/lawak. Ini krisis pop culture berbahasa Melayu.

Drama Melayu popular juga kurang reference terhadap hal global.
Sitkom luar negara sebut climate change, pemenang anugerah Nobel, gerakan sivil dan sebagainya.

Bayangkan jika seseorang itu hanya terdedah kepada siaran radio popular berbahasa Melayu setiap pagi. Petang pula, drama Melayu.
Malam, hiburan di TV. Di media sosial, selebriti, politik picisan dan video-video viral. Implikasinya, jurang intelektual dan pandangan alam yang semakin melebar antara dua komuniti.
Kritikan terhadap kandungan radio bukanlah kerana aku ni elitis or acah pandai.

Don't get me wrong.

Radio tidak semestinya perlu bincang pemanasan global atau berfalsafah.

Fungsi media termasuklah hiburan dan escapism.

Tapi sekurang-kurangnya jangan 'dumb-down' radio
Dengan ketawa mengilai tanpa sebab munasabah, loyar buruk, lawak broken English, inuendo seksual, perli-kutuk sesama penyampai, lawak suara pondan dan sengau, diskusi "apa reaksi bila jumpa ex" dan 'infantilise' (memperbudak) audiens.

It's time to change.
@TerbangPodcast pun best!
https://twitter.com/Haziqmahmur9/status/1288715860459188225?s=19
Takde benda nak promot,

Cuma nak bantu siswa-siswi harapan masyarakat yang bakal ke UIA, jom join.

Ada 2 sesi lagi berbaki. Setakat sekarang penyertaan sudah mencecah ratusan. Alhamdulillah.

Pm je nombor tu.
Saya ada tulis thread bagaimana menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

Jemput membaca!

Sekain. https://twitter.com/Haziqmahmur9/status/1270298203192127489?s=19
You can follow @Haziqmahmur9.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.