Sains dalam secangkir kopi.
Kopi mengandungi alkaloid purine iaitu caffeine. Selain itu, ia juga mengandungi theobromine dan theophylline. Ketiga-ketiga bahan kimia ini hanya berbeza pada kedudukan kumpulan metil. Sebatian kimia ini juga boleh didapati dalam daun teh.
Kopi mengandungi alkaloid purine iaitu caffeine. Selain itu, ia juga mengandungi theobromine dan theophylline. Ketiga-ketiga bahan kimia ini hanya berbeza pada kedudukan kumpulan metil. Sebatian kimia ini juga boleh didapati dalam daun teh.
Dalam secawan kopi (240 ml), terdapat sekitar 65-120 mg caffeine, bergantung kepada jenis kopi dan cara penyediaan. Decaffeinated coffee juga mengandungi 2-4 mg caffeine. Caffeine menyebabkan kita rasa cergas dan bertenaga kerana ia adalah antagonis kepada adenosine.
Adenosine mengikat pada reseptor adenosine dan menyebabkan mengantuk. Caffeine mengikat pada reseptor adenosine dan seterusnya menghalang adenosine dari mengikat pada reseptor adenosine. Adrenaline dan dopanine juga dihasilkan. Jadi, kita lebih cergas dan segar.
Namun, reaksi individu adalah berbeza pada caffeine. Ada yang minum kopi langsung tidak boleh tidur. Tetapi ada yang langsung tidak terkesan. Ini disebabkan oleh variasi pada genetik CYP1A2 yang mengekod enzim yang bertanggungjawab metabolisme caffeine.
Individu yang sensitif akan mudah mengalami simptom seperti menggeletar, degupan jantung laju, insomnia, berdebar-debar dan lain-lain. Ada individu yang tidak sentitif pada caffeine. Minum dua cawan pada waktu malam, mereka masih mampu menguap dan tidur lena.
Disebabkan caffeine juga dimetabolisme menjadi theophylline, pesakit asma dengan gejala ringan kebiasaannya berasa lebih selesa selepas minum kopi. Theophylline adalah sejenis bronchodilator generasi awal. Hari ini ia tidak lagi digunakan sebagai rawatan utama asma.
Bagaimana pula dengan teh? Boleh baca artikel di bawah. https://www.drcheputeh.com/post/siri-32-theophylline-ubat-asma-dalam-daun-teh
Artikel penuh dan rujukan mengenai thread ini ada di sini https://www.drcheputeh.com/post/siri-46-caffeine-dalam-kopi
Tambahan 1: Sesetengah orang rasa bloating lepas minum teh dan kopi. Kemungkinan besar disebabkan oleh asid klorogenik, sejenis asid fenolik yang banyak dan kopi dan teh. Jika ingin menikmati kopi, boleh cuba kopi yang deacidified.
Tambahan 2 : Kajian menunjukkan caffeine boleh mengurangkan penyerapan kalsium dalam kuantiti yang kecil. Tetapi jika anda mengambil sumber kalsium mencukupi, tiada masalah.