Aku nak bg contoh kt u all semua berapa untung sehari yang boleh di buat dalam trading. Dan Bagaimana dengan modal & roi dalam trading saham & juga futures especially fcpo.

Ini adalah thread perbezaan trade saham dan futures market.
First, statement dari rhb itu ialah realized profit & loss. Due to you is profit, due to Us is losses.

Statement kedua dari LT international futures pula ialah fcpo trading. Straight forward , korang boleh nampak berapa realized profit/ loss and then tolak dgn commision ye
So basically untuk saham, on 27 july 2020 aku buat untung dalam RM3,800 nett. Dan FCPO pula RM 635 nett. So lebih kurang Utk 27 july je aku buat around RM 4435.

Majoriti gains aku datang daripada saham. Itu sebab market lately macam superbull. Pejam mata beli apa pun naik! 😅
Ok gurau je, jangan pejam mata je beli.. tapi kalau setup dah ada Mmg boleh beli lah. Itu apa yang aku ajar dalam class saham @emragecapital. Tapi cuba korang perhati betul betul statement rhb tu, tengok pada modal aku. Modal aku tak kecik berbanding fcpo.
U all kira sendiri lah berapa modal Yg aku guna kan untuk dapat RM3800 dari trade saham. Style aku trade adalah active trading atau pun day trading.Paling lama pun hold dalam seminggu sahaja. So basically dalam saham, aim aku biasanya adalah mencari around 3-5% sehari dari modal
Kadang kadang trade saham dapat juga rezeki lebih. Macam haritu lebih dari daily KPI aku 3-5% ni. Tapi ini semua bergantung pada modal. Nak day trade ni high risk tapi Make sure disiplin tahap 7 petala langit

https://twitter.com/aliffsulaiman6/status/1287045661284687875?s=21 https://twitter.com/aliffsulaiman6/status/1287045661284687875
Baik, skarang kita cerita pasal differences between saham dan futures market.

Futures market atau pasaran hadapan adalah sesuatu yg berbeza dari saham. Saham kita pegang ekuiti dalam syarikat, futures ialah kita trade /invest (jual beli) contract futures tu
Futures market ni juga ada beberapa jenis. Tapi kita focus pada FCPO. Apa plak fcpo? It is futures crude Palm oil. Crude Palm oil ialah commodity kan, so nilai harga juga ditentukan oleh Traders di pasaran bursa derivative.

Oh fcpo trade ni syariah ye.
Now lets talk about modal Utk bermula antara saham & fcpo.

Saham : subjective , tiada minima. Ada modal RM 500 pun boleh. Bak kata tak hensem takpe janji kaya , 10 hengget pun bole mula (dia cakap bukan saya cakap)

Fcpo : minima RM2250
modal saham RM 500 boleh? Boleh, beli lah dalam kuantiti saham Yg kecik atau saham saham penny (saham murah) tapi korg jangan la expect boleh buat 500 sehari. Actually nak 500 sebulan pun tak berapa senang.

Dalam saham, kalau modal kecik, aim for swing sebulan roi 10-30%
Seeloknya untuk trade saham, aku selalu advice kalau boleh letak lah dalam RM 3000-5000 untuk modal permulaan. Esok dah pandai kau letak lah berapa jota kau nak letak pun Utk di laburkan.
Now, FCPO.

Modal dalam fcpo kita panggil as margin. Margin untuk trade 1 lot adalah RM 2250. Maknanya, korang ada RM 2260 pun dah boleh trade 1 lot fcpo. Macamana dengan untung rugi fcpo ?

Setiap 1 tick pergerakan harga ialah RM25. Contoh setiap tick as picture below
So contoh korg beli 2535, naik 2536 dah untung RM 25. Tolak brokerage RM 10 (brokerage termurah dalam Malaysia) dapat la duit breakfast RM 15. Tapi wajib ingat , kalau tak jadi seperti Yg kita nak, 1 tick juga kita rugi RM 25
Tapi kita trader takkan la kita memanjang nak untung RM 25 je kan. So apa yang aku ajar ialah kita cari dalam 5-10 tick utk scalping. So per trade tu dapat la dalam RM 125-RM 250. Baru la rasa sket untung kan 💪🏼

Itu scalping, kalau nak ride, itu ada strategy lain.
But for this thread, aku bukan nak cerita pasal strategy or cara nak trade fcpo. Tapi aku nak cerita kt korg the opportunities dalam futures market. Kita kan biasa dengar pasal saham tapi jarang kita dengar pasal pasaran fcpo / commodity
Balik pada modal trade fcpo ni. Dengan RM2250,sangat tak mustahil untuk kita cari 10-20% sehari. Bukan lagi 3-5% sehari tau!

Contoh harini, aku buat bukan 20% dari modal RM 2250, tapi hampir 40% guys. Dengan 8x trade, aku buat RM 875. Net profit around RM795 (- brokerage)
Pada saya, futures market is a place of unthinkable opportunities compared to pasaran saham. Tapi harus ingat, futures market ni lebih volatile so dalam volatility itu hadir nya peluang Utk kita cari rezeki dalam trading. Yang penting halal boh
Jadi dengan RM 2250, adakah bermakna kita letak RM 2250 dah bole bermula trade fcpo? Oh tidak, nasihat aku ialah, letak lah modal RM 3500. Extra RM 1250 ni ialah untuk margin of error atau buffer sekiranya kita mengalami kerugian.
But then again, what if with RM 3500 ni, kita ada ability Utk gandakan jangan cakap 30-40% sehari, tapi cukup 10% sehari atau less than that. Do ur own math, kalau sehari boleh buat RM250-300 , sebulan dah boleh dapat more than 100% from our initial Capital!
Tapi tak adil kalau aku cakap pasal Yg indah indah saja. Wajib ingat, jika boleh untung, maka boleh rugi juga. Tak kenal maka tak cinta kata Org, apa kata u all cuba explore macamana nak bermula dalam futures trading especially fcpo ni.
Korang juga kena tau, benda best dalam fcpo ni dia ialah , harga naik kita boleh buat untung, harga jatuh pun kita boleh untung (short sell) dan ianya patuh syariah. So kalau bursa saham sendu , boleh la cari peluang dekat fcpo pula kan..
kalau u all nak tau lebih detail pasal futures market, nak diversify ur trading income other than stock market, do follow my telegram channel, aku selalu update daily tentang direction &knowledge sharing pasal futures trading kt sana . Click link below: https://t.me/pejuangfuturestrading
And you guys are welcome to follow & like my Fb page

https://www.facebook.com/aliffsulaimanFF/
And last, kalau korang nak tau how to start futures trading, first thing korang kena buat ialah bukak acc futures. Its totally free, so DM me if u want to know how!

Thank you sebab sudi baca thread ni and please RT this thread if you guys think this is useful to others! #fcpo
Thank you for the RT’s & likes. Ada juga yang dm saya untuk belajar how to trade futures trading. So feel free to telegram me : https://t.me/thewisetrader 
You can follow @aliffsulaiman6.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.